Daily Archives: March 23, 2009

Norza pun kene lucut….

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza Zakaria hilang kelayakan untuk bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti yang akan berlangsung Khamis in. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO itu dimaklumkan melalui UMNO Online yang disiarkan jam 1 tenghari Isnin. Norza baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh kerana didakwa terbabit dengan rasuah yang berkaitan dengan pemilihan UMNO. Difahamkan keputusan itu turut menggugurkan jawatan Norza yang sedia ada. Selain Ahli MT, Norza juga adalah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Sementara itu Norza ketika dihubungi Agendadaily mengesahkan telah menerima surat daripada Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang memaklumkan keputusan berkenaan. “Saya berasa sedih dan kecewa dengan keputusan ini. Namun sebagai ahli parti yang akan teruskan iltizam untuk membela hak-hak parti. Saya juga akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib,” katanya.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Bersidang

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan. Diharap para perwakilan dapat memilih pemimpin yang layak dan berwibawa utk meneraju parti keramat ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pembangkang hina Sultan dan Mufti…semua akibat kuasa

Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.

Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.

”Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.

Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.

Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.

”Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.

”Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,” katanya.

Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda