Daily Archives: April 3, 2009

‘Kepimpinan adalah tanggungjawab bukan satu keistimewaan’

SAYA berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini mimbar akan membincangkan khutbah bertajuk: “KEPIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BUKAN SATU KEISTIMEWAAN”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita sering mendengar berita pertumpahan darah dan pergolakan politik di negara luar demi untuk memilih pemimpin yang sesuai. Menurut pemerhatian mimbar, antara faktor utama kekacauan politik ini adalah berpunca daripada perbalahan di kalangan pemimpin yang terus berdegil mempertahankan hak kepimpinan masing-masing.

Berdasarkan perang saudara dan pertumpahan darah yang berlaku dalam pencarian pemimpin ini, jelas menunjukkan proses pemilihan pemimpin adalah suatu kerja yang sukar walaupun kadangkala ia diputuskan secara demokrasi. Kesan buruk daripada kekacauan politik menyebabkan negara berkenaan mengalami kemusnahan harta benda, kerosakan infrastruktur dan permusuhan antara puak yang berpanjangan.

Usaha memulihkan semula kestabilan dan kemakmuran negara bukan perkara mudah kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang besar dan memakan masa yang panjang untuk pulih seperti keadaan aman sebelumnya. Apa yang lebih malang, dalam menyelesaikan pertikaian dalaman, mereka membuka pintu kepada kuasa asing untuk campurtangan, lalu hilanglah kedaulatan negara berkenaan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bagaimana pun kita amat beruntung kerana peralihan kuasa kepimpinan Islam yang menjadi paksi kekuatan umat di negara ini berlaku secara aman dan licin. Berdasarkan sejarah politik negara ini, ternyata peralihan kuasa secara aman ini bukanlah perkara baru tetapi sebenarnya telah menjadi budaya di negara ini. Banyak negara kagum dengan tradisi peralihan kuasa di Malaysia tanpa ada kekecohan besar walaupun rakyat terdiri berbilang kaum dan berlainan agama. Persoalan besar timbul ialah apakah faktor utama budaya peralihan kuasa di kalangan pemimpin Islam berlaku secara aman di negara ini?.

Mimbar ini amat yakin peralihan kuasa secara aman dianggap sebagai langkah bijak demi menjaga maslahah negara dan masa depan umat Islam. Hakikatnya budaya peralihan kuasa secara aman ini dianggap sebagai hadiah yang amat berharga daripada seorang pemimpin yang berjiwa besar kepada rakyat negara ini kerana kestabilan negara terus kukuh dan rakyat boleh meneruskan kegiatan ekonomi dan beribadah secara aman.

Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah banyak berjasa dan berkorban demi agama, bangsa dan negara. Agak sukar kita membalas jasanya, kecuali dengan iringan doa agar kehidupannya sentiasa diberkati Allah.

Sebenarnya kestabilan politik umat Islam di negara ini turut memberi manfaat kepada kaum-kaum lain di negara ini. Oleh itu, mimbar mengingatkan pihak bukan Islam di negara ini supaya menghormati agama dan budaya umat Islam yang menjadi teras kestabilan politik di negara ini.

Menurut pengkaji sains politik, gaya kepimpinan yang dianggap paling berkesan adalah gaya kepimpinan transformasi iaitu gaya kepimpinan yang mampu membuat perubahan dan pembaharuan kepada rakyat. Dalam kes ini, Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh seorang pemimpin gaya transformasi yang paling berjaya di dunia.

Baginda berupaya menukar gaya hidup masyarakat jahiliah daripada kufur kepada beriman, permusuhan kepada persaudaraan, kekejaman kepada kasih sayang, pemalas kepada bangsa yang rajin dan sebagainya. Dengan demikian, sebahagian besar daripada tanggungjawab pemimpin itu adalah untuk membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat.

Terutama rakyat di luar bandar yang sebahagian besarnya terdiri daripada para petani, nelayan, penarik beca, penoreh getah dan golongan pendapatan rendah yang lain amat mengharapkan berita baik, berita gembira yang mampu mengubah nasib mereka. Jika kita menganggap jawatan kepimpinan sebagai satu keistimewaan, maka mimbar amat bimbang ia boleh menjejaskan tumpuan dalam memberi perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Selari dengan peralihan kuasa secara aman ini, maka mimbar ingin menarik perhatian jemaah dan umat Islam sekalian berhubung pesanan Rasulullah s.a.w. mengenai kepimpinan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Mafhumnya: “ Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”

Berdasarkan hadith ini, Islam melihat seorang pemimpin itu ibarat wakil atau pemberi khidmat (khadim) kepada rakyat untuk mentadbir urusan umat. Persoalan besar timbul di sini ialah apakah hak-hak umat terhadap pemimpinnya?. Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan perdana menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai khalifah menyeru umat Islam ketika itu yang maksudnya:

“Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku”.

Ucapan penuh ikhlas Saidina Abu Bakar r.a ini memberi mesej jelas bahawa menasihati seseorang pemimpin adalah sebahagian daripada hak dan kewajipan setiap muslim dalam negara Islam. Malah setiap individu juga berkewajipan untuk meluruskan pergerakannya, menyuruhnya untuk mengerjakan kebajikan atau mencegahnya dari melakukan sebarang kemungkaran.

Rakyat berhak menegur pemimpin kerana seseorang pemimpin dalam Islam adalah manusia biasa. Dia bukan seorang yang terlalu agung atau istimewa sehingga tidak boleh ditegur. Walau bagaimanapun, Islam juga meletakkan asas etika yang perlu dipatuhi, iaitu dalam menegur pemimpin, wajib dilakukan secara beradab dan tidak secara terbuka yang boleh mengaibkannya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Mimbar ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian, bahawa kekuatan pengaruh kepimpinan berkait rapat kepada sejauhmana nawaitu dan keikhlasan kepimpinan dalam menegakkan kedaulatan Islam di negara ini. Selari dengan perkembangan baik peralihan kuasa di negara ini, maka mimbar menyeru kepimpinan baru memperhebatkan program amar makruf, nahi munkar dan melaksanakan perubahan positif. Selain itu martabat dan kedudukan Islam sebagai agama negara perlu dipertahankan serta diperkasakan.

Semoga dengan itu, insya Allah ia akan meningkatkan keyakinan rakyat; khususnya masyarakat Islam.

Firman Allah s.w.t dalam surah as- Syu’araa’ ayat 215-217:

Maksudnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.”

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pak Lah pemerintah yang lunak kepada rakyatnya

BEKAS Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dalam kiriman emelnya semalam dari Lampeter, United Kingdom menyifatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang pemimpin yang berhemah dan banyak menabur jasa sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Saya sebagai rakyat Malaysia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah berjasa dalam tempoh beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Saya mempunyai hubungan baik dengan beliau. Demikian saya juga mempunyai hubungan yang amat baik dengan Tun Mahathir. Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga agak dekat,” kata Dr Asri.

Di sini sebagai seorang muslim yang diperintahkan Allah dan RasulNya agar adil dalam setiap perkara, saya ingin merumuskan beberapa hakikat berikut:

1. Pak Lah semasa menjadi Perdana Menteri banyak dinilai daripada kacamata musuh politiknya yang senantiasa melihat keburukan dan permusuhan. Itulah juga yang pernah berlaku pada Tun Mahathir. Mungkin apabila Pak Lah turun kita akan mendengar yang menghinanya habis-habisan akan menyebut kebaikannya.

Jika kita masih ingat dahulu ketika awal beliau memerintah, beliau dituduh sebagai boneka Tun Mahathir Apabila beliau bercanggah dengan Tun Mahathir beliau dikutuk kerana dikatakan tidak mahu mendengar nasihat orang yang lebih berpengalaman.

Itulah politik Malaysia yang menjadikan permusuhan tonggak kepada kritikan.

2.Pak Lah bukanlah seorang pemerintah yang cukup teguh di sudut nilai al-quwwah yang diperlukan oleh seorang pemimpin di negara seperti Malaysia.

Ketangkasan yang pernah ditunjukkan oleh Tun Mahathir dahulu menjadikan Pak Lah kelihatan jauh ditinggalkan. Namun, kita hendaklah akur Pak Lah adalah seorang pemerintah yang lunak kepada rakyatnya.

Ada nilaian agama dalam jiwanya. Memberi banyak ruang dan nafas kebebasan kepada rakyat, berbudi bahasa dan tidak sukakan permusuhan. Hakikat ini janganlah dilupai.

Pak Lah sebenarnya BAPA PERUBAHAN MALAYSIA kerana banyak perubahan berlaku pada zamannya, samada disengajakan atau tidak.

3. Pak Lah gagal untuk mengubat penyakit partinya yang parah terutama soal politik wang dan rasuah. Beliau bukan tidak mencuba, tetapi tidak cukup berwibawa dan masalah itu begitu tegar.

Kita harapkan usaha-usahanya akan ditingkatkan oleh orang selepasnya jika ada kejujuran.

4. Allah Maha Mengetahui kebaikan dan keburukan seseorang. Di akhirat ditimbang amalan baik dan jahat setiap insan. Sesiapa yang kebaikannya mengatasi-kejahatannya maka dia selamat.

Begitulah sebaliknya. Belum tentu yang memaki hamun itu, lebih baik daripada yang dimaki.

Kita tahu tiada pemimpin yang maksum, namun kita sebagai rakyat mengharapkan agar seseorang pemimpin itu hendaklah unsur kebaikan mendominasi kehidupannya, bukan kejahatan yang menguasainya. Allah lebih mengetahui tentang hamba-hambaNYa.

Akhirnya, terima kasih Paklah, maaf`jika ada bicara dan kritikan yang melampau selama ini..

nota: Terima Kasih dan Selamat Bersara Buat Pak Lah…dari kami Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pak Lah Dan Isteri Terima Anugerah Tun

Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. – Bernama

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SMM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. – Bernama

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Najib rasmi PM keenam

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri keenam pada pukul 10:12 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balai Rong Seri Istana Negara hari ini.

Kini Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Najib mencipta sejarah kerana mewarisi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua.

Najib menyertai politik secara aktif selepas Razak meninggal dunia.

Upacara bersejarah itu akan bermula pukul 10 pagi ini dengan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Sehingga 9.30 pagi tadi, selain anggota Kabinet dan jemputan khas, antara mereka yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Oktober 2003.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kerja Gila Suara Keadilan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) benar-benar memperlihatkan sikap mengelabah dan tidak bertanggungjawab apabila menyiarkan dalam laman berita rasminya Suara Keadilan mendakwa acara mengangkat sumpah Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, hari Jumaat dibatalkan.

Kononnya pembatalan itu dibuat kerana Yang di-Pertuan Agong menolak untuk melantik Najib sebagai Perdana Menteri setelah menerima perletakan jawatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Cerita karut itu bukan sahaja disiarkan oleh laman lidah rasmi PKR tetapi melalui perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) Adil Net yang diterima oleh mereka yang melanggani perkhidmatan tersebut.

Menyedari cerita yang disebarkan tidak benar, penasihat PKR DatukSeri Anwar Ibrahim mula mengalihkan tumpuan kepada cerita lain yang berkaitan dengan perlantikan Najib dengan menyiarkan surat pakatan pembangkang kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang memohon penangguhan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri.

Cuma persoalan yang timbul kenapa surat tersebut baru disiarkan hari Khamis sedangkan surat berkenaan bertarikh 28 Mac 2008.

Mungkinkah setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong dan urusan peralihan kuasa hanya menunggu formaliti sahaja hari Jumaat, maka Anwar cuba membawa cerita bahawa Yang di-Pertuan Agong sebenarnya bersetuju dengan permohonan pembangkang melalui surat yang dibuat pada 28 Mac lalu.

Dapat difahami, isu surat tersebut akan dijadikan satu isu politik dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ‘terpaksa’ menerima Najib walaupun pada awalnya setuju dengan surat pakatan pembangkang.

Skrip seperti ini telah lama digunakan oleh Anwar.

Mengenali cara politik Anwar selama ini, jika surat tersebut benar-benar sudah ditulis 28 Mac lalu, nescaya pada tanggal 29 Mac surat itu telah pun disebarkan tetapi bagi menutup malu apabila berita acara angkat sumpah dibatalkan terbukti satu pembohongan, Anwar cuba menggunakan surat itu pula sebagai helah baru.

Sementara itu sumber Jabatan Perdana Menteri memberitahu Agendadaily, setelah Abdullah dan Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mempersiapkan semua dokumen berkaitan dengan urusan serah tugas yang akan berlangsung hari Jumaat.

Malah, persiapan acara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri baru juga telah disiapkan di Istana Negara dan semua yang berkaitan telah menerima surat rasmi bagi maksud majlis mengangkat sumpah berkenaan.

Sumber itu memberitahu, apa yang cuba dibuat oleh PKR adalah kerja orang yang tidak waras dan kemuncak kepada beberapa siri pembohongan parti itu.

Malah menurut sumber itu, apa yang dilakukan PKR itu boleh difahami kerana PKR khususnya penasihat parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tidak ‘sedia’ untuk berhadapan dengan Najib sebaga Perdana Menteri baru.

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai penyebaran berita palsu itu menyifatkan penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan hilang akal pembangkang yang terdesak dalam menghadapi tiga pilihan raya kecil sekarang.-

rujuk link ini

http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/04/3949

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Double Standard” Anwar Dalam Kes Elly, Arumugam Terbongkar

Bekas Setiausaha Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lokman Noor Adam mendakwa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini tidak mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melepaskan jawatan disebabkan peranan penting Elizabeth kepada parti itu.

Lokman yang kini Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya mendedahkan pada tahun 2003, Anwar telah menghantar pimpinan kanan PKR ke Washington DC untuk mendapatkan dana daripada George Soros bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-11 ketika itu.

Menurutnya, pertemuan itu telah diatur Tian Chua dan pimpinan PKR yang menghadap George Soros ketika itu ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

“Bagaimanapun Tian Chua tidak ada pada pertemuan itu sebaliknya beliau menghantar Elizabeth Wong untuk menguruskan pertemuan berkenaan.

“Pertemuan mereka terbongkar apabila berlaku pertengkaran di antara Azmin Ali dan Elizabeth setelah Azmin tidak membenarkan Elizabeth memasuki perbincangan tersebut kerana khuatir ada pihak luar yang mengetahui tindakan mereka menagih dana dari Soros”, katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika berceramah ‘Kenapa Harus Tolak Pas’ di sini, Isnin malam.

Kata beliau lagi, perkara tersebut dimaklumkan oleh Ezam semasa mesyuarat ‘inner circle’ mereka.

Tegas beliau hakikat berkenaan jelas membuktikan “double standard” Anwar dalam berdepan dengan krisis dalaman parti tersebut.

“Saya katakan begitu kerana apabila bekas ADUN Bukit Selambau terlibat dengan masalah moral (perempuan simpanan) beliau segera desak agar ADUN tersebut meletakkan jawatan.

“Namun bila berdepan dengan kes Elly, Anwar mempertahankan Elizabeth habis-habisan sungguhpun ADUN berkenaan didakwa menghadapi masalah ketagihan rokok, arak dan yang terkini masalah gambar bogel serta hubungan dengan pemuda Islam (Helmi)”, katanya.

Lokman seterusnya menambah Anwar masih tidak mahu Elizabeth meletakkan jawatan kerana Elizabeth adalah ‘jambatan’ kepada dana yang diberikan kepada PKR dari pihak asing yang mahu mengkucar-kacirkan negara.

Pada 1997, George Soros dilabel sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan ekonomi negara merundum dan ekonomi Asia juga turut tergugat.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda