Daily Archives: April 22, 2009

Untungnya Eli…malangnya Fairus

Ada dua senario berbeza dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Satu untung dan satu malang.

Untung jika namanya ialah Elizabeth Wong – bukan sahaja ‘bebas’ daripada sebarang ‘dosa’ malah terus dibela.

Malang jika namanya Mohamad Fairus Khairuddin – bukan sahaja berhadapan dengan tekanan pucuk pimpinan sendiri tetapi terpaksa melepaskan semua jawatan ,Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan kini berseorangan untuk membersihkan dirinya.

Elizabeth atau panggilan manja diberikan oleh PKR Eli, yang pernah jadi pembantu kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak perlu gundah gulana jika ada badai yang melanda, pembelaan akan tetap datang.

Terbaru apabila set gambar baru,empat keping dicantum jadi satu juga semasa tidur, kali ini lengkap berpakaian mula disebarkan sebagai susulan kepada gambar kedua kakinya ‘terbuka’ dan kain ‘terselak’, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cepat-cepat mempertahankan Exco yang mula tegas hendak meletakkan jawatan tetapi menelan balik ketegasannya itu.

Rayuan yang dibuat oleh Khalid ialah sesiapa sahaja yang menyimpan gambar-gambar Eli hendaklah menyerahkannya kepada pihak berkuasa kerana menyimpannyau adalah kesalahan di sisi undang-undang.

Hakikatnya yang menjadi bahan bualan, isu Eli ini mengundang percanggahan yang ketara dalam kepimpinan PKR sendiri.

Bagi yang menyokong, walaupun gambar yang tersebar itu dikatakan adalah cerminan kepada kehidupan sosial sebenar Eli yang ‘bebas’ membawa lelaki ke dalam rumahnya hingga boleh merakamkan gambar pelbagai aksi, ia dianggap kehidupan peribadi dan tidak boleh dipersoalkan.

Namun bagi yang menentang, ia dianggap sebagai ‘bom jangka’ kepada kepimpinan PKR kerana sedar mungkin banyak lagi rakaman aksi-aksi yang akan disebar selepas ini setelah beliau menerima semula jawatan Exco kerajaan negeri Selangor.

Malah Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin secara terbuka mengisyrtiharkan dirinya ‘mufaraqah’ atau memisahkan dirinya daripada keputusan yang dibuat oleh kempinan PKR membenarkan Eli menyertai kerajaan Selangor semula.

Penentangan dalaman PKR terhadap Eli dapat difahami kerana menurut cerita banyak lagi kisah-kisah mengenai Eli yang mereka khuatiri akan mucncul ke permukaan.

Ikut cakap-cakap yang tersebar, kebimbangan paling besar ialah isu Eli akan terus menjadi duri dalam daging kepada PKR termasuk desas desus mengenai ‘port’ yang selalu dikunjungi oleh Eli dengan bekas teman lelakinya Helmi Malek di Sentul.

Helmi,bekas pembantu seorang Ahli Parlimen PKR di Selangor yang dicari polis untuk bantu siasatan mengenai kes pengedaran gambar pertama dulu itu masih belum muncul sampai hari ini.

Lelaki yang sudah beristeri itu dipercayai bersembunyi di sebuah negara jiran selepas heboh tentang pengedaran set gambar pertama dulu.

Melihat pada set gambar terbaru yang disiarkan di sebuah laman blog jelas menunjukkan Elizabeth sedang tidor di tempat sama dengan gambar sebelum ini iaitu diatas sofa.

Ada kemungkinan set gambar terbaru ini diambil oleh orang yang sama.

Penyebaran set gambar terbaru Eli adalah asas kepada kebimbangan sesetengah kepimpinan PKR mereka akan berhadapan dengan serangan lebih dahsyat mengenai isu moral pemimpin parti itu sendiri kerana selama ini PKR adalah jaguh menuduh orang lain tidak bermoral.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perhimpunan agung khas Umno 13 Oktober

Perhimpunan agung Umno 2009 akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober depan – khas untuk membincangkan pindaan perlembagaan Umno bagi membolehkan ahli memilih kepimpinan tertinggi parti secara serentak di 191 bahagian.

Pindaan tersebut merupakan janji Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam ucapan sulung sebagai presiden Umno pada 28 Mac lalu.

Pada masa ini, pemilihan Umno dibuat oleh kira-kira 2,500 perwakilan Umno, iaitu 13 orang dari setiap bahagian Umno dari seluruh negara.

Menurut Umno online, Umno kini mempunyai lebih 3 juta ahli. Selepas pindaan tersbut, ahli UMNO akan mengundi memilih pemimpin secara serentak di semua bahagian.

Perhimpunan khas itu juga akan mengkaji semula kuota pencalonan bagi jawatan tertinggi parti.

Pada masa ini, calon bagi jawatan presiden memerlukan 30 peratus atau 59 pencalonan, timbalan presiden (20% atau 39 pencalonan), naib presiden (10% atau 20 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5% atau 11 pencalonan).

Sehubungan itu, ibupejabat Umno telah mengeluarkan pekeliling pada 15 April lalu, memaklumkan bahawa persidangan tahunan Umno di peringkat cawangan bagi 2009 akan bermula pada 15 Mei hingga 30 Jun depan.

Manakala bagi persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat cawangan juga akan diadakan pada tarikh yang sama.

Persidangan tahunan peringkat bahagian, termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri, ditetapkan pada 16 Julai sehingga 16 Ogos depan.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda