Monthly Archives: April 2009

Pemimpin PKR mahu MB kaji semula tawaran Elizabeth kekal Exco, ADUN

Keputusan kerajaan negeri Selangor menawarkan Elizabeth Wong untuk kekal sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kelmarin bukan sahaja menerima ‘protes’ pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri itu, malah dikritik oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri.

Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu kerajaan negeri Selangor mengkaji semula keputusan menawarkan Wong untuk kembali sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan selepas dua bulan bercuti.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu juga berharap Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menghormati Wong untuk meletakkan kedua-dua jawatan sebagaimana diumumkan Februari lalu.

“Saya berharap Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor akan mengkaji semula keputusan mereka dan menghormati keputusan YB Eli (Elizabeth Wong) yang telah memilih untuk meletakkan kedua-kedua jawatan beliau sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Zulkifli, pemimpin PKR kontroversi yang lazimnya memberikan pandangan keras berhubung isu-isu semasa menambah:

“Saya mengambil pendirian tidak bersetuju dengan keputusan YAB (Menteri Besar) dan kerajaan negeri Selangor dan mengambil keputusan memufaraqah dan memisahkan diri saya daripada keputusan tersebut.”

“Saya mengambil pendirian ini kerana saya menghormati keputusan Wong yang telah pun membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan,” kata beliau dalam blognya.

Wong, 37, yang sebelum ini bertegas mahu meletak jawatan ekoran penyebaran gambar separuh bogelnya dalam Internet, menukar pendiriannya itu setelah diminta oleh kerajaan negeri kelmarin supaya meneruskan khidmatnya.

Mesyuarat exco kelmarin membuat keputusan meminta Wong meneruskan khidmatnya setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Wong yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR kembali bertugas pagi semalam.

Zulkifli menambah, keputusan Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor memaksa Wong untuk terus mengekalkan kedudukan beliau sebagai Exco dan ADUN memberi gambaran seolah-olah kerajaan negeri tidak menghormati keputusan wakil rakyat berkenaan untuk meletak jawatan.

Malah katanya, keputusan kerajaan negeri Selangor juga akan menambah tekanan terhadap Wong, yang sudah pasti akan ada pihak mengambil kesempatan mengenakan tekanan terhadap ADUN Bukit Lanjan itu.

“Keputusan ini juga pasti memberi tekanan yang hebat kepada sebahagian penyokong, pendokong dan komponen Pakatan Rakyat.

“Apatah lagi untuk Menteri Besar dan kerajaan negeri memutuskan isu ini dengan menyalahkan pasukan polis.

“Kita semua tahu dan sedar bahawa siasatan polis dilengahkan kerana tiada kerjasama orang yang disyaki yang memilih untuk tidak bekerjasama sehingga ke hari ini,” katanya.

Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor apabila Wong sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau, kata beliau lagi.

“Saya sangat bersimpati dengan Wong dengan masalah yang beliau hadapi, malahan saya antara orang yang pertama membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau dan mendesak tindakan keras dan tegas diambil terhadap petualang-petualang durjana yang telah mengambil dan menceroboh serta mencabul kehidupan peribadi Wong.

“Soal bersimpati secara peribadi terhadap beliau dan memaksa beliau terus menjawat jawatan awam adalah dua isu yang berbeza,” katanya.

nota: mungkin ada udang di sebalik batu dalam tindakan MB selangor melantik semula YB Eliz ke jawatan lama beliau. Mungkin pergolakan PKR Selangor sudah ketara, MB Khalid sedang mencari ahli bagi kem beliau bagi menentang arus yang deras terhadap beliau?

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Fairus letak jawatan ADUN Penanti

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan satu muka hari ini.

“Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga,” katanya.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tak bermoral pun masih diperlukan…?? ketandusan pemimpin ker?

Seperti diduga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong akhirnya menerima tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN kawasan berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Elizabeth kira-kira tiga jam selepas tawaran itu diumumkan oleh Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco tengahari Rabu.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tarikh Persidangan Cawangan Dan Bahagian UMNO

ersidangan Tahunan Cawangan Dan Bahagian 2009 :

1. Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda, Puteri Cawangan & UMNO Cawangan 2009

~ Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri CawanganCawangan-cawangan bolehlah mengadakan Persidangan Tahunannya bila-bila masa mulai hari Jumaat, 15 Mei 2009 sehingga hari Selasa, 30 Jun 2009.

2. MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI BAHAGIAN

2.4.1. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilannya pada bila-bila masa mulai dari hari Khamis, 16 Julai 2009 sehingga hari Ahad, 16 Ogos 2009. Semua Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian hendaklah diadakan sebelum Mesyuarat Perwakilan Bahagian masing-masing.

3. MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN 2009

~ Bahagian-Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya bila-bila masa mulai hari Khamis, 16 Julai 2009 sehingga hari Ahad, 16 Ogos 2009.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Najib arah semua 10 ADUN boikot sidang DUN kembali hadir

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengarahkan kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.

“Saya minta semua ADUN hadir persidangan DUN.

“Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar,” kata beliau.

Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu – hari terakhir, akan berlangsung esok.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian untuk Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di Terengganu sekarang adalah “sesuatu yang luar biasa.”

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Khairy: Terima Kabinet baru dengan hati terbuka

Khairy Jamaluddin mahu ahli-ahli pergerakan itu menerima barisan Kabinet baru diumumkan semalam, yang tidak menyenaraikan beliau selaku Ketua Pemuda Umno, dengan “hati terbuka”.

“Kepada ahli-ahli pergerakan Pemuda Umno, terimalah pengumuman ini dengan hati yang terbuka dan terimalah juga cabaran yang diberi kepada kita untuk memenangi dan mengembalikan sokongan pengundi muda dengan penuh iltizam dan kesungguhan.

“Kita semua hendaklah menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan berkesan dan menyeluruh,” kata beliau dalam blognya semalam – pada hari barisan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Khairy tidak disenaraikan dalam Kabinet baru ini walaupun telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru dua minggu lalu.

Bagaimanapun Naib Ketuanya, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri.

Turut dilantik menyertai Kabinet ialah Datuk Mukhriz Mahathir yang tewas kepada Khairy dalam pemilihan lalu.

Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno juga diberikan tanggungjawab dalam Kabinet baru.

Jelas Khairy, beliau telah dipanggil dan dimaklumkan oleh Najib kelmarin bahawa mahu beliau menumpukan perhatian mengukuhkan Pemuda Umno.

“Berdasarkan kepada kemerosotan sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional, kami berdua sepakat dan bersetuju bahawa tanggung jawab dan gerak kerja memenangi pengundi muda adalah satu komitmen sepenuh masa yang menuntut gandingan tenaga dan dedikasi untuk kerja-kerja parti tanpa sebarang tanggungjawab dalam pentadbiran kerajaan,” katanya.

“Kepada Datuk Seri Najib, saya ucapkan terima kasih di atas amanah yang diberi dan berikrar untuk memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau dan saya juga berjanji untuk bekerja keras untuk memperkasa dan mengukuhkan Pemuda Umno,” katanya.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Penuh Kabinet Malaysia 2009

SENARAI ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PADA 9 APRIL 2009

YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

JABATAN PERDANA MENTERI

Menteri

Tan Sri Datuk Dr Koh Tsu Koon
– Bertanggungjawab ke atas Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
– Bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan dan Parlimen

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
– Bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi

Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom
– Bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam

Timbalan-Timbalan Menteri

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Senator)
Datuk S K Devamany
Encik Ahmad Maslan
Encik T. Murugiah (Senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN

Menteri : Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
Menteri II : Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlan
Timbalan : Datuk Chor Chee Heung
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussein (Senator)

KEMENTERIAN PELAJARAN

Menteri : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Dr. Wee Ka Siong
Timbalan : Datuk Dr Puad Zakarshi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Menteri : Datuk Ong Tee Keat
Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan : Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

Menteri : Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan : Datuk Hamzah Zainuddin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI

Menteri : Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
Timbalan : Dato’ Wira Abu Seman Yusop
Timbalan : Encik Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Menteri : Dato’ Seri Dr Rais Yatim
Timbalan : Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan : Puan Heng Seai Kie (Senator)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

Menteri : Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan : Puan Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri : Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan : Datuk Hassan Malek
Timbalan : Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Menteri : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan : Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan : Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Menteri : Datuk Mustapa Mohamad
Timbalan : Dato’ Mukhriz bin Tun Dr Mahathir
Timbalan : Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Menteri : Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan : Encik Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan : Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN

Menteri : Datuk Ng Yen Yen
Timbalan : Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Menteri : Datuk Noh Omar
Timbalan : Datuk Johari Baharum
Timbalan : Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN

Menteri : Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan : Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA

Menteri : Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan : Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN

Menteri : Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan : Datuk Rosnah Rashid Shilin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Menteri : Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan : Datuk Razali Ibrahim
Timbalan : Encik Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Menteri : Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan : Datuk Maznah Mazlan (Senator)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

Menteri : Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan : Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

Menteri : Datuk Kong Cho Ha
Timbalan : Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Menteri : Datuk Shahrizat Jalil (Senator)
Timbalan : Datuk Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Menteri : Datuk Anifah Aman
Timbalan : A. Kohilan Pillay (Senator)
Timbalan : Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan : Datuk M Saravanan

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kemasukan Semula Tun Mahathir Ke UMNO…Satu Kekuatan Atau Kelemahan Bagi UMNO?

Penulis ingin mendapat pandangan dari pembaca mengenai tajuk di atas dengan melihat keputusan PRK yang selesai semalam.. Diharap para pembaca dapat berkongsi pandangan.

Terima Kasih

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

BN 1, PR 2

Pilihan raya kecil serentak di tiga kawasan berakhir hari ini dengan Barisan Nasional (BN) menang satu manakala Pakatan Rakyat pula menguasai dua bahagian.

BN mengekalkan kerusi Batang Ai di Sarawak manakala Pakatan yang menurukan calon PAS dan PKR masing-masing mempertahankan kerusi Parlimen dan DUN Bukit Selambau.

Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi – berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Muka baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar berjaya mempertahankan kerusi parti itu setelah menang dengan majoriti 2,403 undi.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S. Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi manakala calon BN S.Ganesan mendapat 10,229 undi.

Pilihan raya kecil itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia menyaksikan pertandingan yang membabitkan 15 calon, termasuk 13 calon Bebas.

Calon Bebas Mej (B) Anuar Abd Hamid mendahului undi calon-calon bebas yang lain dengan hanya memperoleh 528 undi dan hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 2 pada pukul 10.45 malam ini.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

BN pula mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai apabila calonnya, Malcolm Mussen Lamoh memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,854 undi.

Mussen, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi untuk menewaskan ahli politik veteran Jawah Gerang, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Pegawai pengurus pilihan raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu pada 7.45 malam.

Batang Ai, sebuah daripada kerusi DUN dalam Parlimen Lubok Antu, mempunyai 8,006 pengundi berdaftar, termasuk 43 pengundi pos.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot memenangi kerusi majoriti kaum Iban itu setelah menewaskan Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 860 undi.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

‘Kepimpinan adalah tanggungjawab bukan satu keistimewaan’

SAYA berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Pada hari ini mimbar akan membincangkan khutbah bertajuk: “KEPIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BUKAN SATU KEISTIMEWAAN”.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita sering mendengar berita pertumpahan darah dan pergolakan politik di negara luar demi untuk memilih pemimpin yang sesuai. Menurut pemerhatian mimbar, antara faktor utama kekacauan politik ini adalah berpunca daripada perbalahan di kalangan pemimpin yang terus berdegil mempertahankan hak kepimpinan masing-masing.

Berdasarkan perang saudara dan pertumpahan darah yang berlaku dalam pencarian pemimpin ini, jelas menunjukkan proses pemilihan pemimpin adalah suatu kerja yang sukar walaupun kadangkala ia diputuskan secara demokrasi. Kesan buruk daripada kekacauan politik menyebabkan negara berkenaan mengalami kemusnahan harta benda, kerosakan infrastruktur dan permusuhan antara puak yang berpanjangan.

Usaha memulihkan semula kestabilan dan kemakmuran negara bukan perkara mudah kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang besar dan memakan masa yang panjang untuk pulih seperti keadaan aman sebelumnya. Apa yang lebih malang, dalam menyelesaikan pertikaian dalaman, mereka membuka pintu kepada kuasa asing untuk campurtangan, lalu hilanglah kedaulatan negara berkenaan.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bagaimana pun kita amat beruntung kerana peralihan kuasa kepimpinan Islam yang menjadi paksi kekuatan umat di negara ini berlaku secara aman dan licin. Berdasarkan sejarah politik negara ini, ternyata peralihan kuasa secara aman ini bukanlah perkara baru tetapi sebenarnya telah menjadi budaya di negara ini. Banyak negara kagum dengan tradisi peralihan kuasa di Malaysia tanpa ada kekecohan besar walaupun rakyat terdiri berbilang kaum dan berlainan agama. Persoalan besar timbul ialah apakah faktor utama budaya peralihan kuasa di kalangan pemimpin Islam berlaku secara aman di negara ini?.

Mimbar ini amat yakin peralihan kuasa secara aman dianggap sebagai langkah bijak demi menjaga maslahah negara dan masa depan umat Islam. Hakikatnya budaya peralihan kuasa secara aman ini dianggap sebagai hadiah yang amat berharga daripada seorang pemimpin yang berjiwa besar kepada rakyat negara ini kerana kestabilan negara terus kukuh dan rakyat boleh meneruskan kegiatan ekonomi dan beribadah secara aman.

Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah banyak berjasa dan berkorban demi agama, bangsa dan negara. Agak sukar kita membalas jasanya, kecuali dengan iringan doa agar kehidupannya sentiasa diberkati Allah.

Sebenarnya kestabilan politik umat Islam di negara ini turut memberi manfaat kepada kaum-kaum lain di negara ini. Oleh itu, mimbar mengingatkan pihak bukan Islam di negara ini supaya menghormati agama dan budaya umat Islam yang menjadi teras kestabilan politik di negara ini.

Menurut pengkaji sains politik, gaya kepimpinan yang dianggap paling berkesan adalah gaya kepimpinan transformasi iaitu gaya kepimpinan yang mampu membuat perubahan dan pembaharuan kepada rakyat. Dalam kes ini, Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh seorang pemimpin gaya transformasi yang paling berjaya di dunia.

Baginda berupaya menukar gaya hidup masyarakat jahiliah daripada kufur kepada beriman, permusuhan kepada persaudaraan, kekejaman kepada kasih sayang, pemalas kepada bangsa yang rajin dan sebagainya. Dengan demikian, sebahagian besar daripada tanggungjawab pemimpin itu adalah untuk membawa perubahan dan pembaharuan positif kepada rakyat.

Terutama rakyat di luar bandar yang sebahagian besarnya terdiri daripada para petani, nelayan, penarik beca, penoreh getah dan golongan pendapatan rendah yang lain amat mengharapkan berita baik, berita gembira yang mampu mengubah nasib mereka. Jika kita menganggap jawatan kepimpinan sebagai satu keistimewaan, maka mimbar amat bimbang ia boleh menjejaskan tumpuan dalam memberi perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Selari dengan peralihan kuasa secara aman ini, maka mimbar ingin menarik perhatian jemaah dan umat Islam sekalian berhubung pesanan Rasulullah s.a.w. mengenai kepimpinan yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Mafhumnya: “ Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah penjaga dan setiap penjaga bertanggungjawab terhadap apa yang dijaganya. Dan seorang pemimpin itu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya”

Berdasarkan hadith ini, Islam melihat seorang pemimpin itu ibarat wakil atau pemberi khidmat (khadim) kepada rakyat untuk mentadbir urusan umat. Persoalan besar timbul di sini ialah apakah hak-hak umat terhadap pemimpinnya?. Saidina Abu Bakar as-Siddiq ketika menyampaikan ucapan perdana menggantikan Rasulullah s.a.w. sebagai khalifah menyeru umat Islam ketika itu yang maksudnya:

“Wahai manusia meskipun saya telah dilantik untuk memimpin kamu, tidak bererti bahawa aku yang terbaik di kalangan kamu semua. Jika kamu melihat aku berada dalam kebenaran, maka tolonglah aku. Seterusnya beliau berkata jika kamu melihat aku berada dalam kebatilan maka luruskanlah aku, taatilah aku selama aku taat mematuhi perintah Allah. Jika aku menderhaka kepada perintah Allah, kamu semua tidak perlu lagi mematuhi perintah aku”.

Ucapan penuh ikhlas Saidina Abu Bakar r.a ini memberi mesej jelas bahawa menasihati seseorang pemimpin adalah sebahagian daripada hak dan kewajipan setiap muslim dalam negara Islam. Malah setiap individu juga berkewajipan untuk meluruskan pergerakannya, menyuruhnya untuk mengerjakan kebajikan atau mencegahnya dari melakukan sebarang kemungkaran.

Rakyat berhak menegur pemimpin kerana seseorang pemimpin dalam Islam adalah manusia biasa. Dia bukan seorang yang terlalu agung atau istimewa sehingga tidak boleh ditegur. Walau bagaimanapun, Islam juga meletakkan asas etika yang perlu dipatuhi, iaitu dalam menegur pemimpin, wajib dilakukan secara beradab dan tidak secara terbuka yang boleh mengaibkannya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Mimbar ingin mengingatkan sidang jemaah sekalian, bahawa kekuatan pengaruh kepimpinan berkait rapat kepada sejauhmana nawaitu dan keikhlasan kepimpinan dalam menegakkan kedaulatan Islam di negara ini. Selari dengan perkembangan baik peralihan kuasa di negara ini, maka mimbar menyeru kepimpinan baru memperhebatkan program amar makruf, nahi munkar dan melaksanakan perubahan positif. Selain itu martabat dan kedudukan Islam sebagai agama negara perlu dipertahankan serta diperkasakan.

Semoga dengan itu, insya Allah ia akan meningkatkan keyakinan rakyat; khususnya masyarakat Islam.

Firman Allah s.w.t dalam surah as- Syu’araa’ ayat 215-217:

Maksudnya: “Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang yang beriman. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan! Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.”

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda