Baki 3 pemimpin Hindraf antara 13 dibebas

Seramai 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk tiga pemimpin kumpulan haram, Hindraf, P.Uthayakumar, M. Manoharan dan K.Vasantha, akan dibebaskan dalam tempoh terdekat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan hari ini.

Tahanan yang lain terdiri Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil, Admi Pindatun selain dua tahanan warga negara Indonesia, Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril, dan lima tahanan warga negara Filipina, terdiri Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.

“Pembebasan kesemua tahanan rakyat tempatan akan dibuat dalam tempoh dua tiga hari lagi sebaik semua proses dokumentasi selesai dan tahanan warga asing pula akan dibebaskan selepas kita mengatur dan mengambil tindakan pengusiran dengan pihak Manila dan Jakarta,” kata Hishammuddin kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Pembebasan mereka adalah yang kedua yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 3 April lepas, sebaik saja mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan selain mahu agar akta itu dikaji semula.

Menjawab soalan, Hishammuddin berkata pembebasan Manoharan tidak ada kaitan langsung dengan hasrat pemimpin Hindraf itu untuk melepaskan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah.

“Jauh sekali. Sebaliknya kita mendapati kesemua yang akan dibebaskan itu tidak lagi menjadi ancaman kepada negara,” katanya.Pada 2 Mei lepas, isteri Manoharan, S. Pushpaneela, berkata suaminya sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi itu dengan alasan beliau tidak dapat berkhidmat kepada penduduk di kawasannya kerana berada dalam tahanan.

Hishammuddin juga mengumumkan bahawa kesemua 69 orang termasuk wakil rakyat yang ditahan berhampiran bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh semalam kerana mengingkari arahan polis supaya tidak berhimpun di situ, telah dibebaskan dengan jaminan. BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Baki 3 pemimpin Hindraf antara 13 dibebas

  1. takkanhilangmelayudidunia

    sepatutnya pihak pembangkang bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskan tahanan ISA, tapi apabila dilihat rata-rata mereka masih tidak berpuashati..dan buruk sangka pada kerajaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s