Pemimpin PKR mahu MB kaji semula tawaran Elizabeth kekal Exco, ADUN

Keputusan kerajaan negeri Selangor menawarkan Elizabeth Wong untuk kekal sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kelmarin bukan sahaja menerima ‘protes’ pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri itu, malah dikritik oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu kerajaan negeri Selangor mengkaji semula keputusan menawarkan Wong untuk kembali sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan selepas dua bulan bercuti.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu juga berharap Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menghormati Wong untuk meletakkan kedua-dua jawatan sebagaimana diumumkan Februari lalu.

“Saya berharap Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor akan mengkaji semula keputusan mereka dan menghormati keputusan YB Eli (Elizabeth Wong) yang telah memilih untuk meletakkan kedua-kedua jawatan beliau sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Zulkifli, pemimpin PKR kontroversi yang lazimnya memberikan pandangan keras berhubung isu-isu semasa menambah:

“Saya mengambil pendirian tidak bersetuju dengan keputusan YAB (Menteri Besar) dan kerajaan negeri Selangor dan mengambil keputusan memufaraqah dan memisahkan diri saya daripada keputusan tersebut.”

“Saya mengambil pendirian ini kerana saya menghormati keputusan Wong yang telah pun membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan,” kata beliau dalam blognya.

Wong, 37, yang sebelum ini bertegas mahu meletak jawatan ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya dalam Internet, menukar pendiriannya itu setelah diminta oleh kerajaan negeri kelmarin supaya meneruskan khidmatnya.

Mesyuarat exco kelmarin membuat keputusan meminta Wong meneruskan khidmatnya setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Wong yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR kembali bertugas pagi semalam.

Zulkifli menambah, keputusan Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor memaksa Wong untuk terus mengekalkan kedudukan beliau sebagai Exco dan ADUN memberi gambaran seolah-olah kerajaan negeri tidak menghormati keputusan wakil rakyat berkenaan untuk meletak jawatan.

Malah katanya, keputusan kerajaan negeri Selangor juga akan menambah tekanan terhadap Wong, yang sudah pasti akan ada pihak mengambil kesempatan mengenakan tekanan terhadap ADUN Bukit Lanjan itu.

“Keputusan ini juga pasti memberi tekanan yang hebat kepada sebahagian penyokong, pendokong dan komponen Pakatan Rakyat.

“Apatah lagi untuk Menteri Besar dan kerajaan negeri memutuskan isu ini dengan menyalahkan pasukan polis.

“Kita semua tahu dan sedar bahawa siasatan polis dilengahkan kerana tiada kerjasama orang yang disyaki yang memilih untuk tidak bekerjasama sehingga ke hari ini,” katanya.

Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor apabila Wong sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau, kata beliau lagi.

“Saya sangat bersimpati dengan Wong dengan masalah yang beliau hadapi, malahan saya antara orang yang pertama membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau dan mendesak tindakan keras dan tegas diambil terhadap petualang-petualang durjana yang telah mengambil dan menceroboh serta mencabul kehidupan peribadi Wong.

“Soal bersimpati secara peribadi terhadap beliau dan memaksa beliau terus menjawat jawatan awam adalah dua isu yang berbeza,” katanya.

nota: mungkin ada udang di sebalik batu dalam tindakan MB selangor melantik semula YB Eliz ke jawatan lama beliau. Mungkin pergolakan PKR Selangor sudah ketara, MB Khalid sedang mencari ahli bagi kem beliau bagi menentang arus yang deras terhadap beliau?

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Pemimpin PKR mahu MB kaji semula tawaran Elizabeth kekal Exco, ADUN

  1. Kalau saya YB Eliz sudah lama letak jawatan sebab nama dah tercemar. Ini tidak dia sendiri yang letak dua2 jawatan Exco dan Adun, tiba2 guna alasan pencerobohan kehidupan peribadinya untuk terima balek jawatan tersebut. Ini macam dah ludah ke langit tiba2 jilat balek. Adakah di Malaysia pakai undang2 seperti “invasion of privacy”?. Kalau di Amerika mungkin ada, tetapi kita di malaysia hidup cara budaya timur bukan Amerika. Jadi jangan lah berlagak macam orang barat bila nak jadi pemimpin negara, biar lah nama tu bersih dan tidak tercalar.

  2. Aliza

    Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Kucing di http://jamilismail.blogspot.com

    Hantam produk munafik itu cukup cukup

  3. Bakal PM

    yg melalak2 untuk menyokong YB bogel tu adalah muslimat PAS….. jd kalau PAS dah sokong kemaksiatan knp kita nak pertikaikan….??? biarla PAS jwb besok dalam kubur knp berpemimpinkan pemimpin yg terjebak dgn maksiat…???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s