Kemasukan Semula Tun Mahathir Ke UMNO…Satu Kekuatan Atau Kelemahan Bagi UMNO?

Penulis ingin mendapat pandangan dari pembaca mengenai tajuk di atas dengan melihat keputusan PRK yang selesai semalam.. Diharap para pembaca dapat berkongsi pandangan.

Terima Kasih

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “Kemasukan Semula Tun Mahathir Ke UMNO…Satu Kekuatan Atau Kelemahan Bagi UMNO?

  1. Grand Marquis

    Assalamualaikum,

    Bagi saya ia satu kekuatan. Jangan kita nilai hanya semata-mata kekalahan 2 pilihan raya yang lepas.

    Pada pendapat saya, BN tidak kalah, malah BN telah menang dalam pilihanraya ini. Ini kerana 2 bukit tersebut adalah kubu kuat PR. Dengan simpati rakyat di perak ditambah pula faktor Nizar yang jauh lebih popular dari Ismail tu, kemenangan dengan majority 2000++ tidaklah suatu yang membangakan untuk PR. Perlu ingat, Nizar dengan Ismail tu umpama langit dan bumi, umpama Shabery dengan Anwar dalam debat dulu.

    Ramai orang menjangkakan BN akan kalah teruk, tapi last-last, tak teruk mana. Cuma BN gagal dalam menarik orang bukan Melayu. Itu kelemahan BN sekarang. Mereka perlu fikirkan strateginya.

    Kemasukan TUN mungkin juga mengembalikan sokongan orang Melayu pada UMNO. Hasilnya kita lihat kebanyakan undi di dua bukit untuk BN adalah orang Melayu.

    Wallahualam

  2. Kemasukan semula Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO merupakan satu kunci kepada usaha untuk mengembalikan semula kekuatan UMNO. Kita tidak boleh mentafsirkan keputusan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebagai referendum terhadap TDM atau Kerajaan. Kedua-dua kawasan berkenaan sememangnya kawasan pembangkang.

    Tun mempunyai pengalaman selama 22 tahun sebagai PM dan telah berpuloh tahun di dalam UMNO. Selain bukti pembangunan sepanjang pemerintahan beliau, TDM adalah seorang yang tegas dan kritis yang diperlukan oleh UMNO ketika ini setelah kelihatan layu sejak beberapa tahun kebelakangan.

    Sehubungan dengan itu, saya merasakan kemasukan TDM ke dalam UMNO semula akan meningkatkan kekuatan UMNO sebagai tulang belakang BN.

  3. hasan

    sebenarnya, che det tu dh tua
    dimana org lain selain che det

  4. din

    kemasukkan mahathir adalah kekuatan bagi umno.

    kekalahan umno di bukit gatang disebabkan oleh pembohongan yang dibuat oleh pihak pembakang.

    orang melayu khususnya lebih bersimpati kepada yang terima nasib yang tidak baik seperti dato seri nizar,
    insyaallah.. tuhan akan mebuka hati rakyat, tentang siapa permata siapa kaca. wasalam

  5. Penyokong Tun

    adalah satu kekuatan bg UMNO pabila Tun kembali kepgkuan UMNO setelah peralihan kuasa dr pak lah kpd Najib…
    seperti yg kita sedia maklum,kita byk terhutang budi kpd Tun krn dia telah memimpin negara kita selama 22tahun dgn jayanya…
    Hidup Tun..smoga dipjgkn umur Tun dan dikurniakan kesihatan yg baik..

  6. Big 8

    Ntahla….
    Kemasukan semula Dr. Mahatir kedalam UMNO seolah2 sukar untuk memperbaiki imej BN… Ini kerana Dr. Mahatir harus bertanggungjawab memperbaiki imej BN dimata rakyat kerana beliau lantang mengkritik kerajaan sebelum ini yg menjadikan rakyat beralih kpd pembangkang… Memburukkan memang senang tp untuk memulihkan terlalu sukar… Banyak gambaran buruk yg Dr. mahatir berikan kpd pimpinan terdahulu sehingga membuatkan rakyat hilang kepercayaan kpd BN…
    Rakyat berpecah kepada 2 kumpulan ketika Dr. Mahatir memecat Mat Jenin Anwar. Satu Pro Anwar dan satu lg Pro kerajaan… Dan kumpulan Pro Kerajaan berpecah kpd 2 kumpulan lg sewaktu kepimpinan Pak Lah yang mana satu Pro pak Lah dan satu lg Pro Mahatir akibat drp kritikan dan pengaruh Dr. M. Jd ini memberikan kelebihan kpd pembangkang.. jd cukuplah dr terus mengkritik dan utamakan rakyat dr kepentingan peribadi…

    rakyat cepat mengingati apa saja keburukan yg kita dedahkan namun untuk menghargai segala kebaikan dan jasa kerajaan adalah sesuatu yg sukar…

  7. Tubir

    Tun memang bijak didalam percaturan politik……..Namun beliau lebih banyak membawa bencana dari kebaikan didalam UMNO.Beliau hanya gagal didalam percaturan dengan khairy pada pemilihan ketua pemuda …….Kenapa tun begitu benci pada khairy?Adakah KJ akan merosakan kerier politek Mukriz? sama samalah kita fikirkan …….

  8. Mohdisa73

    Assalamualaikum….

    Saya orang luar dr UMNO…..sedikit pandangan yang ingin saya sampaikan…..melihat kepada kembalinya Tun Mahadir kedalam Umno semula dilihat satu pemangkin bagi Umno mengembalikan kepercayaan ahlinya khususnya yang merajuk dengannya. tapi tidakkah kita terfikir dengan cara Tun Mahadir diangkat sebaik sahaja sehari selepas Pak Lah menyerah kuasa seolah satu penghinaan yang Maha besar untuk Paklah…..tidakkah najib memikirkan sensitiviti paklah dan penyokongnya……apakah dengan cara drastik ini akan dapat menyatukan Umno itu sendiri…..Tidak culupkah dengan apa yang telah berlaku di Perhimpunan Agong Umno ……semakin berpecah dan berpuak…..rasuah menjadi agenda utama perhimpunan dan perwakilan……yang nyata dikatakan rasuah masih mampu diangkat sebagai pemimpin…….jadi bagaimana Umno mampu menyakinkan rakyat atas pagar apatah lagi rakyat yang berkonfrantasi dengan Umno itu sendiri……Perlantikan kabinet meyakinkan lagi 2 kelompok yang berseteru dan dikatakan ada tangan2 lain yang menentukan sesetengan jawatan……..jadi fikirkanlah bersama……

  9. pemuda

    salam,

    saya juga rakyat, jika sy boleh bersuara lantang saya harus b’buat demikian. tapi suara saya seperti anjing menyalak bukit krn sy hanya rakyat y tiada kuasa bersuara.

    sy penyokong kerajaan,
    sy hendak berkongsi banyak maklumat dan luahan hati pelbagai pihak. krn sy slalu berada dengan penyokong pembangkang. lebih2 lagi sy bekerja dlm sektor swasta y rmai pmbngkg.

    sy sedih,
    tp sy diam..ape y perlu sy buat, sy nk berkongsi cerita. sila email sy..tq

    jika umno prihatin

  10. pemuda

    Kemasukan Dr.M,

    Tahniah UNMO, setidak2nya UMNO boleh mendapat nasihat dan pandangan luas dari org y sangat b’pengalaman. ini kerana Dr.M di hormati semua rakyat dahulu. tiada siapa berani menentang Dr.M..sehingga beliau melepaskan jawatan.

    Dr.M,
    saya harap semua y sy kongsikan di bawah membuka mata semua..
    di tempat keja saya pernah sy terdengar suara org berkata :

    “kita tahu PKR nk balas dendam, tapi kita sokong jugak, kerana kita nk tumbangkan parti melayu terbesar ( UMNO )…supaya semua dasar dapat di ubah bila PKR pun dah habis membalas dendam nanti”

    adakah dia ( Melayu ) tahu bahawa UMNO sahaja dapat mengawal semua kaum, maafkan saya, maksud saya boleh menyatukan rakyat pelbagai kaum.

    ini pokoknya, sbb ungkapan y saya dengar itu luahan org yang hendak merosakkan perkauman dan mementingkan diri.

    ada juga berpendapat org umno,mca dan mic dah terlalu kaya, so rakyat xnk pilih umno..tidakkah org sedar dari mana sebenarnaya datang kekayaan itu..? so if PKR, PAS dan DAP memerintah:

    – adakah dia memilih golongan sederhana..????

    – mcmn golongan itu nk berkempen n membantu rakyat dengan duit sendiri..??? ( duit gov lambat claim )

    – so, dia mesti memilih y kaya bukan..?

    – masa 2 nanti adakah rakyat akan kata PKR, PAS dan DAP dah kaya jugak..???

    – sampai bila semua rakyat nak sedar perkara ni..??? org umno kebanyakannya mmg org kaya cuba membantu kerajaan dalam politik sahaja..

    – y merasuah dan di rasuah tu mmg xterkawal di malaysia, so u all sure ke if reformasi y menakutkan tu berlaku xkan ada rasuah..???
    ini kerana ia kerajaan baru dan semua org berebut nak memerintah..!!!

    – i sure ms tu bercakar2 dan berasuah dalam diam jugak..

    – kecuali buat mcm negara lain ” hukum mati siapa yang merasuah dan di rasuah ”

    Persoalan lain:

    Anak2 melayu akan datang,
    bangsa lain pandai mencari duit, ( berniaga ) tapi melayu xpandai. so kerajaan skg byk dah dasar nak tolong org melayu2 ni..bg sedikit2, kdg2 xnmpk pun benda 2, kaji la wahai melayu. i yang xmengundi ni pun perasan.
    so if reformasi berlaku, dia nak hapuskan kelebihan melayu dan buat sama rata…so ape berlaku masa tu nanti…??
    y dah kaya berniaga bertambah untung, yang xpandai mencari rezki ni hanya terkenangkan zaman UMNO memerintah ker…????

    saya harap sangat Pas tidak bersekutu dengan pembangkang, kerana PAS adalah parti yang SUCI dimata rakyat..

    bila PAS bersatu, saya sebagai rakyat terasa sekarang PAS dah lari dari ape Yang di perjuangkan dan macam gila kuasa pulak, maafkan saya jika terkasar..

    PAS perjuangkan agama, xkan lah nk membantu org lain naik dengan cepat…???

    biar PKR naik perlahan2 la if dia IKHLAS nak bantu rakyat y berjuta2 ni…

    Dulu dalam UMNO dia naik dengan cepat jugak..
    so kita sama2 uji PKR dulu..jangan bantu PKR. jangan bersekutu..

    disitu nanti terbukti dia ikhlas atau tidak…..salam

  11. Bakal PM

    Bernas pandangan pemuda…
    terima kasih….
    PKR memang cakap x serupa bikin… Mb flinstone kata beliau mengutamakan prinsip moral dan hak peribadi org tp dgn mengekalkan YB yg terang2 mempunyai skandal dgn pemuda islam tanpa ikatan perkahwinan nyata menggambarkan Mb flinstone berpegang kepada Moral pergaulan bebas… x kahwin xpe asalkan syok… sendiri buat maksiat sendiri diam2 jgn kasi tau org sebab itu hak peribadi… mcm mana la nak jwb kat akhirat kelak bila ditanya kpd pemimpin apakah kamu menjaga rakyat kamu dan mencegah kemungkaran??? mesti dia jwb kalau hak peribadi untuk melakukan maksiat x pe sebab nik ajis kata berbogel x salah…

  12. kenapa mesti taksub umno…….dah 50 tahun memerintah melayu tak kaya2 jugak.

  13. Bakal PM

    Kami bukan Taksub… tp kami x suka org melayu yg bodoh nak hapuskan hak mereka kat tanah melayu ni… mcm org x de fikiran… kalau kita tuan rumah datang la tetamu lain nak tumpang berteduh… apa kita nak beri dia hak yg sama dgn kita kat dalam rumah tu??? bilik tidur kita kasi dia, barang2 rumah biar dia guna sewenang2nya, kereta kita pun dia sebat dan semuala sampai kita pulak yg seolah2 mcm tetamu… last2 kita pulak jd org gaji kat rumah sendiri minta simpati atas kebodohan sendiri… Itulah ibarat PKR… menggadai maruah untuk kuasa berbeza dgn UMNO biar pun ditolak oleh kaum yg dahagakan kuasa yg tawarkan oleh PKR, UMNO tetap dgn prinsip mempertahankan kuasa org melayu… x pe hilang sokongan x kisah asalkan keturunan kita x menyumpah kita bila mereka jd hamba kelak… moyang mereka yg bodoh gadaikan maruah untuk menagih sokongan mereka yg berpura2 dan tamakkan kuasa akan dipersalahkan.. x guna pejuang2 sejarah melawan penjajah dahulu sebab keturunan mereka sekarang lebih rela dijajah oleh bangsa lain…

  14. radensabri

    wak sokong pandangan bro chicken tu. memang pihak lawan sekarang sedang perang saraf secara halus dan licik. mereka pakat letak jawatan yang membuka peluang diadakan pilihanraya kecil. kemudian bn kalah. mereka bukan saja menang undi tetapi juga menang moral.
    syok pulok mengatakan bn sudah ditolak oleh rakyat. tak faham lagi kah.
    setiap kali mengadakan semula pilihan raya kerajaan belanjakan jutaan ringgit duit rakyat ( duit kami semua lah tu ).
    ini orang kata kalau menang jadi arang kalau kalah jadi abu. mereka teruskan serangan saraf dan mengatakan bn sudah tiada sokongan.
    apa yang wak nak katakan pak najib teruskan perjuangan dan buktikan kepada rakyat keikhlasan serta kesungguhan membela mereka.
    wak heran sungguh, yang menentang sekarang ni kebanyakannya ialah mereka yang sudah baham duit kerajaan untuk belajar sampai seberang laut. selalu menuntut hak itu dan hak ini. sumbangan mereka sebagai membalas jasa tak ada macam mana pun.
    wak kesian, bila pilihan raya cikgu bekerja keras untuk menolong tetapi bila menang cikgu dilupakan. ini pun satu punca kenapa ramai berpaling kepada pembangkang. wak dengar cikgu2 tu cakap, mereka perlu beberapa tahun sahaja untuk ‘kempen’ secara tidak langsung dan boleh mengubah semuanya.
    ingat, cikgu adalah kumpulan yang mampu mengubah zaman.
    wak cuma cuba ingatkan saja. ingat ‘power’ seorang guru. masih ingat tun ghafar kan. beliau dan rakan-rakan gurulah yang menyokong kuat perjuangan orang melayu.
    wak bukan mengugut. tetapi bila wak fikirkan betul juga rungut guru itu walau pun cakap dikedai kopi. seorang ‘kena’ kerana ditohmah sebagai pembankang, beratus dan beribu akan menyokong guru walau dimana mereka ‘terkena’.
    amin.
    jangan pandang sebelah mata hal ini. dan pak najib jaga-jaga dengan makhluk bermuka dua tiga. mereka selalu mengatakan ‘beres’ sambil sembunyikan fakta sebenar.
    ini cuma rumusan pemerhatian wak saja. kalau salah harap maaf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s