Daily Archives: May 14, 2009

Apa cerita…politik wang dalam PAS?

Menjelang Muktamar Agung PAS, Jun ini, sudah ada cerita-cerita yang tidak sedap didengar berlaku dalam proses pemilihan parti tersebut.

Jika selama ini PAS mengaitkan UMNO dengan amalan rasuah politik, kini gejala itu dikatakan berlaku dalam PAS.

Pendedahan tersebut bukanlah didedahkan oleh orang luar parti itu tetapi oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud Iraqi sendiri yang menyatakan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan parti itu pada muktamar yang akan diadakan di Shah Alam tersebut.

Mengulas mengenai pendedahan itu, Ahli Lujnah Politik PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun ini menggesa pucuk pimpinan parti tersebut menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh Mohamad Daud itu.

Katanya, pendedahan itu memeranjatkan ahli-ahli parti dan memperlihatkan seolah-olah PAS sama dengan parti-parti lain.

“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau (Mohamad Daud) sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata demikian di Kota Bharu sebagai mengulas pendedahan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi ‘hadiah’ kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu.

Menurut Abdul Fatah, Mohamad Daud yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda