Untungnya Eli…malangnya Fairus

Ada dua senario berbeza dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Satu untung dan satu malang.

Untung jika namanya ialah Elizabeth Wong – bukan sahaja ‘bebas’ daripada sebarang ‘dosa’ malah terus dibela.

Malang jika namanya Mohamad Fairus Khairuddin – bukan sahaja berhadapan dengan tekanan pucuk pimpinan sendiri tetapi terpaksa melepaskan semua jawatan ,Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan kini berseorangan untuk membersihkan dirinya.

Elizabeth atau panggilan manja diberikan oleh PKR Eli, yang pernah jadi pembantu kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak perlu gundah gulana jika ada badai yang melanda, pembelaan akan tetap datang.

Terbaru apabila set gambar baru,empat keping dicantum jadi satu juga semasa tidur, kali ini lengkap berpakaian mula disebarkan sebagai susulan kepada gambar kedua kakinya ‘terbuka’ dan kain ‘terselak’, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cepat-cepat mempertahankan Exco yang mula tegas hendak meletakkan jawatan tetapi menelan balik ketegasannya itu.

Rayuan yang dibuat oleh Khalid ialah sesiapa sahaja yang menyimpan gambar-gambar Eli hendaklah menyerahkannya kepada pihak berkuasa kerana menyimpannyau adalah kesalahan di sisi undang-undang.

Hakikatnya yang menjadi bahan bualan, isu Eli ini mengundang percanggahan yang ketara dalam kepimpinan PKR sendiri.

Bagi yang menyokong, walaupun gambar yang tersebar itu dikatakan adalah cerminan kepada kehidupan sosial sebenar Eli yang ‘bebas’ membawa lelaki ke dalam rumahnya hingga boleh merakamkan gambar pelbagai aksi, ia dianggap kehidupan peribadi dan tidak boleh dipersoalkan.

Namun bagi yang menentang, ia dianggap sebagai ‘bom jangka’ kepada kepimpinan PKR kerana sedar mungkin banyak lagi rakaman aksi-aksi yang akan disebar selepas ini setelah beliau menerima semula jawatan Exco kerajaan negeri Selangor.

Malah Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin secara terbuka mengisyrtiharkan dirinya ‘mufaraqah’ atau memisahkan dirinya daripada keputusan yang dibuat oleh kempinan PKR membenarkan Eli menyertai kerajaan Selangor semula.

Penentangan dalaman PKR terhadap Eli dapat difahami kerana menurut cerita banyak lagi kisah-kisah mengenai Eli yang mereka khuatiri akan mucncul ke permukaan.

Ikut cakap-cakap yang tersebar, kebimbangan paling besar ialah isu Eli akan terus menjadi duri dalam daging kepada PKR termasuk desas desus mengenai ‘port’ yang selalu dikunjungi oleh Eli dengan bekas teman lelakinya Helmi Malek di Sentul.

Helmi,bekas pembantu seorang Ahli Parlimen PKR di Selangor yang dicari polis untuk bantu siasatan mengenai kes pengedaran gambar pertama dulu itu masih belum muncul sampai hari ini.

Lelaki yang sudah beristeri itu dipercayai bersembunyi di sebuah negara jiran selepas heboh tentang pengedaran set gambar pertama dulu.

Melihat pada set gambar terbaru yang disiarkan di sebuah laman blog jelas menunjukkan Elizabeth sedang tidor di tempat sama dengan gambar sebelum ini iaitu diatas sofa.

Ada kemungkinan set gambar terbaru ini diambil oleh orang yang sama.

Penyebaran set gambar terbaru Eli adalah asas kepada kebimbangan sesetengah kepimpinan PKR mereka akan berhadapan dengan serangan lebih dahsyat mengenai isu moral pemimpin parti itu sendiri kerana selama ini PKR adalah jaguh menuduh orang lain tidak bermoral.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Untungnya Eli…malangnya Fairus

  1. Salam Perjuangan Sahabat,

    Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan Pemuda UMNO Cawangan Enggang dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

    Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

    Sila layari laman blog kami http://www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.

    Sekian,

    HIDUP UMNO. HIDUP BN…

    Ikhlas dari,
    Shamsury Mohd Salleh
    Ketua Penerangan UMNO merangkap Editor Blog
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU
    WILAYAH PERSEKUTUAN

    ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.

  2. Salam Perjuangan Sahabat,

    Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.

    Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.

    Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.

    Sila layari laman blog kami http://www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.

    Sekian,

    HIDUP UMNO. HIDUP BN…

    Ikhlas dari,
    Shamsury Mohd Salleh
    Ketua Penerangan UMNO merangkap Editor Blog
    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU
    WILAYAH PERSEKUTUAN

    ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.

  3. Ha ha bila kene pada BN maka merekalah pemimpin yang paling baik dan bermoral Tapi biler kene pada PKR masih lagi diterima dan Yang Paling Pelik Masih Ramai yang Sokong PKR Melayu Boleh!

  4. Bib8

    Salam Perpaduan Melayu,

    Inilah politik. “Politik sebuah permainan persepsi” Anda boleh kata apa saja pada lawan. Dan anda boleh puji apa saja pada kawan. Emosi anda menentukan persepsi anda.

    Ini bererti, apa yang anda kata tak sama dengan apa yang orang lain rasa.

    Anda boleh bercakap macam-macam. Orang lain pula boleh fikir macam-macam tentang apa yang anda cakap.

    Dalam politik hanya ada dua perkara. Iaitu bagaimana nak dapat sokongan untuk kawan dan bagaimana nak hilangkan sokongan untuk lawan.

    Lalu pelbagai isu dan helah akan timbul. Fitnah dan hujah juga akan
    muncul. Kebenaran dan kepalsuan boleh jadi salah boleh jadi betul.

    Semua ini dinamakan strategi dalam politik. Ada orang sebut perang saraf. Ada juga yang kata mainan politik. Ada yang cakap propaganda. Dan tak kurang juga yang anggap sebagai perjuangan.

    Realitinya, landskap politik hari ini semakin berubah. Peralihan kuasa kepimpinan silih berganti. Pertukaran generasi juga turut berlaku. Pengundi di saluran 1,2 dan 3 telah diisi oleh pengundi muda dari saluran 4, 5 dan 6.
    Jelasnya, generasi pasca merdeka kini hanya tinggal minoriti. Generasi KBSR dan KBSM telah mendominasi arena politik tanah air moden.

    Suka atau tidak, hakikatnya politik hari ini tidak lagi menjadi kepunyaan pemilik asal. Tiada siapa lagi yang boleh buka kancing baju, dabik dada dan mengatakan dia kuat dan hebat.

    Kekuatan tidak lagi boleh bergantung harap pada alat media, fitnah adu dumba, hujah atau pelbagai lagi strategi propaganda.

    Politik hari ini ialah politik hukum. Tiada lagi politik balas budi. Pemimpin atau parti yang salah di mata pengundi akan dihukum melalui undi. Jasa dan sumbangan parti atau peribadi jangan harap untuk dibalas. Jauh sekali untuk dijadikan habuan kempen.

    Sistem politik kini sudah terbalik. Pengundi telah ‘berperangai’ seperti ahli politik. Manakala ahli politik telah ‘berperangai’ seperti pengundi. Pengundi hari ini akan berjanji untuk memangkah calon mereka. Namun, belum tentu mereka tunaikan janji mereka.
    Pengundi akan ‘berkempen’ untuk menyakinkan ahli politik agar bertanding di kawasan mereka. Jika ahli politik termakan kempen pengundi, mereka akan dikuburkan di situ juga. Dan jika ahli politik terpesona dengan layanan pengundi, mereka ada harapan dirompak hingga papa kedana.

    Akhirnya, akan sampai satu masa di mana pengundi akan merayu kepada ahli politik agar masuk bertanding. Dan ahli politik pula akan mencari seribu satu helah untuk elak dari bertanding. Inilah politik baru!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s