ADUN PAS yang menjijikkan….

Menteri besar Perak membuat laporan polis dan berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan BN.

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com, lapor Bernama.

“Ini sikap seorang ADUN yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau.

“Dia membuat tuduhan yang begitu terdesak. Kalau ia pun, ini bukan cara untuk bertindak mengikut suka hati dia. Ini satu tindakan keterlaluan.

“Saya membuat laporan polis dan telah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang,” beliau dilaporkan berkata di kediamannya malam tadi.

Zambry mengulas entri bertajuk ‘Kenyataan Media Adun Titi Serong’ yang disiarkan di laman blog berkenaan.

Entri itu antara lain mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh ‘bomoh’ untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.

Menurut agensi berita itu lagi, Zambry berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di balai polis Kampung Rapat, Ipoh.

Beliau menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan cuba menanam serta mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap beliau dan BN dalam keadaan di mana DUN akan bersidang Khamis ini.

“Penipuan ini tidak boleh dibiarkan. Saya telah banyak bersabar termasuk dengan ceramah-ceramah yang dijalankan mereka yang melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas tetapi kenyataan media pagi tadi satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap ADUN tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.

“Saya tidak boleh bertolak ansur dan tindakan ini sangat tidak
bertanggungjawab kerana dia (Khalil Idham) juga merupakan seseorang yang memegang ‘Yang Berhormat’ ditambah lagi ‘orang agama’ yang sepatutnya tahu hukum-hakam agama,” kata Zambry.

nota: tak guna berbicara soal agama … bila datang bab politik suka memfitnah..Nauzubillah…

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “ADUN PAS yang menjijikkan….

  1. onmu

    degil betul korang ni..tutup jer blog ni…jgn sibuk hal org..sibuk hal sendri dulu..kuatkan parti dan ahli hadapi PRU akan dtg…asyik kalah memanjang jer…x malu ker?

    • Bakal PM

      kalah apanya pakcik oii… aku tgk PM Malaysia skarang tetap dr BN.. org melayu yg beragama islam… korang tu yg syok sendiri… menang kat kawasan yg memang korang punya ari tu… x de apa yg berubah… oppp lupa yg berubah BN tengah memerintah perak skarang ni… Tu je perubahan yg aku nampak… yg lain tetap sama mcm lepas PRU lepas…

  2. onmu

    sudah ler…nak htr komen pun nak tapis2…camne rakyat nk luahkan perasaan…takut ker ngan kaum bangsa sendri??..takut nak berubah???…klu camni x kemana ler umno ni…porahhhhh

    • Bakal PM

      ala… baru lmbt skit siarkan kau punya komen dah menyalak… yg takut untuk menerima kritikan dan realiti sebenar dr rakyat adalah Pakatan rakyat… nak tahu sebab apa??? kalau ada jer suara wakil rakyat dr BN yg mempertikaikan dan mengkritik Pakatan Rakyat mereka cepat2 jatuhkan hukuman untuk tidak membenarkan YB dari BN untuk hadir sidang DUN… Contoh kat selangor dan Perak… cakap x serupa bikin… kata nak kebebasan bersuara… bila bersuara digantung dari hadir ke dewan rakyat… bila ada majoriti untuk ambil tampuk pemerintahan cepat2 salah gunakuasa untuk halang dr hadir ke sidang DUN… ibarat dah ludah jilat balik…

  3. penulis_cyber

    bab agama campur politik jadi caca merba.

  4. SYURGA HIJAU.[MAKSUD HADIS]

  5. Pemuda Tmn Kosas

    Org melayu semakin menyokong UMNO dan menolak pas… alhamdullilah. Pas semakin bercelaru… gabungan ulamak dan professional??!! Siapa telan siapa… kita tunggu dan lihat. Tapi rasanya ulamak dah kena telan… sebab tu maksiat makin bertambah setelah bn tewas di s’gor, kedah, dan penang.

    Cakap je lebih….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s