Khairy akan buktikan

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, peralihan kuasa bapa mertuanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah peluang terbaik untuk membuktikan kredibilitinya yang selama ini ditohmahkan amat bergantung kepada pengaruh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Malah, saya telah diuji dalam pemilihan semalam. Saya telah dinilai atas diri dan kredibiliti sendiri,’’ ujarnya.

Ahli Parlimen Rembau dan bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda itu mengakui beliau akan melalui saat-ssat sukar dan getir untuk memulihkan imej yang telah dicalari pelbagai pihak tetapi bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada para perwakilan yang memberi peluang kepadanya menjadi ketua dalam era Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap kepada Agendadaily ketika melawat pejabat sementara portal Internet ini di PWTC, Khairy turut mengakui tugas besar yang dihadapi untuk merapatkan saf Pemuda untuk pastikan semua kumpulan akan dibawa sekali dalam satu pasukan yang kukuh.

“Kita akan cantumkan kesemuanya kerana kita harus berani membawa perubahan.’’katanya.

Menjawab pertanyaan kemungkinan beliau menghadapi masalah kerana hanya mendapat 304 undi dan kehilangan 486 undi, beliau memberikan reaksi berikut:

“ Tak ada masalah. Mereka sokong Dr. Khir dan Mukriz, tetapi mereka bukan penentang saya. Cuma… oleh kerana ada pilihan, mereka cenderung kepada calon-calon lain.. Mereka ini bukanlah musuh saya.

Walaupun kedua-dua calon itu akan meninggalkan Pemuda (kerana faktor usia), saya dah jumpa para perwakilan yang menyokong mereka. Para perwakilan sendiri menyatakan mereka akan tutup buku lama dan membuka buku baru.”

Menurutnya, beliau akan bekerja keras untuk menyatukan sokongan Pemuda kerana banyak tuntutan yang menunggu pada masa depan termasuk tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Khairy akan buktikan

  1. tubir

    Inilah masalah umno ,Bila buat pemilihan parti pasti ada yang akan menang dan pasti ada yang kalah .penyokong yang kalah tidak mahu atau cuba menjatuhkan pemimpin yang menang .Perkara ini tidak akan hilang dari umno sekarang ini atau lebih tepatlagi genarasi baru .Cara dan niat perjuangan sudah jauh menyimpang .bersidang dan berbincang buat pengakuan akan berubah tapi hanya tingal cakap saja …….buat gimik supaya kelihatan sebagai sorang yang hebat, Tapi pada hakikat sebenarnya mempunyai hati yang busuk dan khianat.
    Kita telah mendengar pandangan tun tentang khairy.tun seolah olah tidak menerima kekalahan anaknya Mukhriz.Beliau membuat tuduhan khairy mengamalkan rasuah .Memang khairy telah diberi amaran oleh lembaga tatatertib umno .Kalau dilihat dari dulu lagi tun tak suka pada khairy in ……..Ada kemungkinan tuduhan keatas khairy ini hanya rekaan dan percaturan seseorang untuk meyekat kemaraan khairy didalam umno .Ada ajinda tertentu oleh orang diluar umno (gunting didalam lipatan )Tetapi elok lah perkara ini dilupakan saja …jika kita membuka dan mengkajinya ada kemungkinan pemuda mahupun umno akan menjadi keruh .
    Kita lupakan tun …..dan biarlah dia dengan pandangan nya .Dan kepada mukhriz dan khir toyo jadilah ahli umno yang bermaruah dan menjadi contoh ,Hari ini kamu kalah undi tetapi kamu akan menang jika kamu buktikan yang kamu ini umno tulin dan seorang pejuang .Jangan jadi gunting didalam lipatan ……Kami diluar ni melihat kamu ………dan kami mempunyaai kuasa undi keatas sesiapa juga yang baik dan boleh melindungi kami .Masa anda berdua akan sampai disatu hari nanti ,,,,,,,,,,Buktikan yang kamu berdua bukan pengkhainat ………

  2. Dr rosdee

    Mr Khairy.

    Tak perlu nak buktikan apa apa.

    Penampilan dan seniority you pun orang dah tahu.

    You akan menghancurkan lagi Umno.Tak layak

    Ikut macam Datuk shahril . kalah sendiri mau ingat.

    You.. Kena tangkap rasuah sendiri mau belah la.
    Dalam dewan orang boo sendiri mau celah la.

    You sanggup pakai baju melayu songkok tutup muka ke. songkok orang pakai di kepala la.

  3. mangkukhayun

    Lembaga Disiplin UMNO dah buktikan… apa lagi yang perlu diselindungkan?

    Lu fikirlah sendiri?????????

  4. kuntakinte

    Salam, korang duk kutuk2 KJ ha…ambik korang, sekarang dia ketua, lepas ni dia gayang – gayang korang cukup2. orang muda jadi ketua pemuda memang layak…..bersedia semua puak 2 pembangkang negara.

  5. Bakal PM

    “Lembaga Disiplin UMNO dah buktikan… apa lagi yang perlu diselindungkan?

    Lu fikirlah sendiri?????????”

    Tak perlu selindung apa2 coz yang kat dalam kain pun dah terselak kat selangor… siap jd tayangan umum 18sx lg…ntah sampai bila la agaknya nak cuti rehat… rasa2nya sampai pencen kot…

  6. walaupun saya sokong UMNO,..tapi jujur saya katakan KJ tak patut menang ketua pemuda…memang ada amalan rasuah yg dia buat…

    pelik…Ali Rustam dilarang bertanding dan didapati besalah kerana amalkan politik wang..

    tapi knp KJ yg didapati bersalah dibenarkan bertanding….

    saya dpt rasakan Pak Lah buat sesuatu utk menantu tersayangnya…dari dulu Pak Lah bela menantu dia..

    emmm….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s