Najib arah semua 10 ADUN boikot sidang DUN kembali hadir

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengarahkan kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.

“Saya minta semua ADUN hadir persidangan DUN.

“Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar,” kata beliau.

Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu – hari terakhir, akan berlangsung esok.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian untuk Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di Terengganu sekarang adalah “sesuatu yang luar biasa.”

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Najib arah semua 10 ADUN boikot sidang DUN kembali hadir

  1. cik

    macammanalah umno nak menang,,, MB telah dilantik dah la tu,,, kalau tak suka sangat dengan mb sekarang ni tunggu je la 3 tahun lagi,,, beri la mb peluang,, derih,, dah la tu tak cukup lagi ke makan pencen mb,gaji mara,gaji dun.. nok wk gapo lagi pitih tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s