Krisis Perak: Tidak Perlu Bubar…Tapi Bentuk Kerajaan Campuran

1. Tahniah buat DS Nizar kerana menjadi MB semula.

2. Terima Kasih DS Zambry atas segala usaha yang dilaksanakan semasa memegang jawatan MB Perak..

3. Tidak lupa juga buat EXCO2 lantikan BN dan PR…terima kasih dan tahniah…

4. Pada hemah penulis, krisis Perak berlaku atas sikap rakus politik…tak kira di pihak BN ataupun BN..

5. Segala krisis ni boleh diselesaikan dengan baik sekiranya pihak2 yang berkenaan berkompromi sesama sendiri dengan meletakkan keutamaan kepada rakyat dan bukannya jawatan.

6. Soal siapa MB, siapa Speaker…itu hanya jawatan…yang penting ialah kebajikan rakyat dijaga….

7. Mengapa perlu dibubarkan DUN sedangkan umum tahu, ia merupakan satu proses yang akan membazirkan wang dan masa rakyat…..

8. Tidak ada cara lain lagikah utk selesaikan masalah di Perak ini.

9. Penulis ingin mencadangkan agar DS Nizar dan DS Zambry selaku ‘kepala’ PR dan BN di Perak…agar duduk semeja berbincang kemungkinan utk menubuhkan satu kerajaan campuran PR/BN…DS Nizar ada jawatan MB…dan DS Zambry ada suara majoriti dalam sidang DUN.

10. Masing2 saling memerlukan…Tidak salah jika Speaker dari BN, MB dari PR..yang penting…dalam melaksanakan tugas…buang ‘baju’ yang dipakai…sama ada BN atau PR

11. Tidak salah sekiranya kerajaan negeri Perak boleh menjadi ‘role-model’ kepada negeri2 lain….

12. Buang sifat hasad, tamak dan gila kuasa….UTAMAKAN RAKYAT…Ini asyik mementingkan ideologi parti masing2..mangsanya??…adalah rakyat…

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Krisis Perak: Tidak Perlu Bubar…Tapi Bentuk Kerajaan Campuran

  1. abangtuah

    SALAM..

    SATU IDEA YANG BERNAS..PATUT DI PERTIMBANGKAN OLEH KEDUA BELAH PIHAK

  2. 1 Malaysia

    Mungkin Tidak.. rasanya itu bukan satu idea yang baik. Ego manusia sentiasa berapi.. kalau memerintah bersama pasti masing2 nak menang! Apa lagi dalam dunia politik! Dan.. kemelut politik Perak tetap berpanjangan. Seperti PR katakan.. Najib nak bawa berunding tapi dalam masa yang sama menerkam PR melalui media massa.. sudah terhantuk baru nak bermuafakat.. ape nii??? so, satu2nya yang terbaik.. bubar DUN Perak. Tak membazir sangatlah, sbb lebih parah lagi ekonomi Perak kalau takde yang nak melabur akibat kemelut politik yang parah berpanjangan! So, fikir2kanlah.

  3. radensabri

    Assalamualaikum.
    Wak pun sudah mula bengong dengan apa yang berlarutan terjadi di kalangan pemimpin melayu tak kira dari pihak mana pun. Apa yang u all cari ni.
    Wak nak kongsi satu cerita. Seorang nelayan menjual dua bakul ketam. Satu bakul ketam cina bertutup rapat, manakala satu bakul lagi ketam melayu tidak bertutup. Datang seorang pembeli lalu bertanya, kenapa ketam melayu tidak ditutup ?. Nelayan itu menjawab mudah je, ketam melayu tidak perlu risau kerana tidak akan keluar bakul. !. Kenapa ?, tanya pembeli tadi. Sambil tersenyum nelayan itu menjawab, ketam melayu tidak mungkin akan dapat keluar daripada bakul kerana jika ada yang berani mencuba pun, ketam-ketam lain akan menarik kaki ketam tersebut ke bawah semula !!. OoooH begitu, lalu pembeli beredar dari situ dengan ketawa kecil sendirian.
    Wak rasa bukan ketam yang nak cuba keluar itu saja tidak berjaya tetapi juga semua ketam lain yang berada dalam bakul akan ‘mati’ kerana ketakutan untuk mencuba atau berfikir biarlah aku mati bersama-sama di sini.
    Apakah itu sikap orang kita sejak zaman hang tuah kalau aku tak dapat biar orang lain juga turut tak dapat. Hebat sungguh perjuangan untuk menghapuskan bangsa sendiri ini. Jangan cakaplah pasal nak membela bangsa.
    Pesanan Wak, mengalah bukan bererti kita kalah. Bukan kah itu yang sedang berlaku sekarang. Konon memperjuangkan maruah bangsa. atau apa.
    Wak sudah mula dengar rata-rata orang ramai sudah ‘fed-up’ u all tak fed-up ke ??????

  4. Pasal isu kat Perak ni,saya berpandangan kalau nak senang citer,tubuh je kerajaan campuran…cuma saya risau ada lak isu lain yang akan menyusul sbg contoh,maybe lepas ni badan kebajikan macam Balkis kat s’gor akan dibubarkan kerana isteri bekas MB yang lamer dah salah guna duit pertubuhan utk gi wat lawatn sambil belajar la kengkonon nyer ke USA ke..tp tu contoh ajer…Tp kalau nak ikut jalan yang satu agi..bubar je DUN perak dan wat pilihanraya baru.memang la bnyk pakai duit.tp duit tu pun bukan nya dapat kat saya pun so spend ajer la utk tgk rakyat nak pilih sapa.Haa satu agi sebelum semua tu berlaku,kena wat satu undang2…wakil rakyat yang dah d pilih,tak boleh nak sesuka hati mak bapak diorang ajer nak letak jawatan lah,nak jadi calon bebas lah,nak lompat parti lah…bagi saya yb2 yang mcm nilah yang jadi sebab masalah ni timbul.Orang dah pangkah dia pasal dia wakil parti sekian sekian,alih alih dia nak letak jawatan lak…so buat law kalau dia letak jawatan,kalau kena buat by election,suruh dia kuar duit sendiri untuk buat pilihanraya baru(yelah dia punyer pasal kena buat by-election…so kalau kena kuar duit xdelah dia sesuka hati mak bapak dia nak buat perangai bebudak dia tu…)buat law By-election hanya kalau YB tersebut dah Inna-Lillah atau dah jadi mendiang ke…atau tetiba je dia jadi giler sampai xdapat jlnkn tugas yb…baru bole buat byelection…kalau sebab selain tu,yb tersebut boleh dipenjarakan(kerana khianat,buang duit utk buat election baru dan menyusahkan org lain..kecik2 xnak mampus,bila besar nyusahkan org),pastu kena hukuman sebat 25kali…confirm lepas nih xkan ada agi problem ni..x caya tgk lah…boringlah bila beli paper asyik isu tu jer…dah la paper metro mahal sekarg…kalau ada agi paper harian jawi memang aku dah beli dah…ada gak pekdah nya sekurang2 nya dapat gak aku belajar baca tulisan jawi dan baca paper dari muka belakang…so oklah…kepada yang berkenaan,bak kata Nabil..Lu pikir la sendiri…kpd tuanku sultan perak…jgn pikir lelamer…masa berjalan…kalau nak bubar,bubar lah skrg…makin lamer problem ni xsetel,rakyat perak gak yang suffer…aku dok KL so x risau lah..kesian kat org perak ajer lah sampai baring kat atas jalan utk halang keta sultan…kesian siot aku tgk…wat penat jer…dah tu kena tngkp polis lak…sia sia dapat check in kat hotel tingkap besi ngan makan ikan jacket…xper gak…at least ada mkn free…kira ok gak ah mamat tu…tp overall…problem xkn setel kalau semua yg bertelagah nak menang..kalau ada election kalau ada yang kalah tu,lepas tu jgan lak ada agi timbul problem agi…bagi la yang menang perintah sampai next general election…yang kalah kena la congak strategi camaner nak menang dlm next general election…bukan nyer nak cari salah yb agar dia resign dan yang menang majoriti tipis akan jadi macam skrg…aku ingat kalau jadi agi camtu..Eh aku ni dah ulang balik citer aku nih…biler mau habis daa…ok la gua chow dulu…pepehal kalau nak carut kat gua sila emel gua kat barak_obama@presidenAmerika.cia.com…salam

  5. Arjuna

    Kita setuju Perak tubuh kerajaan campuran demi kepentingan rakyat,jgn porak perandakan rakyat dengan agenda politik semata-mata,
    pikirkanlah kemajuan dan pembangunan kawasan.
    kita mahu mana-mana yb yang telah terpilih pastikan perubahan kemajuan,ekonomi dan modal insan tercapai dikawasan masing-masing.rakyat mengundi untuk mendapat calon yang terbaik bagi mereka,bukan calon untuk berdebat mengenai politik,tetapi adalah untuk pembelaan kawasan mereka.
    Kerajaan Campuran,boleh dilaksanakan ,yg penting kerjasama mentadbirurus negeri dapat dilakukan.
    Fahaman politik kita letak ketepi buat sementara,fikirkanlah nasib rakyat…..
    Bersama dimeja rundingan adalah formula yang terbaik mencatur kerajaan negeri,samada PR atau BN harus toleransi dalam menjalankan tugas.
    Kita yakin MB Nizar dan X MB Zambry,akan dapat bekerjasama dalam memajukan negeri dan sebagai role model kepada negeri lain di malaysia ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s