DUN Perak bakal dibubarkan??

1. lantaran dari keputusan mahkamah tinggi yang menyaksikan DS Nizar adalah menteri besar perak yang sah, tidak mustahil DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat mengundi semula kerajaan negeri Perak.

2. Soalnya, apakah keputusan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa keputusan mahkamah lebih tinggi dari keputusan yang telah diperkenankan oleh seseorang Raja atau Sultan?

3. Impak keputusan mahkamah tinggi ini lebih besar dan bukanlah keputusan sama ada DS Nizar atau DS Zambry yang sah jadi MB…tetapi adalah di mana rakyat boleh bertaut sekiranya keputusan yang diperkenankan oleh Sultan/Raja itu boleh dicabar di mahkamah?..

4. Bukanlah niat penulis utk membuat provokasi…penulisan ini hanyalah sekadar utk renungan.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “DUN Perak bakal dibubarkan??

  1. rahman,ahchong,muniandy

    Mantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

  2. Keputusan mahkamah menunjukkan BN bertindak terburu-buru ikut nafsu. Sultan adalah manusia yang TIDAK LEPAS daripada kesilapan. Sultan juga berada dibawah undang-undang. Jika undang-undang boleh dipertikaikan, apakah kuasa Sultan tidak boleh dipertikaikan?

    Hanya orang yang JAHIL MURAKKAB sahaja yang tidak sedar dirinya jahil dan sentiasa menganggap dirinya lebih daripada orang lain.

    Membuat provokasi dalam perkara ini adalah suatu yang kurang baik. Berilah buah fikiran yang menggambarkan diri sebagai orang yang berilmu dan mengharapkan kebenaran.

    Wallohua’lam.

    Layarilah blog : http://kenaliallah.blogspot.com

  3. PemudaPdgRengas

    disamping kita menghormati Baginda Sultan, keputusan ni menunjukan bahawa tiada sapa berada diatas undang-undang. bubarkan DUN perak.

  4. Speaker baru , iaitu ganeson dianggap sah dan boleh memanggil sidang tergempar untuk usul undik tidak percaya terhadap nizar.

  5. Oren

    Pembubaran DUN memang dicari oleh Nizar & the geng since dulu lagi.. tp trpulabnglah pd YM Sultan Perak untuk memperkenankan permohonan tersebut…

    Negara kita mengamalkan sistem raja berpelembagaan.. jd keputusan sultan boleh dipersoalkan/dicabar di Mahkamah… jika ianya dibuat diluar atau melanggar peruntukan perlembagaan atau undang-undang…

    Saya melihat ini satu peluang utk penyelesaian kemelut di Perak.. yg jika dibiarkan cuma akan menyusahkan semua pihak samada PR,BN, polis dan rakyat.. sb masing2 tk nk mengalah..

    PR nampak sgt konfiden mereka boleh menang kembali Perak jika di buat pilihanraya.. sb itu mereka tkkesah nk dptkan mandat baru bila isu ini mula2 timbul dulu..

    BN dibawah kepimpinan baru juga mempunyai peluang samarata sb PM baru ada menjanjikan perubahan positif utk mengambil blk kepercayaan rakyat…

    Jd masing2 ada kepercayaan dan kekuatan sendiri.. dan andainya DUN dibubarkan, pilhanraya dijalankan.. jika keputusan menyebelahi BN… Najib akan lebih perkasa dlm persediaan PRU 13 nanti.. andainya PR menang.. BN perlu betul2 kotakan dan jalankan inspirasi PM baru atau bersedia utk tewas teruk dlm PRU 13 nanti.. inilah masanya utk tgk dimana sokongan rakyat sbnarnya..

  6. 1 Malaysia

    Pada saya, kalau DS Nizar nak sangat bubarkan DUN Perak, itu bererti beliau dah siap sedia menghadapi apa saja keputusan rakyat, kalah menang.. belakang kira, yang penting apa kata rakyat dalam Pilihanraya! Tapi yang pelik sangat nii.. kenapa DS Zamry & BN takut sangat nak bubar DUN Perak? Takut sangat dengan suara rakyat?! Mahkamah persekutuan & Mahkamah Negeri pun dah buat rakyat bingung dah ni, satu2nya jalan adalah suara rakyat… BUBARKAN DUN PERAK segera!

  7. tubir

    Yang melompat lompat dan memekik dalam dewan tu semua orang PR macam beruk memang tiada temadun gila .Tak ramaipun orang perak yang sokong PR.yang tidak berhimpun lagi ramai.jangan kerana golongan yang sedikit seluruh negeri perak jadi porak peranda ……takada maknanya yop…………
    kepada nizar dan PR sudahlah awak dah takada sokongan boleh belah

  8. Pasal isu kat Perak ni,saya berpandangan kalau nak senang citer,tubuh je kerajaan campuran…cuma saya risau ada lak isu lain yang akan menyusul sbg contoh,maybe lepas ni badan kebajikan macam Balkis kat s’gor akan dibubarkan kerana isteri bekas MB yang lamer dah salah guna duit pertubuhan utk gi wat lawatn sambil belajar la kengkonon nyer ke USA ke..tp tu contoh ajer…Tp kalau nak ikut jalan yang satu agi..bubar je DUN perak dan wat pilihanraya baru.memang la bnyk pakai duit.tp duit tu pun bukan nya dapat kat saya pun so spend ajer la utk tgk rakyat nak pilih sapa.Haa satu agi sebelum semua tu berlaku,kena wat satu undang2…wakil rakyat yang dah d pilih,tak boleh nak sesuka hati mak bapak diorang ajer nak letak jawatan lah,nak jadi calon bebas lah,nak lompat parti lah…bagi saya yb2 yang mcm nilah yang jadi sebab masalah ni timbul.Orang dah pangkah dia pasal dia wakil parti sekian sekian,alih alih dia nak letak jawatan lak…so buat law kalau dia letak jawatan,kalau kena buat by election,suruh dia kuar duit sendiri untuk buat pilihanraya baru(yelah dia punyer pasal kena buat by-election…so kalau kena kuar duit xdelah dia sesuka hati mak bapak dia nak buat perangai bebudak dia tu…)buat law By-election hanya kalau YB tersebut dah Inna-Lillah atau dah jadi mendiang ke…atau tetiba je dia jadi giler sampai xdapat jlnkn tugas yb…baru bole buat byelection…kalau sebab selain tu,yb tersebut boleh dipenjarakan(kerana khianat,buang duit utk buat election baru dan menyusahkan org lain..kecik2 xnak mampus,bila besar nyusahkan org),pastu kena hukuman sebat 25kali…confirm lepas nih xkan ada agi problem ni..x caya tgk lah…boringlah bila beli paper asyik isu tu jer…dah la paper metro mahal sekarg…kalau ada agi paper harian jawi memang aku dah beli dah…ada gak pekdah nya sekurang2 nya dapat gak aku belajar baca tulisan jawi dan baca paper dari muka belakang…so oklah…kepada yang berkenaan,bak kata Nabil..Lu pikir la sendiri…kpd tuanku sultan perak…jgn pikir lelamer…masa berjalan…kalau nak bubar,bubar lah skrg…makin lamer problem ni xsetel,rakyat perak gak yang suffer…aku dok KL so x risau lah..kesian kat org perak ajer lah sampai baring kat atas jalan utk halang keta sultan…kesian siot aku tgk…wat penat jer…dah tu kena tngkp polis lak…sia sia dapat check in kat hotel tingkap besi ngan makan ikan jacket…xper gak…at least ada mkn free…kira ok gak ah mamat tu…tp overall…problem xkn setel kalau semua yg bertelagah nak menang..kalau ada election kalau ada yang kalah tu,lepas tu jgan lak ada agi timbul problem agi…bagi la yang menang perintah sampai next general election…yang kalah kena la congak strategi camaner nak menang dlm next general election…bukan nyer nak cari salah yb agar dia resign dan yang menang majoriti tipis akan jadi macam skrg…aku ingat kalau jadi agi camtu..Eh aku ni dah ulang balik citer aku nih…biler mau habis daa…ok la gua chow dulu…pepehal kalau nak carut kat gua sila emel gua kat barak_obama@presidenAmerika.cia.com…salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s