BN 1, PR 2

Pilihan raya kecil serentak di tiga kawasan berakhir hari ini dengan Barisan Nasional (BN) menang satu manakala Pakatan Rakyat pula menguasai dua bahagian.

BN mengekalkan kerusi Batang Ai di Sarawak manakala Pakatan yang menurukan calon PAS dan PKR masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen dan DUN Bukit Selambau.

Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi – berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Muka baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar berjaya mempertahankan kerusi parti itu setelah menang dengan majoriti 2,403 undi.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S. Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi manakala calon BN S.Ganesan mendapat 10,229 undi.

Pilihan raya kecil itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia menyaksikan pertandingan yang membabitkan 15 calon, termasuk 13 calon Bebas.

Calon Bebas Mej (B) Anuar Abd Hamid mendahului undi calon-calon bebas yang lain dengan hanya memperoleh 528 undi dan hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 2 pada pukul 10.45 malam ini.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

BN pula mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai apabila calonnya, Malcolm Mussen Lamoh memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,854 undi.

Mussen, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi untuk menewaskan ahli politik veteran Jawah Gerang, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Pegawai pengurus pilihan raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu pada 7.45 malam.

Batang Ai, sebuah daripada kerusi DUN dalam Parlimen Lubok Antu, mempunyai 8,006 pengundi berdaftar, termasuk 43 pengundi pos.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot memenangi kerusi majoriti kaum Iban itu setelah menewaskan Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 860 undi.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “BN 1, PR 2

  1. hampeh

    anybody home!!!!!! ader org ke kat blog ini….sonyap joo

  2. Palohotox

    Seperti biasa.. blog ini akan sunyi sepi .. Tiada lagi suara suara angkuh lagi takabur pejuang2 bangsa..
    Mungkin tengah buat post mortem?? Oppss.. kita nk bayar badan bebas .. kita tak payah buat semua tu.. Rakyat tak tolak kita lagi.. Orang2 Sarawak sokong kitaa lagi..
    Mungkin suara2 itu akan kembali.. esok ? lusa?
    Ada aku Keesahhh!!

  3. onmu

    sudah ler…nak bincang hal besar2..korang pemuda enggang pun apa korang bleh buat??? cuba citer skit?? apa visi, misi objektif ko jd pemuda…esp. kat jln.enggang ni?? x nmpk apa pun…cuba korang citer arrr???

  4. ANTI PENIPU

    UMNO jatuh sebab ade pengamal rasuah dalamnya.. macam mana kerajaan nak telus kalau semua hujah pembangkang yang bohong tak disangkal.. takkan nak tunggu dan lihat.. kalau kita tunggu lagi.. kita akan lihat UMNO jatuh.. Pembangkang banyak bohong.. tapi rakyat percaya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s