Politik Wang – UMNO…..

1. Setiap kali pemilihan agung UMNO (PAU), kecoh pasal politik wang , rasuah dan sebagainya terutama bagi mereka yang terlibat secara terus atau tidak langsung dengan pemilihan tersebut.

2. Kenapa perkara ini kerap terjadi dan apa puncanya? Satu post mortem perlu dilakukan. Megapa politik wang menjadi sinonim dengan PAU? Banyak sangatkan duit yang ingin diberi dan banyak sangatkah jumlah yang diperlukan oleh perwakilan??

3. Tergerak di hati penulis utk mencadangkan kepada UMNO atau mana2 parti politik yang akan/sedang bergelumang dengan politik wang ini utk:

a. Membenarkan penggunaan wang semasa berkempen. Tetapi pihak UMNO harus menetapkan jumlah siling penggunaan wang yang dibenarkan.

b. Memastikan setiap calon membuat deklarasi tentang perbelanjaan wang yang digunakan sebagai tempoh berkempen. Contoh perbelanjaan bil handphone, makan dan sbgnya.

c. Membenarkan penggunaan agen bagi calon. Agen2 ini hendaklah berdaftar dengan pihak UMNO dari hari pertama tempoh berkempen.

4. Langkah2 di atas dapat mengurangkan politik wang di dalam UMNO. Ini kerana, kita harus faham dengan senario politik tanahair kita hari ini. Ia amat berbeza dengan senario 30-40 tahun yang lepas.

5. Kita tidak akan jumpa lagi agen yang sanggup mengayuh basikal atau berjalan kaki untuk berjumpa perwakilan lain….kini hampir semua orang naik kereta dan kereta sudah tentu memerlukan petrol.

6. Hari ini juga susah utk kita jumpa orang yang ingin bersembang politik tanpa duduk bersantai di warung2 atau kedai kopi dan ini juga memerlukan perbelanjaan.

7. Penggunaan agen juga diperlukan kerana UMNO mempunyai lebih dari 200 Bahagian seluruh Malaysia. Yang bertanding pula Menteri, Timbalan Menteri….ada masa lebih ke utk jumpa perwakilan.

8. Harap pihak UMNO dapat lah bertindak dan berfikiran secara logikal di dalam menyediakan tata etika ahli seiring dengan keadaan politik semasa.

Wassalam

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Politik Wang – UMNO…..

  1. WongJowo

    Erm…….melayu mudah lupa..

  2. Bakal PM

    salam…
    pertama skali sy mengucapkan tahniah buat jawatankuasa displin UMNO krn menjalankan tugasnya… sy dah terpikir isu ini akan diperbesarkan oleh pembangkang dan buktinya mereka mendesak SPRM mengambil tindakan keatas mereka2 yg didapati bersalah… pemimpin mereka juga menyebarkan lg dakyah bahawa UMNO parti yg korup…
    jd bg yg cetek fikiran mereka akan mengiakan kata2 pemimpin mereka… namun bg yg berfikiran matang mereka akan faham bahawa UMNO adalah sebuah parti yg bersih kerana mempunyai jawatankuasa displin yg aktif dan tegas… jd mana2 pemimpin yg didapati bersalah telah pun disingkirkan.. itu tandanya UMNO serius membersihkan parti dr politik wang… tidak perlu SPRM bekerja keras kerana jwtnkuasa tersebut telah pun bertindak…
    berbeza dgn pembangkang…. pernahkah kita lihat jwtnkuasa mereka bertindak setegas UMNO??? ataupun mereka tidak ada jwtnkuasa disiplin??? yg ada tindakan sy tengok adalah kpd ahli2 mereka yg tidak sependapat dgn mereka.. contohnya yb Zulkifli Nordin dipanggil krn membantah forum berkaitan keislaman oleh majlis peguam…
    bg rakyat usahla memandang UMNO sbg parti yg dibelenggu masalah rasuah tp lihatla bagaimana UMNO berusaha memerangi rasuah dikalangan ahli2nya…
    bandingkan dgn pembangkang??? adakah mereka sanggup bertindak setegas UMNO… tidak mungkin mereka benar2 bersih dr rasuah…

  3. BRO_CHICKEN

    Kite bersetuju benar dengan pendapat sdr. tentang penggunaan kewangan(politik wang) di dalam masa calon2 untuk berkempen. Ini kerana bukannya mudah seseorang calon itu untuk tidak menggunakan wang semasa berkempen kerana setiap pergerakkan kita semasa berkempen memerlukan kewangan baik dipihak calon mahupun perwakilan. Oleh itu adalah lebih molek membenarkan pengunaan wang oleh pihak MKT semasa musim berkempen tetapi ianya perlu senantiasa dipantau oleh pihak MKT agar tidak melampau sehingga boleh mencetuskan perpecahan diperingkat akar umbi.

  4. Salam,
    Bercakap tentang Wang dalam politik adalah satu perkara yang amat melucukan.Tanpa Wang bagaimana nak gerakan jentera kempen politik dan melaksanakan agenda calon.Politik wang menjadi medan penumpuan yang hangat dibincangkan pada masa kini.Seolah-olah ada pihak yang sengaja cari publisti murahan dari isu ini dari rakyat terutamanya golongan parti pas yang menganggap diri mereka sebagai malaikat dalam politik.Sekian lama parti Pas juga mengamalkan cara membentangkan kain putih di hadapan surau dan mesjid semasa mengadakan ceramah hebat untuk mengumpul dana dari hadirin untuk tujuan kempen politik mereka.Yang bezanya cuma wang yang dikumpulkan oleh Parti Pas dari sumbangan Ikhlas yang tak perlu di odit tetapi wang dari kocek YB kerajaan parti pemerintah dikatakan wang rasuah oleh pihak pembangkang.Bukankah kedua-duanya dari sumber rakyat kenapa yang satu lagi itu tidak ada transpirasi kerana yang pengumpul itu dari golongan malaikat yang kuat Iman!!!!.

    Pada zaman serba mencabar ini kempen politik telah bertukar menjadi seperti menguruskan sesebuah Syarikat Perniagaan.Lazimnya apabila merasmikan sebuah perniagaan yang berorientasikan pelanggan perlu mengadakan program pembukaan rasmi.Bagi pembukaan Rasmi kedai Nasi kandar makanan percuma dihidangkan untuk menambat hati untuk menarik pelanggan nasi kandar pelangan setempat.Ia berlaku sama dengan Pemimpin Politik yang ingin memulakan kempen pencalonan.Calon baru yang ingin bertanding perlu mengadakan pengenalan dengan menjemput makan percuma di hotel atau di restoren terkenal untuk menambat hati penyokong.Maka perkara itu pun dikatakan rasuah maka semua peniaga-peniaga juga turut dikategorikan pemberi rasuah.

    Kempen politik juga menghadapi berbagai-bagai masalah sama dengan sebuah perniagaan.Mereka perlukan dana,mengatur tenaga pekerja,mengemukakan produk mereka,mengatur rancangan perniagaan,rancangan pemasaran dan menyediakan pengurusan syarikat.Dengan ini kempen politik ini menjadi seperti sebuah perniagaan sendiri.Ketika promosi produk baru syarikat diperkenalkan ia adalah lazim memberi hadiah sagu hati,cendera mata,tawaran hadiah untuk menarik pelanggan membeli produknya.Kes seperti inilah berlaku di pemilihan dalam UMNO.Maka ia dikelasifikasi sebagai rasuah kerana memandangkan moral ahli itu ke kancah permulaan rasuah.Kalau perkara ini diandaikan ia sebagai bentuk rasuah maka keseluruhan syarikat yang mengamalkan cara diatas tadi juga mengamalkan rasuah dalam perniagaan mereka.Rasuah politik atau politik wang bermaksud apabila seseorang calon yang bertanding membeli undi dengan cara membayar sekian jumlah yang ditentukan oleh penggundi untuk mengundi calon itu.Maka janganlah isu-isu yang remeh-temeh ini dijadikan isu nasional yang sensasi dan memudaratkan diri sendiri dan parti.Wassalam.

  5. mopimopipopo

    wei nie aku nak tanya korang sume nie negara mana yang takde rasuah!!!……ko ingat Umno jer ke kuat rasuah sume pon sama ma…….baik umno,pas,keadilan ke suma ada agenda masing masing belum jadi kerajaan lagi macam-macam la dier cakap telus la apa la tgk la kalau jadi kerajaan esok takdernye….segala telus apa lanciao tu sume hilang ntah kemana….-_- “Patah lah Hati”…..

  6. Bakal PM

    dah bnyk pun yg kena cekup dalam setahun ni x kira PR atau BN… so kalau nak ubah org ubah diri sendiri dulu… kalau tidak sendiri makan sendiri senyap jer… jgn nak bising2 hal org lain…

  7. kuntakinte

    Salam, kalau UMNO dikatakan rasuah wang, itu memang dugaan didunia yang penuh cabaran, tetapi seteruk – teruk manusia seperti puak2 PAS rasuah Agama lagi busuk disisi Allah S.W.T.
    Sekiranya Islam tak dihormati kita harus pertaggungjawabkan kepada puak2 PAS. tanggung lah diakhirat kelak.

  8. Bakal PM

    Si derhaka tu pun dah mengaku yg PAS tak pernah memperjuangkan negara islam kat dlm dewan undangan negeri… biasalah depan DAP semua kecut… bila jumpa rakyat berbuih2 mulut menipu kononnya perjuangan untuk islam…
    malas cerita banyak baca je kat agenda daily…
    dgr khabar ada rakaman video tentang tu…

  9. rasaupanjang

    Saya ucapkan tahniah kepada barisan MT 2008/2001. Ucap tahniah kepada Pak Ali Rustam diterima dan dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka, Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka dan dilantik sebagai MT. Segala pengalaman di dalam Biro Latihan dan Keahliah semasa sessi 2004/2008 dapat menyumbang di dalam memperkasakan UMNO di masa hadapan. Cetusan BLUM Keluargaku Ahli UMNO dapat disemarakan kembali. Konsep Parti menguasai Kerajaan didapat diterjemahkan di dalam pengurusan pentadbiran negara dan negeri yang dikuasai oleh BN. Tahniah Pak Ali Rustam. ‘Dunia Belum Kiamat”.

  10. rasaupanjang

    Tahniah Pak Najib. Konsep 1malaysia, rakyat diutamakan dan prestasi didahulukan perlu dibukukan dan diedarkan seluruhan pusat pengajian rendah/tinggi. Semarakan di dalam program kerakyatan konsep tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s