Kerajaan tak benar Chin Peng balik

Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali kepada pejuang negara dan ahli keluarga mereka yang terkorban angkara pemberontakan PKM dari tahun 1948 hingga 1981.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini ketika diminta mengulas saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetap di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negara.

Kenyataan Teng itu mencetuskan kecaman hebat pelbagai pihak termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan usaha membawa pulang Chin Peng sebagai satu tindakan yang akan menghiris perasaan seluruh anggota dan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Mengenai Ketua Jemaah Islamiah Singapura, Mas Selamat Kastari, yang diberkas di Jophor barubaru ini, Najib berkata dia kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting selama dua tahun bagi membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat yang diperlukan.

Katanya Mas Selamat merupakan ancaman terhadap keselamatan Malaysia dan Singapura, justeru penahanan itu merupakan sesuatu yang wajar dilakukan.

“(Penahanan) ini merupakan keputusan Malaysia namun saya pasti jika dia berada di Singapura, dia akan ditahan juga. Saya tak nampak mengapa Singapura hendak membebaskan Mas Selamat,” katanya. BERNAMA

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Kerajaan tak benar Chin Peng balik

  1. saudagar lempoyang

    pada pandangan saya terserahlah kepada yg berkuasa dan mereka2 yang terlibat semasa zaman komunis dahulu cuma saya terbaca sejarah nabi pada masa dahulu baginda telah dihunus dgn pedang dgn berkata siapa yg dpt menyelamatkan nyawa mu skg maka nabi berkata hanya allah yg dapat menyelamatkanya maka jtuh pedang itu jatuh ketanah lalu mengucapkan sahadah begitulah akhlak nabi penoh kasih sayang sekian

  2. tubir

    Bagus juga kalau dia balik senang kita kerjakan dia ……….Agi idup agi gelaban ……..Kecut perut duduk dalam jamban….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s