Orang kuat PAS sendiri pertikai cara Fairus letak jawatan

Ini bukan orang UMNO,MCA,MIC,Gerakan atau PPP yang cakap tetapi suara dari Timbalan Pesuruhjayanya, PAS Pulau Pinang Dr. Mujahid Yusof Rawa sendiri.

Katanya, kepada para wartawan lepas satu majlis di Kepala Batas perletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh.

Menurut Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar pakatan PKR-DAP-PAS wajib mengambil kira suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend perletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat.

Serentak dengan itu beliau meminta pucuk pimpinan PAS mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi DUN Penanti ditandingi calon PKR.
Katanya desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini semata-mata memelihara amalan demokrasi yang sihat.

“Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas,” katanya.

Kerusi DUN Penanti kosong berikutan Mohammad Fairus meletak jawatan ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.

Pada 28 April lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sebagai calon parti untuk bertanding di Penanti.

Namun dalam perkembangan berkaitan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bercakap kepada para wartawan di ibupejabat PKR di Petaling Jaya mengulangi lagi pendirian parti itu untuk menyokong Mansor bertanding di Penanti.

Menurutnya keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya, PKR telah bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac tahun lepas dan telah memenanginya.

“Kita telah buat keputusan bahawa PKR yang bertanding di Penanti. Ini keputusan yang telah kita muktamadkan kerana parti ini (PKR) yang menjadi calon pada PRU yang lalu.

“Tak perlu dipertikaikan lagi. Mereka lebih wajar untuk bertanding…itu tempat mereka yang kita sahkan. Kita juga telah mengarahkan jentera parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi sokongan penuh kepada calon Keadilan,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS mengenai cadangan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordin yang mahukan calon daripada parti itu bertanding di DUN Penanti 31 Mei ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s