Daily Archives: May 26, 2009

Mogok lapar : 8 wakil rakyat ditahan di Wisma DAP

Sekurang-kurang lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ditahan polis selepas perasmian mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat.

Mereka antara 14 orang yang ditahan awal tadi, termasuk lima pekerja dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira 7 pagi tadi.

Bagaimanapunt tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan FRU mengawalsekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

PR melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas speaker PR V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok lapar tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap kerajaan BN untuk membubarkan DUN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda