Najib rasmi PM keenam

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri keenam pada pukul 10:12 pagi tadi.

Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balai Rong Seri Istana Negara hari ini.

Kini Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Najib mencipta sejarah kerana mewarisi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Perdana Menteri kedua.

Najib menyertai politik secara aktif selepas Razak meninggal dunia.

Upacara bersejarah itu akan bermula pukul 10 pagi ini dengan disiarkan secara langsung oleh RTM.

Sehingga 9.30 pagi tadi, selain anggota Kabinet dan jemputan khas, antara mereka yang hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pagi semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Ia diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Najib di hadapan Seri Paduka Baginda akan diadakan di Istana Negara.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Tuanku Mizan untuk menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri, selaras dengan proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang dirancang sebelum ini.

Najib, yang mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, turut menghadap Seri Paduka di Istana Negara, selepas istiadat menghadap oleh Abdullah pagi tadi.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Oktober 2003.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Najib rasmi PM keenam

  1. irhs

    Tahniah buat DS Najib. Cuma harapan kami (akar umbi ahli UMNO), DS Najib tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah. Semua yang berkaitan dengan Pak Lah, termasuk Islam Hadhari, budak-budak tkt 4, KJ dan banyaklagi hendaklah ditinggalkan dalam lipatan sejarah Pak Lah. Jangan dibawa bersama “Liability Package” Pak Lah full stop. DS najib perlu membuka satu dimensi dan harapan baru. Selamat berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s