ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia

Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.

Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. – Bernama

nota: Al Fatihah

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia

  1. saudagar lempoyang

    asalam saya tertarik dgn ulasan ezamvshusam dlm hujah setelah saya hayati ulasan ezam amat bernas dan tepat yg d kata baik pas/umno/dap/mic/dsbg tak terlepas dari rasuah perlu d ingat dlm dunia ni 3 pekara kuasa/wanita/tahkta mereka mesti daptkan negara dan kuasa baru mudah dpt yang diidamkan.Saya setuju benarlah apa yang d kata tapi perlu d ingat suadara ezam akan kecewa apa yang diharapkan tidak akan kesampaian kerana kalau mahukan ini berlaku kita mesti ubah sistem demokerasi kpd sistem islam yang berteraskan tuhan wajudkan kasih sayang cari pemimpin yang bertakwa insyallah dunia akan makmur .Cuba kita fikir skg ramai umat yg susah jadi penjenayah/peragut dsbg wahal negara makmur rakyaat menderita ini kenapa kerana pemimpin tidak rasa bertuhan kita fokaskan tuhan d hadapan sistem mesti d ubah jika tidak ia berterusan umpat mengumpat jadi budaya wassalam

  2. saudagar lempoyang

    asalam tuan saya tidak akan komen panjang cuma saya berpendapat apa pun yang terjadi dlm parti dan kemelut rakyaat cuma saya harapkan carilah pemimpin yang bertakwa perniagaan berasas tuhan byk mendidik ahli jemaahnya rasa bertuhan jgn guna akal untuk menyeselaikan masalah kalau ikut logik kita ada air sembahyang tiba2 terkentut kenapa kita ambil wuduk lagi tapi tak dibasuh tempat kentut tadi sebab ikut perintah tuhan barulah ada penyselesaianya kerana tuhan yang mencipta manusia begitu juga sistem pemerintahan negara cari yang bertakwa tuhan kata begitu setelah semua rasa diri rasa bertuhan berkasih sayang sesama kita jauhkan umpat mengumpat dsbgnya insyallah tuhan kata kunfayakun maka jadilah dlm malaysia ada jemaah yg sedang menguasahakn kearah takwa insyallah kita akan jumpa zaman itu wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s