Kerajaan campuran: Nik Aziz bidas Hadi

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran PAS-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

“Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.

“Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

Katanya, beliau hanya akan akur dengan cadangan Abdul Hadi itu sekiranya semua ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan keputusan itu perlu ditetapkan dalam mesyuarat khas berkenaan.

“Apa kita nak bercanggah dengan keputusan muktamar, kalau buat mesyuarat dan semua menyokong, kita akan buat, tak ada masalah,” katanya.

Nik Aziz berkata beliau menentang cadangan Abdul Hadi itu kerana ia bertentangan dengan dasar parti selain dikhuatiri ia tidak akan membawa kebaikan pada PAS.

Cadangan Abdul Hadi itu sebelum ini dipersetujui Dewan Pemuda PAS Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung cadangannya itu kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat. BERNAMA

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Kerajaan campuran: Nik Aziz bidas Hadi

  1. BRO_CHICKEN

    Sudah sampai masanya orang Melayu duduk semeja dan bersatu didalam membicarakan tentang masa depan orang Melayu sendiri. Pendirian Dato’ Nik Aziz yang menyatakan sukar ianya menjadi kenyataan melambangkan sikap riak dan takbur serta sombong beliau didalam melihat satu2 isu. Seharusnya beliau selaku pemimpin Melayu dan Islam nampak akan kebaikan yang diutarakan oleh Dato’Seri Hadi dalam memandang masa depan orang Melayu sendiri…. HIDUP UMNO!!! HIDUP NAJIB!!! HIDUP HADI AWANG!!!

  2. Bakal PM

    Salam…
    dah jd budaya dan ajaran agaknya dalam PAS ni… suka menderhaka… kalau dah tuan Presiden kata nak bersatu demi kebaikan agama islam dan melayu apa salahnya…
    knp nak bersekutu dgn DAP masa PRU 12 aritu xde pun nak mesyuarat tergempar??? satu jer sebab yang saya nmpk… krn KUASA nik aziz x membantah bila DAP dan PKR ajak PAS bersekutu walaupun hakikat prinsip mereka jelas berbeza… ikhlasla kalau nak berkerjasama… bukan harapkan kuasa atau apa2 ganjaran… utamakan agama dan bangsa…. terima kasih dan tabik hormat buat TGHA…apa yang penting??? kerjasama… apa yg penting??? kerjasama… wonder pet kami datang…

  3. Salam,
    Kalau dah tua memanglah kadangkala nyanyok.Sudah sampai masanya yang tua berilah pada yang muda.Yang muda pula janganlah lebih-lebih sangat dari yang tua.Pandai-pandailah ambil hati yang tua sekian lama menabur bakti untuk parti.Ini adalah contoh dan pengajaran baik untuk umno memikirkan tentang ahli politik yang recycle yang nak tanding itu.Kalau negeri tak boleh dikekalkan apakan daya negara?.Maka fikirlah dan kalau boleh jangan meletakan ahli parti dalam keadaan serba salah.Kalau undur secara terhormat lebih baik dari kekecewaan bakal menimpa nanti.Berikan peluang pada yang baru mengendali UMNO ke era yang baru yang seluruh ahli menanti.Renungkanlah PR13 apa jua tindakan.Tujuan utama parti politik adalah untuk memenangi pilihanraya.sekiranya UMNO tidak dapat memenangi pilihanraya 13 maka tidak membawa maksud apa-apa sebagai parti politik.Tak guna sembang pasai agenda yang bukan-bukan yang rakyat tak terima… cuma tugas utama adalah memenangi PR13 yang hanya ada sedikit masa.wassalam.

  4. tubir

    Diminta pas jangan lawan orang tua nik aziz ni ……biarkan dia dengan pandangan dia …..dia seorang tua …maklumlah orang tua ni agak taksub dengan peganganya.dia tak mahu ikut pandangan orang lain kerana menyangka apa yang dia buat semua nya betul……..memang payah nak sedarkan orang macam ini….inilah yang dikatakan sakit tua .Kita kena hati hati dengan orang macam ini kerana mungkin satu hari nanti dia keluarkan fatwa yang bukan bukan…….maklumlah dia ni pandai sikit didalam soal ugama dan dihormati dikelantan terutama orang orang pas.Apa salahnya tuan haji hadi awang ingin menjalin hubungan dengan umno ,dan menubuhkan kerajaan campuran dengan BN.Ianya baik untuk seluruh negara dan perpaduan bangsa melayu juga islam dimalaysia .

  5. Palohotox

    Ape yang korang tau pasal orang tua ni??
    Kalau korang setakat kenal orang tua ni dengan akhbar dan media cabuk korang, takyah nak bagi komen laa.. Dah la bodoh .. sombong pulakk species yg korang dah nak pupus ni..

  6. alamak terlebih sudaaa

    itulaa..setahu aku nik aziz bagi tahu..apa2 keputusan yang melibatkan parti pas dan umno,mesti di bwk berbincang dulu..bukan nye sorang2 buat keputusan..itu yang aku paham..
    betul jugak ape..kalau kita buat keputusan tanpa bincang dulu..kesepakatan takkan ada..
    peluang ni yang akan menampakan perti tu ada masalah..yang ni ckp lain..yang tu ckp lain..

    bile nanti dah binjang..dan semua setuju dgn satu cadangan atau keputusan…barula semua org puasa hati dan takde salah paham…

    p/s: rumah nik aziz laa antara pak pak menteri paling sederhana…cube bandingkan degn rumah pak menteri yang lain…

  7. mopimopipopo

    Ape yang korang tau pasal orang tua ni??
    Kalau korang setakat kenal orang tua ni dengan akhbar dan media cabuk korang, takyah nak bagi komen laa.. Dah la bodoh .. sombong pulakk species yg korang dah nak pupus ni..

    (reply)

    wei ko jgn jadi bongok nie untuk orang melayu jugak apa la bangang ko nie ko tau tak kite sama sama melayu kene la bersatu jgn ego sgt kalau ko nak tgk malaysia jd singapura ke bahalol spesis macam ko tau tak spesis macam ko nie yang patot pupus cina bangsat sume tepuk tgn tgk melayu-melayu bongok bergaduh sesama sendiri last-last jadi macam singapura dunia-dunia…..

  8. Palohotox

    Lagi sorang bangang…
    Time tersepit baru terpikir nk bersatu la , melayu laa.. Time senang sorang2 makan..

    Piiiiidaahhh tambey

  9. Bakal PM

    Senang2 je kata org lain tersepit.. ni la yg dinamakn makhluk yg x sedar diuntung… meraih kejayaan atas undi protes segelintir rakyat… perlu diulang undi protes segelintir rakyat… bukan rakyat suka pun kat kome tp sekadar nak protes jer… x de pilihan … so x pyh lebih2 nak berlagak… menang kerana nasib…. pastu kalah la balik…

  10. Palohotox

    Hmm..

    Nak sedapkan hati ko cakap le ape saja undi protes ke?? undi hantu ke?? wutever.. Menang Nasib ehh?? Kalau berani buatle ngundi balik kat Perak tu dek nun.. Jangan jadi pengecut dan dayuss!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s