Mogok lapar : 8 wakil rakyat ditahan di Wisma DAP

Sekurang-kurang lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ditahan polis selepas perasmian mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat.

Mereka antara 14 orang yang ditahan awal tadi, termasuk lima pekerja dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini pagi ini.

Mereka ditahan kira-kira 7 pagi tadi.

Bagaimanapunt tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan FRU mengawalsekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

PR melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas speaker PR V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok lapar tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap kerajaan BN untuk membubarkan DUN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Mogok lapar : 8 wakil rakyat ditahan di Wisma DAP

  1. tubir

    Biar kan aja diaorang yang menyertaai mogok lapar tu .Kepada polis jangan cuba nak pujuk atau paksa dia orang untuk makan atau minum ,biar kan aja ,jangan buang banyak masa dengan orang yang bodoh tu .walaupun dia orang akan mati kebuluran negara tidak rugi apa apa ,malahah kami akan merasa gembira kerana kurang sedikit orang orang bodoh dinegara kita ni.
    kepada nizar tu puasalah panjang panjang sedikit kerana kau tu banyak dosa .Kalau sempat taubatlah mungkin lepas ni kau akan mati kebulur kerana mengingkari dan mempermainkan ugama .kepada pas dan nik aziz tu ikut suka kau orang lah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s