Monthly Archives: March 2009

Perhimpunan Bermula..

Tetapi bagaimana mana dengan penerima politik wang..si pemberi dah kena..penerima?
takde tindakan??

untung lah macam ni

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nizar vs Ismail di Bukit Gantang

PAS Isnin malam menamakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu bagi bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis di Padang Kota, Taiping. Keputusan PAS meletakkan Nizar memang telah dijangka kerana parti berkenaan mahu menguji ‘populariti’ ekoran isu politik yang berlaku di negeri itu ekoran pengambil alihan kerajaan negeri oleh Barisan Nasional (BN) atas perkenan Sultan Perak.

BN mengambil alih kerajaan setelah tiga ADUN kerajaan campuran pembangkang iaitu dua dari PKR dan satu dari DAP meninggalkan parti masing-masing.

Nizar akan berhadapan dengan calon BN Ismail Saffian.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Norza pun kene lucut….

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Norza Zakaria hilang kelayakan untuk bertanding, dipilih, memilih atau dilantik dalam pemilihan parti yang akan berlangsung Khamis in. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan UMNO itu dimaklumkan melalui UMNO Online yang disiarkan jam 1 tenghari Isnin. Norza baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh kerana didakwa terbabit dengan rasuah yang berkaitan dengan pemilihan UMNO. Difahamkan keputusan itu turut menggugurkan jawatan Norza yang sedia ada. Selain Ahli MT, Norza juga adalah Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan. Sementara itu Norza ketika dihubungi Agendadaily mengesahkan telah menerima surat daripada Jawatankuasa Pengurusan UMNO yang memaklumkan keputusan berkenaan. “Saya berasa sedih dan kecewa dengan keputusan ini. Namun sebagai ahli parti yang akan teruskan iltizam untuk membela hak-hak parti. Saya juga akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib,” katanya.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Bersidang

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan. Diharap para perwakilan dapat memilih pemimpin yang layak dan berwibawa utk meneraju parti keramat ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pembangkang hina Sultan dan Mufti…semua akibat kuasa

Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.

Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.

”Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.

Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.

Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.

Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.

”Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.

”Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,” katanya.

Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kerajaan campuran: Nik Aziz bidas Hadi

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran PAS-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

“Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.

“Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

Katanya, beliau hanya akan akur dengan cadangan Abdul Hadi itu sekiranya semua ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan keputusan itu perlu ditetapkan dalam mesyuarat khas berkenaan.

“Apa kita nak bercanggah dengan keputusan muktamar, kalau buat mesyuarat dan semua menyokong, kita akan buat, tak ada masalah,” katanya.

Nik Aziz berkata beliau menentang cadangan Abdul Hadi itu kerana ia bertentangan dengan dasar parti selain dikhuatiri ia tidak akan membawa kebaikan pada PAS.

Cadangan Abdul Hadi itu sebelum ini dipersetujui Dewan Pemuda PAS Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung cadangannya itu kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat. BERNAMA

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Politik Wang – UMNO…..

1. Setiap kali pemilihan agung UMNO (PAU), kecoh pasal politik wang , rasuah dan sebagainya terutama bagi mereka yang terlibat secara terus atau tidak langsung dengan pemilihan tersebut.

2. Kenapa perkara ini kerap terjadi dan apa puncanya? Satu post mortem perlu dilakukan. Megapa politik wang menjadi sinonim dengan PAU? Banyak sangatkan duit yang ingin diberi dan banyak sangatkah jumlah yang diperlukan oleh perwakilan??

3. Tergerak di hati penulis utk mencadangkan kepada UMNO atau mana2 parti politik yang akan/sedang bergelumang dengan politik wang ini utk:

a. Membenarkan penggunaan wang semasa berkempen. Tetapi pihak UMNO harus menetapkan jumlah siling penggunaan wang yang dibenarkan.

b. Memastikan setiap calon membuat deklarasi tentang perbelanjaan wang yang digunakan sebagai tempoh berkempen. Contoh perbelanjaan bil handphone, makan dan sbgnya.

c. Membenarkan penggunaan agen bagi calon. Agen2 ini hendaklah berdaftar dengan pihak UMNO dari hari pertama tempoh berkempen.

4. Langkah2 di atas dapat mengurangkan politik wang di dalam UMNO. Ini kerana, kita harus faham dengan senario politik tanahair kita hari ini. Ia amat berbeza dengan senario 30-40 tahun yang lepas.

5. Kita tidak akan jumpa lagi agen yang sanggup mengayuh basikal atau berjalan kaki untuk berjumpa perwakilan lain….kini hampir semua orang naik kereta dan kereta sudah tentu memerlukan petrol.

6. Hari ini juga susah utk kita jumpa orang yang ingin bersembang politik tanpa duduk bersantai di warung2 atau kedai kopi dan ini juga memerlukan perbelanjaan.

7. Penggunaan agen juga diperlukan kerana UMNO mempunyai lebih dari 200 Bahagian seluruh Malaysia. Yang bertanding pula Menteri, Timbalan Menteri….ada masa lebih ke utk jumpa perwakilan.

8. Harap pihak UMNO dapat lah bertindak dan berfikiran secara logikal di dalam menyediakan tata etika ahli seiring dengan keadaan politik semasa.

Wassalam

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Profil Datuk Seri Ali Rustam

Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang hari ini didapati melanggar tataetika parti oleh Lembaga Disiplin Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan, menjadi Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999.

Mohd. Ali, 60, dilahirkan di Kampung Bukit Katil di sini, pernah bertugas sebagai kerani di Lembaga Letrik Negara (LLN) dari 1969 hingga 1979, sebelum kerjayanya meningkat menjadi Pengarah Kemas di Perlis, Wilayah Persekutuan dan Melaka.

Dalam politik, beliau menjadi Ketua Pemuda Umno cawangan Bukit Katil pada 1972 dan memegang pelbagai jawatan sebelum menjadi Ketua Umno Bahagian Batu Berendam pada tahun 1986.

Bahagian itu kini ditukar nama kepada Umno Bahagian Bukit Katil.

Mohd. Ali kemudian menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Melaka pada 1988 sebelum dilantik pengerusi badan perhubungan itu pada 1996.

Pada pemilihan Umno 2004, Mohd. Ali dipilih sebagai Naib Presiden Umno selepas mendapat undi kedua terbanyak (1,329 undi) di belakang Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, bekas Menteri Wilayah Persekutuan (1,507 undi).

Tempat ketiga ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (1,234).

Pada November lepas, Mohd. Ali menerima 48 pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan bersama-sama dua lagi calon iaitu Muhyiddin, kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Pada 1986, Mohd. Ali memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ayer Molek di Melaka dan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka, seterusnya memenangi kerusi DUN Sungai Udang pada pilihan raya umum 1990.

Pada pilihan raya umum 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Batu Berendam dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan sehingga Januari 1999, kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kesihatan sehingga November 1999.

Pada pilihan raya umum 1999, beliau memenangi kerusi DUN Paya Rumput dan dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

Mohd. Ali juga memegang jawatan tertinggi dalam badan bukan kerajaan termasuk Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Presiden World Youth Foundation (WYF). BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Politik Wang UMNO

1. 2 calon jawatan tinggi dalam pemilihan UMNO di dapati bersalah.

2. 2 juga keputusan yang berlainan. Satu dilucutkan kelayakan bertanding dan satu lagi diberi amaran dan dibenarkan bertanding.

3. Apapun keputusan, sudah tentu Lembaga Disiplin ambil berlandaskan Perlembagaan UMNO dan Tataetika ahli.

4. Penulis amat berbesar hati sekiranya Lembaga Disiplin dapat juga memaklumkan kepada ahli UMNO jumlah wang yang digunakan oleh mereka yang terlibat. Ini kerana sebagai ahli UMNO, penulis rasa berhak untuk mengetahui jumlah wang yang terlibat. Penulis percaya ramai ahli UMNO yang ingin tahu jumlah yang telah ‘dilaburkan’. Seperti menjatuhkan hukuman kepada pesalah sebagai contoh mencuri, kesalahan mencuri adalah satu perkara dan benda yang dicuri adalah satu perkara yang berbeza.

5. Apa2pun yang bersalah tetap bersalah dan yang benar tetap benar.

6. Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke bumi jua ia jatuh.

7. Tetapi takkan tindakan disiplin dikenakan kepada si pemberi sahaja? bagaimana dengan penerima?? Terlepas begitu sahaja?

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Khairy Diberi Amaran….

Calon Ketua Pemuda UMNO YB Khairy didapati bersalah di dalam siasatan Lembaga Disiplin UMNO. Tetapi beliau hanya diberi amaran oleh Lembaga Disiplin.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda