Monthly Archives: May 2009

Bila dah berkuasa…2 x 5…mereka sebat juga

“Pernahkah kita terbayang Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akaun, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati,” itulah soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dalam temubual SIRI AKHIR dengan Agendadaily.

Beliau membangkitkan perkara tersebut bagi menggambarkan betapa perjuangan menegakkan keadilan, menentang rasuah dan salah guna kuasa serta penyelewengan, hanya retorik sebelum berkuasa.

“Bila dah berkuasa dua kali lima saja,” katanya.

Malah beliau turut menyatakan sepanjang 11 bulan pakatan pembangkang memerintah negeri Perak, agenda perjuangan yang dilaungkan selama ini tidak nampak pelaksanaannya.

“Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah saja ,” katanya

Selain penguasaan Ngeh dan Nga dalam Exco dan mainan politik PKR, apakah punca YB bertindak tinggalkan kerajaan campuran pakatan pembangkang?

“Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan. Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan. Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kita ini dah keterlaluan.

Mana pernah berlaku sebelum ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghormatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja”.

Sejak sertai PKR dulu hingga sekarang, adakah YB menduga ini akan berlaku akhirnya?

“Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. ini perjuangan kita bersama selama ini.

Tapi bila dapat bentuk kerajaan sebagai sebuah pakatan, itu juga yang berlaku. Serupa sahaja. Maknanya hanya nak rebut kuasa. Bila dah berkuasa sama saja, serupa saja.

Cuma lebihnya PKR dia dah dekati rakyat dari dulu lagi, Jadi kalau ada orang kata PKR tak betul, rakyat susah nak percaya.

Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah.”

YB sebut soal ‘sama je bila dah memerintah’ apa yang YB maksudkan

“Seperti saya jelaskan, isu utama saya keluar kerajaan pakatan pembangkang ini kerana Nizar tak jaga kepentingan Melayu. PKR pula ada konspirasi nak jatuhkan saya. Kalau kata saya keluar kerana wang ringgit, lama dah saya keluar. Lepas pilihan raya umum 2008 saya dah keluar dah kalau saya nak duit.

Selain itu saya lihat soal-soal salah guna kuasa dan penyelewengan, mereka pun sebat juga.

Bohonglah kalau mereka kata mereka bersih tak ada salah guna kuasa atau menyeleweng.

Nizar pernah sebut pada saya soal balak untuk pilihan raya kecil. Saya bawa kepada dia permohonan untuk sebuah tanah kerajaan. Dia kata nak kena bawa dalam mesyuarat dulu tapi saya tanya Jabatan Hutan. Tanah kerajaan tak perlu di bawa mesyuarat, MB sahkan sahaja. Akhirnya kawasan itu diberikan kepada orang lain tanpa dibawa dalam mesyuarat pun.

Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat katanya. Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar ajar saya buat jahat… kamu buat tak benda itu?.

Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ni. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat. Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk . penyamun, perogol dan pembunuh sekali.

Apa yang saya lihat dalam masa saya banyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR. Dia bagi balak kepada mereka. Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan.

Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.

Bagaimana sambutan orang Behrang kepada YB selepas jadi ADUN Bebas?

Saya di Behrang, Alhamdulilah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakat Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja.

PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur. Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat perisytiharan beramai-ramai keluar PKR.

Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang yang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri.

Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang.

Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ek tangan pembangkang. Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO.

Cuma bagaimana dengan sikap orang bukan Melayu.

Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhannya. Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kita bakar kelambu.

Jangan kita bakar UMNO tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu. Cuma orang UMNO janganlah sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu.

Salah UMNO pun ada, pimpinan tidak turun ke bawah. Pimpinan UMNO di Cawangan tidak mesra rakyat. Sekat orang yang hendak masuk UMNO…semua ini sebabkan orang makin jauh dengan UMNO. Saya sampaikan ni semasa kami semua jumpa Datuk Seri Najib bagi nyatakan sokongan kepada BN.

Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan mereka beri sokongan kepada pembangkang. Itu saja,” katanya mengakhiri temubual. – agendadaily

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 bulan berkuasa…apa kata Ngeh, Nizar ikut aje

SIRI SATU

Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu ( Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP Jelapang, kerajaan negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan berkuasa.

Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.

Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.

Namun, selama ini beliau hanya mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang.

Dalam satu temuramah hampir tiga jam dengan Agendadaily di Kuala Lumpur Sabtu lalu Jamaluddin memberi sedikit sebanyak gambaran lebih jelas kenapa beliau mengambil tindakan tersebut.

Bagi siri kali ini, fokus diberikan kepada sebab-sebab beliau meninggalkan pakatan pembangkang yang berkaitan dengan sikap Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan perjalanan mesyuarat Exco yang secara jelas menggadai kepentingan orang Melayu.

Ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koh Ham ,(Pengerusi DAP Perak,ADUN Sitiawan,Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming ( ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping ) ang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.

Soalnya bilakah beliau mula rasa lain macam dengan Exco dan rasa-rasa tak boleh duduk dalam Exco lagi ?

Jamaluddin menjelaskan mengikut isu. Dalam soal penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry beliau berkata:

“Saya sebut kita kena angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedec, itu kerajaan BN, ini kerajaan pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.

Nizar minta saya sediakan kertas untuk hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM920,000 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio. Tapi kita tak dapat pengeculian cukai, harganya menjangkau RM2.5 juta. Kalau Perdana baru RM1.76 juta jadi kita boleh jimat RM740,000. Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton.

Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukakan dan kekal untuk gunakan Perdana.

Tapi bila masuk mesyuarat Exco , sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusanya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau setuju dengan saya.

Nizar dengan Ngeh… dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu.
Dalam isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah ?

Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripada rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.

Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.

Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.

Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju ?.

Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.

Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.

Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.

Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan, saya bantah… hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan bunglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah. Semua cadangan tu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera.

Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikai oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.

Bagi permohonan bukan Bumputera, walaupun cadangan dibuat untuk ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga C lulus sembilan.

Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri…cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar… tapi dia tak peduli pun.

Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.

Dalam isu tanah 999 tahun, siapa yang bawa cadangan itu kepada Exco?

Jamaluddin berkata: “Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. saya bantah kerana perkara itu kerana ia tidak ada ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangankan 999… 99 tahun pun kita akan dikritik hebat… tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.

Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka.Tapi pakatan baru 11 bulan.

Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.

Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkit soal tanah…balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.

Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.

Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.

Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina

Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM30,000 setahun kenapa nak beri tanah pula.

Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.

Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga. Nizar patung sahaja. Segala-galanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.

Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.

Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan. Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat. Habis wang ringgit sendiri untuk parti…hari ini dapat RM14,000 sebulan besar sangat ke,” ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak.

Siri berikutnya, kita ikuti, kenapa beliau tinggalkan PKR, apa konspirasi PKR terhadapnya dan bersih sangatkah kerajaan pakatan pembangkang negeri Perak ? – agendadaily

27 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

BN tidak bertanding di Penanti

Syabas kerana membuat keputusan yang tepat…biar pkr pening dek psywar ciptaan mereka!!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Hari Guru

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua golongan pendidik. Terima Kasih atas segala usaha anda di dalam memasti rakyat Malaysia berilmu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kursus Memperkasakan Jatidiri dan Kepimpinan UMNO Bahagian Ampang

Tarikh : 15-17 Mei 2009

Tempat: Institut Latihan Memperkasakan UMNO, Janda Baik

Kehadiran: 334 orang

Copy of CSC_2847

Para peserta kursus bergambar kenangan bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tn Haji Ahmad Hj Maslan

Copy of DSC_2671

Copy of DSC_2645

aktiviti bengkel

DSC_2852

Wakil Pemuda Jalan Enggang. Kami menghantar 3 orang wakil termasuk penulis….

DSC_2844

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

PRK Penanti: BN Tak Payah Tanding

1. Hari ini BN akan mengumumkan pendirian sama ada akan bertanding atau tidak di DUN Penanti

2. Dalam banyak2 PRK yang telah diadakan sejak PRU tempohari hanya satu kerusi sahaja BN menang iaitu di Batang Ai, Sarawak. Yang lain, tewas.

3. Perang psikologi, PR nampaknya menjadi. Bila orang cakap soal PRK…sudah tentu orang kata PR yang menang…..mereka mula mendabik dada…

4. Seharusnya, mana2 PRK yang diadakan atas sebab kematian penyandang kerusi tersebut sahajalah yang patut BN bertanding.

5. Soal lawan tetap lawan, kalah atau menang…..itu bukan persoalannya….Persoalannya ialah sampai BILA BN nak masuk perangkap PR yang diketuai oleh DS Anwar Ibrahim…..??

6. Bila nk bertanding, kena fikir juga tindakan yang perlu diambil…jangan disebabkan kononnya maruah supaya tidak tercalar akibat tidak bertanding….tetapi hakikatnya…sekiranya tewas di dalam PRK..MARUAH BN lagi teruk tercalar…..

7. Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang, berpendapat dan mencadangkan agar BARISAN NASIONAL tidak bertanding pada PRK Penanti.

8. Kami mencadangkan juga agar BN memberi sokongan penuh kepada calon Bebas yang akan bertanding pada PRK Penanti.

9. Carilah satu TITIK PERTEMUAN dengan calon2 bebas yang mana masing2 sudah MUAK dengan mainan politik PKR.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nik Aziz tidak tolak kemungkinan berlaku sogokan dalam PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku sogokan atau pemberian sagu hati dalam kempen pemilihan calon parti itu ketika ini.

Nik Aziz berkata adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS sematamata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.

“Mungkin benar sudah berlaku unsur itu. Kalau tidak tak kan keluar tuduhan begitu dan nasihat saya ambil duit dia (calon tersebut) tapi jangan undi dia. Biar dia rasa perit buat begitu.

“Gerunlah kepada Allah S.W.T kerana dalam Islam mengharamkan rasuah dan saya kecewa jika perkara ini berlaku,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, semalam.

Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.

Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

“Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.

“Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza,” katanya.

Sabtu lalu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian PAS mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.

Sementara itu, Nik Aziz menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti.

“Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melagalagakan pemimpin untuk jawatan itu,” katanya.

Beliau berkata Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam sehingga ke peringkat global.

“Selagi beliau sihat kita terima kepimpinan dia. Kalau beliau buat salah kita tegur seperti mana saya sangat suka orang tegur kesilapan saya dengan besertakan fakta.

“Saya sudah serik berlawan dalam parti seperti mana saya menentang tok guru Haji Husin Rahimi sebagai Ketua Dewan Ulama pada tahun 60an dulu tetapi kalau lawan Umno sampai bilabila pun saya sanggup,” katanya.BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Apa cerita…politik wang dalam PAS?

Menjelang Muktamar Agung PAS, Jun ini, sudah ada cerita-cerita yang tidak sedap didengar berlaku dalam proses pemilihan parti tersebut.

Jika selama ini PAS mengaitkan UMNO dengan amalan rasuah politik, kini gejala itu dikatakan berlaku dalam PAS.

Pendedahan tersebut bukanlah didedahkan oleh orang luar parti itu tetapi oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamad Daud Iraqi sendiri yang menyatakan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan parti itu pada muktamar yang akan diadakan di Shah Alam tersebut.

Mengulas mengenai pendedahan itu, Ahli Lujnah Politik PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun ini menggesa pucuk pimpinan parti tersebut menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh Mohamad Daud itu.

Katanya, pendedahan itu memeranjatkan ahli-ahli parti dan memperlihatkan seolah-olah PAS sama dengan parti-parti lain.

“Jika dakwaan itu tidak benar, dan beliau (Mohamad Daud) sengaja mengada-adakan cerita, maka tindakan wajar diambil terhadap beliau,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata demikian di Kota Bharu sebagai mengulas pendedahan Mohamad bahawa ada individu tertentu yang sanggup memberi ‘hadiah’ kepada perwakilan menjelang muktamar agung parti itu.

Menurut Abdul Fatah, Mohamad Daud yang mendedahkan perkara itu perlu membuat laporan rasmi supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang terbabit.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Zambry kekal MB hingga kes rayuan didengar

Mahkamah Rayuan di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah.

Sehubungan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga kes rayuan itu didengar.

Hakim Datuk Ramly Ali berkata, mahkamah akan menetapkan satu tarikh kelak untuk mendengar rayuan Zambry.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Krisis Perak: Tidak Perlu Bubar…Tapi Bentuk Kerajaan Campuran

1. Tahniah buat DS Nizar kerana menjadi MB semula.

2. Terima Kasih DS Zambry atas segala usaha yang dilaksanakan semasa memegang jawatan MB Perak..

3. Tidak lupa juga buat EXCO2 lantikan BN dan PR…terima kasih dan tahniah…

4. Pada hemah penulis, krisis Perak berlaku atas sikap rakus politik…tak kira di pihak BN ataupun BN..

5. Segala krisis ni boleh diselesaikan dengan baik sekiranya pihak2 yang berkenaan berkompromi sesama sendiri dengan meletakkan keutamaan kepada rakyat dan bukannya jawatan.

6. Soal siapa MB, siapa Speaker…itu hanya jawatan…yang penting ialah kebajikan rakyat dijaga….

7. Mengapa perlu dibubarkan DUN sedangkan umum tahu, ia merupakan satu proses yang akan membazirkan wang dan masa rakyat…..

8. Tidak ada cara lain lagikah utk selesaikan masalah di Perak ini.

9. Penulis ingin mencadangkan agar DS Nizar dan DS Zambry selaku ‘kepala’ PR dan BN di Perak…agar duduk semeja berbincang kemungkinan utk menubuhkan satu kerajaan campuran PR/BN…DS Nizar ada jawatan MB…dan DS Zambry ada suara majoriti dalam sidang DUN.

10. Masing2 saling memerlukan…Tidak salah jika Speaker dari BN, MB dari PR..yang penting…dalam melaksanakan tugas…buang ‘baju’ yang dipakai…sama ada BN atau PR

11. Tidak salah sekiranya kerajaan negeri Perak boleh menjadi ‘role-model’ kepada negeri2 lain….

12. Buang sifat hasad, tamak dan gila kuasa….UTAMAKAN RAKYAT…Ini asyik mementingkan ideologi parti masing2..mangsanya??…adalah rakyat…

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda