Nizar MB Perak sah

Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Nizar MB Perak sah

  1. PemudaPdgRengas

    Terbukti bhw Zambri mb haram.

  2. tubir

    Nizar juga perasan ……..spiker baru perlu pangil sidang dan ahli dewan dari BN perlu buat usul undi tidak percaya atau apa sajalah asalkan nizar dikeluarkan dari MB perak

    • ain

      kesian btul kt awak….klau wat undi x percaya dianggap pun x dpt selesaikan krisis politik perak..semua pemimpin kt dunia ni pun dilantik atas pilihan rakyat…baik buat pilihan raya balik….awak surh wat undi x percaya pasal tkut parti yg awak minat tu kalah ke???klau rsa parti yg awak sokong tu adlh baik utk rakyt….gerenti klau wat pilihan raya balik pun tak ada hal punya(x tkut kalh)…BERANI KERANA BENAR…TAKUT KERANA SALAH!!!!!!tauuuu

      • Bakal PM

        Kalau dah tau berani apa pasal nak sekat kebebasan adun2 bersidang… dah tau majoriti dah hilang jgn la ibarat muka x malu pipi tersorong2… lg satu pasal apa nak bubarkan DUN??? yang keluar parti sebab hilang kepercayaan kpd PKR dan DAP adalah 3 org ahli DUN sahaja… Knp nak jd bangang sebab 3 org adun keluar parti semua adun yg lain kena terima akibatnya??? ibarat kalau kat ofis 3 org ada masalah semua staff kat ofis tu kena letak jawatan???
        ni nak tanya… adun yg keluar parti tu sapa yg pilih??? sapa yg Undi menyokong pd PRU lps?? Sultan ker pilih adun tu jd calon PKR?? BN ker yg lobi adun tu jd adun PKR sebelum ni??? yg mencalonkan adun tu PKR dan DAP… jd yg silap mencalonkan adalah PKR dan DAP sendiri… yg bodoh menyokong segelintir rakyat yg x tahu apa tujuan mereka menyokong… xde pedoman… tu yang sendiri pilih sendiri tanggung la… sendiri salah sendiri jawabla… Nak nasihat skit ni… kalau bodoh untuk mengundi tanya pendapat org berpengalaman… sesuai x calon ni kita undi??… layak kah dia??… bukan undi tanpa pedoman … tu yang jd kes adun bersekedudukan dgn pemuda muslim sampai tersebar gambar bogel… buat pihak yg memilih individu untuk ditabalkan sebagai calon kalau dah xde calon yg berkaliber jgn la main sebat jer… besok dah susah mulala mcm org gila talak… sana nak fitnah, sini nak pecat, situ nak halang YB hadir sidang DUN… Jd kesimpulannya kalau sendiri yg salah melantik calon, sendiri yg bebal mengundi calon jd faham2 sendirilah… x payah nak salahkan org lain dan nak org lain tanggung akibatnya… faham x…

  3. tubir

    Rayaat dinegara ini terutamanya diperak sedang diserang oleh satu penyakit yang merbahaya ia itu penyakit gila .penyakit ini kian menular kepada ketiga tiga bangsa besar dinegara kita .Melayu ,cina dan india .Contoh yang menghidap penyakit ialah Nizar,Zambri,Muruiyah

  4. nyotz

    klau tak buat pilihan raya kt perak mcm ni lah jadinya org tu saman org ni…org ni saman org tu.kesimpulannya buat lah pilihan raya balik….semua pun senang and puas hati…..BERANI KERANA BENAR…TAKUT KERANA SALAH….x takut duit hlng psl pilihan raya….cuma tkut akan jens kita berjihad saja(BENAR ATAU TDK CRA KITA BERJIHAD)

    • Bakal PM

      x perlu pilihanraya… kewajipan rakyat dah ditunaikan masa PRU lepas… skarang kewajipan adun2 yang dipilih menentukan siapa yg mempunyai majoriti untuk memerintah… rakyat dah habis mengundi jd x perlu sibuk2 nak mengundi lg… sendiri yg undi calon pilihan masing2 so sendiri yg tanggung akibat pilihan itu.. x perlu nak melalak lg… kita tgk jer kat sidang DUN yg dihadiri oleh semua wakil rakyat siapa yg sebenarnya layak untuk memerintah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s