Nizar ‘calon’ DAP di Bukit Gantang?

Kempen malam pertama pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang menjurus isu krisis politik di Perak, yang berusia dua bulan, dengan menyerang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rata-rata ceramah-ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) khususnya Umno malam tadi menyifatkan Nizar sebagai penderhaka institusi raja khasnya Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat pula dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Malah PAS didakwa menurunkan Nizar sebagai calon atas kehendak DAP.

Turut dibangkitkan pada hari pertama kempen ialah isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan dan Exco Selangor, Elizabeth Wong. Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak ketinggalan daripada dihentam semasa kempen.

Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang dipilih Rabu lalu melabelkan Nizar sebagai calon yang dipilih oleh DAP dan melambangkan “satu penderhakaan kepada Sultan.”

“Kalau mengundi Nizar bermakna memilih orang yang mahu menderhaka dan menghina raja… kawan baik kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP),” katanya pada majlis pidato perdana di kawasan Changkat Jering dekat sini malam tadi.

Pagi semalam Karpal menjadi serangan balingan botol, dipercayai dilakukan oleh penyokong-penyokong BN ketika beliau memasuki kawasan penamaan calon di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohamad Noor yang menyertai Umno Jun lalu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Datuk Rosli Hussin yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang serta Pegawai Khas kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Rosli pula berkata, Nizar bertanding “atas perasaan marah (kerana hilang kuasa sebagai Menteri Besar), bukan kerana mahu berkhidmat (untuk rakyat).”

“Kalau dipilih, yang mana beliau akan berikan khidmat… yang tua (kawasan DUN Pasir Panjang) ataupun yang muda (Parlimen Bukit Gantang),” kata beliau.

Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang, yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Nizar yang ditemui pagi ini di Markas PAs berkata, beliau sudah menjangkakan pendekatan ini yang disifatkannya sebagai “pembunuhan karakter.”

“Ini bukan berlaku sekarang tapi dari awal lagi dah lama berlaku…ini sudah digunakan oleh Umno sejak 5 Februari lalu (sejak kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir),” katanya ketika ditemui pagi ini. Justeru kata Nizar, beliau tidak tertekan dengan penggunaan isu berkenaan, “sebaliknya bersemangat dan terhibur.”

Di Bukit Gantang, Nizar berhadapan dengan saingan calon BN, Ismail Saffian dan wakil Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkembangan itu menunjukkan BN dan Umno masih menggunakan cara lama berpolitik.

Sambil menafikan PAS dipaksa DAP untuk memilih Nizar sebagai calon, Mustafa berkata, memang DAP ada mencadangkan nama Nizar melalui kenyataan akhbar tetapi pihaknya memilih daripada lima nama yang telah disenaraipendekkan.

“Tidak, tidak, tidak,” kata beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Induk Bukit Gantang ketika ditanya sama ada DAP mahukan Nizar sebagai calon.

Nizar dipilih berdasarkan faktor boleh membawa kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bukannya kerana disyorkan oleh DAP semata-mata. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Nizar ‘calon’ DAP di Bukit Gantang?

  1. kuntakinte

    Salam, apa nak daleh2 puak2 PAS, dah jelas awal 2 lagi Ngeh Ko Ham umum Bukit Gantang calon nya Ni Za Ar, calon yang tiga suku, PAS pun dia PKR pun dia, DAP pun dia.

    Undilah Calon Pengkhianat Bangsa dan Agama. Takbir!!! Ngeh n Nga

  2. Bakal PM

    Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam.

    Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan.

    “Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke …dalam Perlembagaan PAS … ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar.

    Jawapannya itu disambut oleh Tajol dengan menyatakan, “Saya tahu ramai orang PAS dalam Dewan ini tapi itulah jawapan YAB Menteri Besar (mengenai negara Islam)”.

    Malah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ADUN Pangkor bangun mencelah menasihati Nizar agar bertaubat . “Astaghfirullah…astaghfirullah, nauzubillahiminzaliq” kata Dr Zambry.

    Rakaman sidang DUN Perak itu yang bertarikh 23 Jun 2008 tentunya menarik minat kerana secara rasmi ketika bergelar Menteri Besar, Nizar seolah-olah mengesahkan memang PAS tidak mempunyai apa-apa dokumen atau iltizam untuk menubuhkan Negara Islam.

    petikan dr : Agenda Daily…

  3. kalau nizar menang gak kt bukit gantang tak tahulah..boneka DAP…jelas2..

    memang org melayu tak fikir masa depan sb undi boneka DAP…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s