Aminah dakwa PKR tawar RM80,000 ganjaran tarik diri

Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran RM80,000 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Selain daripada tawaran ganti rugi wang perbelanjaan bagi kegunaan pilihan raya, PKR juga menjanjikan untuk membayar kembali wang deposit sebanyak RM5,000 kepadanya.

“Mereka tawarkan RM80,000 dan janji nak bayar balik wang deposit kepada Kak Min (Amninah),” katanya pada sidang media di bilik gerakannya di Simpang Tiga Kubang Ulu di sini hari ini.

Menurut Aminah pada 13 Mei lalu, beliau didatangi oleh dua orang wakil PKR iaitu Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut.

Malah Aminah juga mendakwa kehadiran dua wakil tersebut mendapat restu daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Jelasnya selain tawaran agar beliau menarik diri, wakil tersebut juga memberikan tawaran alternatif kepadanya iaitu berupa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis (YDP) Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

“Kak Min juga ditawarkan jawatan TKM 1 dan YDP MPPP tapi dengan syarat selepas menang Kak Min sertai semula PKR,” katanya.

Menerusi sidang media itu Aminah turut mengedarkan salinan rakaman perbualan selama lebih tiga jam antara beliau dan dua wakil PKR tersebut yang dirakam secara rahsia sebagai bukti kepada pihak media.

“Cakera padat ini tidak akan berbohong kepada rakyat Penanti dan juga rakyat Malaysia, ia merekodkan semua perbualan kami dan dalam perbincangan itu juga mereka menceritakan tentang masalah dalaman PKR,” katanya.

Menurut Aminah, beliau akan membuat laporan dan mengemukakan bukti berhubung tawaran tersebut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok untuk tindakan susulan.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini beliau tidak bercadang untuk mengemukakan pendedahan ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kak Min nak bagi dulu kepada SPR biar mereka buat keputusan kerana mereka bertanggungjawab dalam soal pilihan raya ini.

“Laporan kepada SPRM kemudianlah… sekarang kita pergi kepada SPR dulu, tengok dula apa tindakan yang akan diambil,” katanya yang akan mengemukan beberapa bukti termasuk rakaman perbualan dan juga foto yang dirakamkan sewaktu pertemuan tersebut.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang berkata, selepas pertemuan pertama, beliau didatangi sekali lagi oleh wakil PKR bagi mendapatkan maklum balas berhubung tawaran yang diberikan pada pertemuan pertama.

“Selepas itu mereka ada datang lagi, kali ini bukan di rumah.

“Tujuan kali kedua ialah untuk tanya pendirian Kak Min, kali ini pun kita rakam juga perbualan,” katanya yang enggan mendedahkan dengan lebih lanjut berhubung pertemuan kedua tersebut.

Bagaimanapun Aminah berkata, beliau tidak menerima tawaran yang diberikan kerana baginya maruah dan harga diri tidak boleh dibeli.

“Kak Min ada maruah dan harga diri yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak mendedahkan perkara tersebut pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu dan mengemukakan bantahan terhadap calon PKR, Aminah berkata pada permulaannya beliau tidak bercadang untuk mendedahkan mengenai tawaran tersebut.

“Kak Min tak berniat nak dedahkan sebenarnya, tapi selepas Datuk Zahrain (Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim) mencabar Kak Min supaya kemukakan bukti… baru Kak Min nak kemukakan.

“Lagi pun Kak Min tak mau menang pecuma kalau pencalonan mereka (PKR) terbatal,” katanya.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang ugutan ekoran pendedahannya itu, Aminah berkata buat masa ini perkara seumpama itu masih belum berlaku.

“Belum lagi ada ugutan apa-apa tapi Kak Min harap sangat tak berlakulah,” katanya.

Aminah juga berkata beliau akan membuat laporan polis mengenai pendedahannya ini bagi tujuan keselamatan.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Aminah dakwa PKR tawar RM80,000 ganjaran tarik diri

  1. tubir

    Kalau kena kat dia orang dia kata itu urusan peribadi bukan dari parti.Porah mabuk punya pakatan rayaat.Samalah macam pemimpin kau orang tu mabuk .Mabuk dan gila kuasa .Kalau nak mabuk dan gila tu ,mabuk dan gilalah sorang sorang jangan nak ajak orang lain gila sama OK

  2. saudagar lempoyang

    apa yang saya nak kongsikan ialah apa yang berlaku skg akan tidak ada penyeselaian mutamat kerana sistem yahudi hanya sistem islam yang boleh menyelamatkan dunia.Walau pun apa yg pemimpin lakukan sekali pun perasan tak puas hati akan berlaku k alau kita lihat ddunia arab/pelastin/paksitan walau ada pbb ia tak nakan berfungsi kerana apa tuhan janjikan hanya imamualmahdi saja yg boleh menyeselaikan masalaah begitu juga d malaysia semua parti dialah yg terbaik jika tuhan letak dihadapan pasti selesai masalah sbg contoh anda ada air sembahyang tiba2 terkentut kenapa ambil wuduk semula kenapa tak basuh saja kat terkentut tak lojik kan kerana ugama tak boleh pakai lojik akal begitu juga negara akan aman bila d pemimpin oleh ulamak yg terpilih olih tuhan saja wassalam

    • Bakal PM

      Saya setuju kita pilih pemimpin yg mengamalkan sistem islam… tp di Malaysia ini belum ada pemimpin yg betul2 ikhlas nak melaksanakan hukum islam… jika satu masa dahulu saya melihat PAS sebagai sebuah parti yg ikhlas untuk memperjuangkan islam… tetapi sayangnya bila PAS dipergunakan oleh AnWar, PAS telah hilang dan lupa maksud sebenar perjuangannya… lebih sedih lg PAS sanggup bersekongkol dgn DAP yg terang2 menolak islam… sy x nmpk PAS boleh mengawal DAP kerana sy sering melihat PAS di kritik oleh DAP apabila mula bercerita tentang islam…
      untuk menegakkan islam org melayu terutamanya mesti bersatu… PAS dan UMNO sebagai parti org melayu terbesar mesti bekerjasama untuk menguatkan kuasa politik org melayu… bila kuasa politik ditangan org melayu maka mudahlah pemimpin2 melayu yang beragama islam berbincang untuk melaksanakan sistem islam… sekiranya kuasa politik org melayu lemah dan berpecah bolehkah kita bersuara untuk melaksanakan sistem islam??? lihat sahaja betapa PKR, PAS dan UMNO terpaksa menuruti satu persatu kehendak bangsa2 lain semata2 mahu kan undian dan sokongan mereka…satu persatu hak kita hilang dan kuasa ekonomi kita makin lemah…. tidakkah kita sedar sebenarnya kitalah kuasa penentu di negara ini… knp begitu taksub untuk berpecah dan berkuasa…. tinggalkan puak edorgan yg menentang usaha kerjasama PAS dan UMNO… lihatlah kehadapan betapa prihatinnya PakLAh dan Presiden PAS untuk bekerjasama demi islam dan org melayu sebelum ini… namun usaha murni ini menghadapi kesukaran kerana taksubnya puak edorgan yg lebih suka berkawan dgn org2 kafir dr sahabat seagama dan sekiblat…

      • saudagar lempoyang

        Benarlah apa yang tuan katakan sampai bila pun ia tak dpt disatukan hanya dengan satu formula iatu umat islam hendaklah dididik rasa bertuhan/berkasih sayang sesama manusia kalu dpt negara pemimpin mestilah bawa tuhan bersama dlm kehidupan seorang pemimpin islam hidupnya susah tiada harta semua utk rakyaatnya carilah peimpin yng sebegini ada d malaysia hidupnya kerana tuhan merintih mencari cinta tuhan kerana janji tuhan sesiapa yng bertakwa saja kunfayakun wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s