Daily Archives: May 5, 2009

Raymond Tan sah sertai Gerakan

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang kini berhadapan dengan desakan supaya meletak jawatan, hari ini mengumumkan menyertai Parti Gerakan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Merdeka di sini hari ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mat Rempit, Bohsia, Bohjan, Ragut

Apa punca sebenar semua masalah sosial ini?? Mengapa akhir2 ini masalah ini menular dengan cepat di negara kita?

Apakah langkah yang patut kerajaan ambil bagi menangani masalah2 ini….?

Siapa yang patut dipersalahkan??

Para pembaca yang mempunyai sebarang komen dan buah fikiran sila kongsi bersama..

Terima kasih

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Orang kuat PAS sendiri pertikai cara Fairus letak jawatan

Ini bukan orang UMNO,MCA,MIC,Gerakan atau PPP yang cakap tetapi suara dari Timbalan Pesuruhjayanya, PAS Pulau Pinang Dr. Mujahid Yusof Rawa sendiri.

Katanya, kepada para wartawan lepas satu majlis di Kepala Batas perletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh.

Menurut Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar pakatan PKR-DAP-PAS wajib mengambil kira suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend perletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat.

Serentak dengan itu beliau meminta pucuk pimpinan PAS mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi DUN Penanti ditandingi calon PKR.
Katanya desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini semata-mata memelihara amalan demokrasi yang sihat.

“Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas,” katanya.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan Mohammad Fairus meletak jawatan ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.

Pada 28 April lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sebagai calon parti untuk bertanding di Penanti.

Namun dalam perkembangan berkaitan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bercakap kepada para wartawan di ibupejabat PKR di Petaling Jaya mengulangi lagi pendirian parti itu untuk menyokong Mansor bertanding di Penanti.

Menurutnya keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya, PKR telah bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac tahun lepas dan telah memenanginya.

“Kita telah buat keputusan bahawa PKR yang bertanding di Penanti. Ini keputusan yang telah kita muktamadkan kerana parti ini (PKR) yang menjadi calon pada PRU yang lalu.

“Tak perlu dipertikaikan lagi. Mereka lebih wajar untuk bertanding…itu tempat mereka yang kita sahkan. Kita juga telah mengarahkan jentera parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi sokongan penuh kepada calon Keadilan,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS mengenai cadangan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordin yang mahukan calon daripada parti itu bertanding di DUN Penanti 31 Mei ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Seminar jubli perak ‘kepimpinan ulama’; kempen pihak tertentu dalam Pas?

petikan mstar

DUNIA belum kiamat, tetap ada yang tidak mahu mengerti apa itu konsep ‘kepimpinan ulama’ termasuk mereka dari kalangan ulama sendiri. Seorang blogger Penarik Beca telah melontarkan pandangan bahawa “keretakan paling parah yang dialami oleh Pas ialah selepas berlakunya berkehendak politik dalam gelap dengan Umno (muqabalah dan kerajaan perpaduan dengan Umno).”

Kepimpinan ulama yang diterima oleh muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tahun 1982 kini sudah menjangkau usia 27 tahun. Bukankah pelik bin ajaib apabila seminar jubli perak ‘kepimpinan ulama’ akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Mei 2009 di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Markaz Tarbiyah Pas, Taman Melewar, Gombak, Selangor sesudah 2 tahun melepasi usia jubli perak?

Sudah tentu ianya adalah mainan pihak tertentu demi tujuan tertentu. Program yang dijadual berlangsung dua minggu sebelum muktamar Pas ke-55 ini dijangka akan mengumpulkan seramai 2000 hingga 3000 orang peserta dengan tema “memperkukuh kepimpinan ulama”.

Surat jemputan yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat telahpun diedarkan kepada Jawatankuasa Harian Pas Perhubungan negeri-negeri, Jawatankuasa Harian Dewan Ulama Pas negeri-negeri, Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda Pas negeri-negeri serta Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat Pas negeri-negeri.

Saya tidak tahu samada betul dari segi prosedur jemputan kepada peserta-peserta seminar yang ditandatangani oleh SU Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat dengan menggunakan kepala surat Dewan Ulama Pas Pusat itu. Bukankah ini peranan Setiausaha Agung Pas? Tolong betulkan jika saya silap. Kemusykilan ini timbul kerana arahan kepada Perhubungan Pas negeri-negeri serta Dewan-Dewan Pas itu datangnya dari Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat.

Kalangan peserta yang akan hadir ke seminar ini adalah Ahli Majlis Syura Pas, AJK Pas Pusat dan Pesuruhjaya Pas negeri-negeri, AJK Dewan-Dewan Pas peringkat pusat, AJK Harian Perhubungan Pas negeri-negeri, AJK Harian Dewan-Dewan Pas negeri, YDP Pas kawasan-kawasan, Ketua Urusan Ulama Pas kawasan-kawasan, Setiausaha Pas kawasan-kawasan, Ketua Penerangan Pas kawasan-kawasan, Ahli Dewan Rakyat & Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pas.

Kertas-kertas kerja yang akan dibentangkan ialah pembuka tirai dengan pengkisahan sejarah 25 tahun kepimpinan ulama oleh Dato Haji Mustafa Ali dan Haji Subki Latiff; Pembentangan kertas kerja 1: Jatuh bangun perjuangan Pas oleh Haji Hassan Shukri dan pengulasnya ialah Ustaz Idris Ahmad; Kertas kerja 2: Peranan ulama dalam menjana kemenangan oleh YB Dato’ Harun Taib dan pengulasnya ialah Ustaz Haji Hashim Jasin; Kertas kerja 3: Menjana kekuatan ulama oleh Ustaz Abdul Halim Abd Rahman dan pengulasnya ialah Dato Dr Ustaz Mahfodz Mohamad dan diikuti dengan pembentangan resolusi seminar, penyampaian anugerah tokoh sempena jubli perak serta ucapan penutup oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Ketua Pemuda PAS pada masa muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat tahun 1982 yang meluluskan usul “kepimpinan ulama’ ialah Haji Mustapha Ali. Manakala Setiausaha Pemuda PAS pada masa itu ialah Haji Subky Latiff adalah dua orang yang diberi tanggungjawab untuk “pengkisahan sejarah 25 tahun kepimpinan ulama” dalam seminar ini.

Projek muqabalah dengan Umno dan seterusnya projek kerajaan perpaduan adalah difahamkan digerakkankan oleh watak-watak seperti Ketua Pemuda Pas pada tahun 1982 iaitu Haji Mustapha Ali, pemimpin Pas yang prestasinya under performance iaitu Timbalan Presiden sekarang Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am Pas Dato’ Dr Haron Din dan bekas Ketua Dewan Ulama Pas YB Dato’ Harun Taib (maklumat dari the horses mouth from the other side of the wall).

“Semoga hasrat dan matlamat ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang dihasratkan oleh jamaah” – begitulah bunyinya kata penutup bagi kertas dasar sambutan jubli perak kepimpinan ulama Parti Islam Se Malaysia (Pas).

Kita tidak mempunyai maklumat tentang apakah tujuannya diadakan seminar ini tetapi ianya adalah dipercayai di atas desakan kepada ‘kedudukan ulama dirasakan tercabar’ di akhir-akhir ini dan bagi mewujudkan peluang selesa kepada ulama semasa muktamar pemilihan yang akan berlangsung dua minggu dari tarikh seminar ini diadakan.

Adakah pemilihan tema seminar ini iaitu “memperkukuh kepimpinan ulama” amat tepat sekali di masa ‘kedudukan ulamak kini sudah mulai dicabar’? Adakah perlunya kita perkukuhkan kepimpinan ulama supaya kerajaan perpaduan antara Pas dengan Umno dapat kita tegakkan demi menyelamatkan segelintir pemimpin Umno yang mempunyai latar belakang yang baik-baik dan Islamik?

Khairul Anuar Bin Salleh
Ahli Pas tukang gantung poster

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda