Monthly Archives: April 2009

Senarai Exco Lantikan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda Negeri

Berikut adalah senarai EXCO Lantikan Pemuda Umno Malaysia

Anis Hisham Abdul Aziz

Pemuda UMNO bahagian Kuala Selangor

Abdul Razak Abd Rahman

Ketua Pemuda UMNO bahagian Kota Melaka

Khairul Azwan Dato’ Harun

Ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak

Badrol Hisham Haji Zakaria

Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Terengganu

Mohd Faizal Hj. Ramli

Ketua Pemuda UMNO bahagian Teluk Kemang

Berikut adalah senarai Ketua Pemuda Umno Negeri-negeri

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perlis

Mohsin Mohd Yusoff

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Besar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah

Badrol Hisham Hashim

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Padang Terap

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Norman Zahalan

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bayan Baru

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak

Maslin Sham Razman

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Kangsar

Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor

Suhaimi Mohd Ghazali

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Sepang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan

Rizalman Dato’ Mokhtar

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bandar Tun Razak

Ketua Pemuda UMNO Negeri Negeri Sembilan

Mohd Helmy Din

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah

Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka

Karim Yaacob

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Bukit Katil

Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor

Mohd Fadil Muskon

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Air Hitam

Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang

Abu Jimi Samat

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Lipis

Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu

Saiful Bahri Baharuddin

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Marang

Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan

Anuar Safian

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Kubang Kerian

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah

Azman Hj Ruslan

-Ketua Pemuda UMNO bahagian Keningau

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Swine Flue – ALERT..Sila Baca dan Panjangkan Kepada Rakan2

Dear All,

The World Health Organisation has declared a level 4 alert for Swine Flu. It is wise to be aware of what is happening and to be prepared on how to manage it.

Please spend a few minutes of your time to read through the FAQs below, which was also available in The Star newspaper yesterday.

To recap, the Health Ministry has advised against travel to some parts of United States, Mexico and Canada which have been affected by the swine flu.

What is swine influenza?
It is a respiratory disease of pigs caused by type A strains of the influenza virus. It regularly causes high flu outbreaks in pigs but with low death rates. There are four main sub-types of the virus, but the most recent isolated influenza viruses from pigs have been H1N1 viruses.

How does it spread?
Swine flu viruses do not typically infect humans though they do occur through close proximity or contact with infected pigs or contaminated areas. Cases of human-to-human spread have been documented.

What are the symptoms?
The symptoms are similar to those of regular flu:
– Fever
– Lethargy
– Runny nose
– Cough
– Sore throat
– Lack of appetite
– Vomiting and diarrhoea in some cases.

How common is swine flu infection in humans?
In the past, reports of about one human swine flu virus infection had been received every one to two years in the United States. From December 2005 till February 2009, 12 cases have been reported.

Has this strain of flu been seen before?
No. Flu mutates constantly, so it is common for new strains to emerge. Pigs can also be infected with both human and avian influenza, and the current circulating swine flu strain appears to contain genetic elements from all three.

Can swine flu be treated with antiviral drugs and flu vaccine?
The swine flu is resistant to two common drugs – Amantadine and Rimantadine. The H1N1 swine flu viruses are very different from human H1N1 viruses. Therefore, vaccines for human seasonal flu would not provide protection. However, a “seed vaccine” has been specifically tailored to this swine flu and will be manufactured if officials deem it necessary.

Can people catch swine flu by eating pork?
No. Swine influenza viruses are not transmitted by food. Eating properly handled and cooked pork and pork products is safe. Cooking pork to an internal temperature of 70ºC and above kills the swine flu virus.

How long is someone with swine flu considered contagious?
People with swine influenza virus infection should be considered potentially contagious as long as they are symptomatic; possibly for up to seven days following the onset of the illness. Children, especially younger children, might potentially be contagious for longer periods.

What can I do to protect myself from the swine flu?
There is no vaccine available right now to protect against the swine flu.
However, you can help prevent the spread of germs that cause respiratory illnesses like influenza by:
– Covering your nose and mouth with a disposable tissue or handkerchief when you cough or sneeze. Throw the tissue in the waste basket after you use it.
– Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hand cleaners are also helpful
– Try to avoid close contact with sick people. – If you get sick with influenza, stay at home and limit contact with others to keep from infecting them.
– Avoid touching your eyes, nose or mouth.
– Consult your nearest healthcare facility if you think you have any of the symptoms.

Which countries have had cases of the swine flu?
The World Health Organisation (WHO) has confirmed human cases of swine flu in Mexico, the United States, Canada and Spain. Only Mexico has reported deaths from the new strain.

Are there any travel restrictions or advisories for Malaysians?
The Health Ministry on April 27 advised Malaysians against travelling to certain places in the United States, Mexico and Canada which have been affected by the swine flu.

What precautions are in place in Malaysia?
– The Health Ministry’s operations room in Putrajaya has started a 24-hour monitoring of the situation. The public can call 03-8881 0200/300 for enquiries.
– Those returning from Latin American countries and found to have flu-like symptoms will be quarantined.
– Health Ministry officials are conducting health screenings on passengers arriving from the United States.
– Thermal scanners will be placed at international airports to speed up the screening process for swine flu.
– Public and private medical practitioners have been instructed to report to the district health office any patient with influenza-like illnesses or severe pneumonia symptoms and who had travelled to the affected countries after April 17.
– Owners of the 797 pig farms nationwide have been ordered to immediately contact the nearest Veterinary Services Department office or the Animal Disease Control Centre if their workers or animals show symptoms linked to the swine flu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Cadangan kerajaan perpaduan: Nik Aziz setuju dengan syarat

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ‘‘Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

‘‘Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.’’

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam – ketika mereka berdua sedang berbual.

Bagaimanapun, Nik Abduh ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu memberitahu, beliau akan hanya menjelaskan semuanya dalam blog tersebut pada masa akan datang.

Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

“Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka menyangka, mereka telah melakukan kebaikan, sedangkan telah sesat segala usaha mereka di sisi Tuhan. Semoga Allah membalas mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!” katanya.

Katanya lagi, ia terbukti apabila bapanya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah dan kerajaan perpaduan selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi dan 10 ulama Pas.

Menurutnya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka.

‘‘Bagaimana mereka akan memperolehnya, sedang mereka hanya belajar agama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah-istilah agama yang dihafal, bukan difaqihi?

“Modus operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama Pas di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

“Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana ‘keruh’ dan ‘panas’ dengan Abdul Hadi.

‘‘Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, ia juga merupakan salah satu usaha para pembantu terbabit untuk mendapatkan restu bagi calon mereka untuk menghadapi pemilihan parti Jun nanti.

“Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar Pas nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

“Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli-ahli Pas di dalam kebebasan memilih,” katanya.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PAS perlu buka pintu SPRM pantau pemilihan parti itu Jun ini

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) Malaysia berpandangan bahawa PAS perlu membuka ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malatsia (SPRM) memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu dalam Muktamar PAS, Jun depan.

Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata, langkah itu akan memberikan kredit kepada PAS bagi membuktikan parti itu benar-benar tidak terjangkit dengan penyakit rasuah walaupun setelah memenangi pilihanraya umum lalu.

“Kita berpandangan bahawa PAS boleh membuka ruang kepada SPRM menjalankan pemantauan bagi mengesahkan lagi bahawa Muktamar PAS pada kali ini adalah benar-benar bebas daripada rasuah,” katanya.

Dalam kenyataanya kepada Agendadaily, beliau berkata, GERAK menyokong SPRM jika agensi berkenaan mahu memantau perjalanan pemilihan Muktamar PAS itu supaya bebas daripada rasuah.

Gerakan itu menolak pandangan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Dr. Che Rosli Che Mat yang membuat kenyataan menolak pembabitan SPRM untuk memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu, Jun depan.

“Sepatutnya pemimpin itu mencontohi sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah membenarkan SPRM menyiasat dakwaan korupsi terhadap menantunya. Akhirnya terbukti tidak berlaku sebarang kesalahan rasuah atau salahguna kuasa,” tegasnya.

Menurut Mohd Nazree, peranan ahli-ahli PAS yang terbabit pemilihan pemimpin parti amat penting dalam memastikan tidak ada unsur-unsur lobi-melobi dan penggunaan politik wang.

Katanya, ini perlu selepas pembangkang yang turut dianggotai PAS telah mempunyai kuasa mentadbir yang boleh menjerumuskan pemimpin ke lembah rasuah jika tidak berhati-hati dengan perkara ini.

Menurutnya. SPRM harus diberikan kepercayaan oleh rakyat terutamanya generasi muda. PAS dengan pemantauan tersebut bagi menyakini pemilihan parti itu benar-benar bebas daripada rasuah politik.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada Jun ini dijangka sengit dengan kerusi Presiden, Timbalan dan Naib dijangka menyaksikan pertarungan membabitkan dua kumpulan yang disebut-sebut sebagai kumpulan Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan PAS asal atau ulama.SPRM sebelum ini turut bekerjasama dengan UMNO ketika pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini dan jika PAS memilih menolak cadangan ini, ianya pasti menimbulkan tanda tanya kenapa mereka takut berbuat demikian atau apakah PAS kini bukan lagi parti yang bersih

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pilihan raya kecil Penanti 31 Mei

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebentar tadi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai ketua perhubungan negeri UMNO

SETIAUSAHA AGUNG: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

BENDAHARI AGUNG: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

KETUA PENERANGAN: Ahmad Maslan

PENGERUSIPENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI: PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu (muka baru) KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (muka baru)

PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (muka baru)

PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (muka baru)

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak (muka baru)

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin (muka baru)

NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam

JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman

PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (muka baru)

KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed (muka baru)

SABAH: Datuk Seri Musa Aman

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Grand design” media asing mahu jatuhkan Najib – Rais

Tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap kepimpinan baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu “grand design”.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.

“Media asing itu akan menggunakan pelbagai istilah mengaitkan pelbagai kelakuan (Perdana Menteri) yang kononnya tidak boleh diterima (oleh pihak tertentu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil buat bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, di Masjid AnNur di Peringgit di sini malam tadi.

Majlis itu dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia sempena memperingati ulang tahun pemergian Allahyarham yang meninggal dunia pada 23 April 2006.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr. Mahathir bahawa terdapat usaha oleh media asing yang bersatu dan berterusan menggambarkan impak negatif terhadap Najib sebagai Perdana Menteri baru Malaysia.

Menurut Rais, Najib telah dikaitkan dengan “undang-undang” kononnya boleh mencemarkan nama baik beliau oleh beberapa pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Sedangkan dakwaan itu hanya kosong semata-mata oleh media sama ada di Eropah atau di Amerika Syarikat,” katanya yang percaya dakwaan terhadap Najib itu akan berakhir begitu sahaja.

“Bagaimanapun, kami akan meneliti (keadaan) dan sekiranya berpeluang saya sendiri ingin berdebat dengan pihak-pihak yang cuba “mengenakan” pemimpin kita dengan perkataan tak senonoh atau tidak diterima akal pada masa ini,” katanya.

Mengenai Datuk Zaid Ibrahim yang sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Najib, Rais berkata, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memiliki peribadi yang mempunyai beberapa sifat “si lunchai” kerana Zaid tidak mengenal sifat kebijaksanaan atau faedah mengutuk pemimpin sendiri.

“Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu terhadap perdana menteri,” katanya.

Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar. BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Untungnya Eli…malangnya Fairus

Ada dua senario berbeza dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Satu untung dan satu malang.

Untung jika namanya ialah Elizabeth Wong – bukan sahaja ‘bebas’ daripada sebarang ‘dosa’ malah terus dibela.

Malang jika namanya Mohamad Fairus Khairuddin – bukan sahaja berhadapan dengan tekanan pucuk pimpinan sendiri tetapi terpaksa melepaskan semua jawatan ,Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan kini berseorangan untuk membersihkan dirinya.

Elizabeth atau panggilan manja diberikan oleh PKR Eli, yang pernah jadi pembantu kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak perlu gundah gulana jika ada badai yang melanda, pembelaan akan tetap datang.

Terbaru apabila set gambar baru,empat keping dicantum jadi satu juga semasa tidur, kali ini lengkap berpakaian mula disebarkan sebagai susulan kepada gambar kedua kakinya ‘terbuka’ dan kain ‘terselak’, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cepat-cepat mempertahankan Exco yang mula tegas hendak meletakkan jawatan tetapi menelan balik ketegasannya itu.

Rayuan yang dibuat oleh Khalid ialah sesiapa sahaja yang menyimpan gambar-gambar Eli hendaklah menyerahkannya kepada pihak berkuasa kerana menyimpannyau adalah kesalahan di sisi undang-undang.

Hakikatnya yang menjadi bahan bualan, isu Eli ini mengundang percanggahan yang ketara dalam kepimpinan PKR sendiri.

Bagi yang menyokong, walaupun gambar yang tersebar itu dikatakan adalah cerminan kepada kehidupan sosial sebenar Eli yang ‘bebas’ membawa lelaki ke dalam rumahnya hingga boleh merakamkan gambar pelbagai aksi, ia dianggap kehidupan peribadi dan tidak boleh dipersoalkan.

Namun bagi yang menentang, ia dianggap sebagai ‘bom jangka’ kepada kepimpinan PKR kerana sedar mungkin banyak lagi rakaman aksi-aksi yang akan disebar selepas ini setelah beliau menerima semula jawatan Exco kerajaan negeri Selangor.

Malah Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin secara terbuka mengisyrtiharkan dirinya ‘mufaraqah’ atau memisahkan dirinya daripada keputusan yang dibuat oleh kempinan PKR membenarkan Eli menyertai kerajaan Selangor semula.

Penentangan dalaman PKR terhadap Eli dapat difahami kerana menurut cerita banyak lagi kisah-kisah mengenai Eli yang mereka khuatiri akan mucncul ke permukaan.

Ikut cakap-cakap yang tersebar, kebimbangan paling besar ialah isu Eli akan terus menjadi duri dalam daging kepada PKR termasuk desas desus mengenai ‘port’ yang selalu dikunjungi oleh Eli dengan bekas teman lelakinya Helmi Malek di Sentul.

Helmi,bekas pembantu seorang Ahli Parlimen PKR di Selangor yang dicari polis untuk bantu siasatan mengenai kes pengedaran gambar pertama dulu itu masih belum muncul sampai hari ini.

Lelaki yang sudah beristeri itu dipercayai bersembunyi di sebuah negara jiran selepas heboh tentang pengedaran set gambar pertama dulu.

Melihat pada set gambar terbaru yang disiarkan di sebuah laman blog jelas menunjukkan Elizabeth sedang tidor di tempat sama dengan gambar sebelum ini iaitu diatas sofa.

Ada kemungkinan set gambar terbaru ini diambil oleh orang yang sama.

Penyebaran set gambar terbaru Eli adalah asas kepada kebimbangan sesetengah kepimpinan PKR mereka akan berhadapan dengan serangan lebih dahsyat mengenai isu moral pemimpin parti itu sendiri kerana selama ini PKR adalah jaguh menuduh orang lain tidak bermoral.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perhimpunan agung khas Umno 13 Oktober

Perhimpunan agung Umno 2009 akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober depan – khas untuk membincangkan pindaan perlembagaan Umno bagi membolehkan ahli memilih kepimpinan tertinggi parti secara serentak di 191 bahagian.

Pindaan tersebut merupakan janji Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam ucapan sulung sebagai presiden Umno pada 28 Mac lalu.

Pada masa ini, pemilihan Umno dibuat oleh kira-kira 2,500 perwakilan Umno, iaitu 13 orang dari setiap bahagian Umno dari seluruh negara.

Menurut Umno online, Umno kini mempunyai lebih 3 juta ahli. Selepas pindaan tersbut, ahli UMNO akan mengundi memilih pemimpin secara serentak di semua bahagian.

Perhimpunan khas itu juga akan mengkaji semula kuota pencalonan bagi jawatan tertinggi parti.

Pada masa ini, calon bagi jawatan presiden memerlukan 30 peratus atau 59 pencalonan, timbalan presiden (20% atau 39 pencalonan), naib presiden (10% atau 20 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5% atau 11 pencalonan).

Sehubungan itu, ibupejabat Umno telah mengeluarkan pekeliling pada 15 April lalu, memaklumkan bahawa persidangan tahunan Umno di peringkat cawangan bagi 2009 akan bermula pada 15 Mei hingga 30 Jun depan.

Manakala bagi persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat cawangan juga akan diadakan pada tarikh yang sama.

Persidangan tahunan peringkat bahagian, termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri, ditetapkan pada 16 Julai sehingga 16 Ogos depan.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PRK Penanti…BN mungkin tidak bertanding

PM Najib menyatakan kemungkinan BN tidak akan bertanding pada PRK DUN Penanti sekiranya SPR memutuskan bahawa kerusi itu dikosongkan. Tetapi keputusan ini bergantung pada keputusan sebulat suara parti komponen BN.
Penulis bersetuju sekiranya BN tidak bertanding. Bukan seba takut kalah tetapi sudah menjadi trend akhir2 ini. Terdapat banyak isu rakyat yang harus ditumpukan oleh BN dan kerajaan seperti isu kegawatan ekonomi dari melayan ‘psywar’ PKR yang asyik dengan PRK.
Nasihat buat PKR…jgn buang masa rakyat…letaklah calon yg layak bertanding dan bukan calon tangkap muat!!

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda