penulisan dari seorang yang taksub kepada anti kerajaan perpaduan

Petikan mstar

MUKTAMAR PAS yang ke-55 telah berakhir semalam. Namun begitu izinkan saya membuat komentar terakhir tentang apa yang berlaku di sepanjang perjalanannya, terutama berkait dengan pemilihan parti yang menyaksikan apa yang disebut sebagai pertembungan golongan ulama dan profesional.

Golongan ulama dalam PAS dikatakan mendokong idea kerajaan perpaduan, sementara golongan profesional pula menentangnya dan digelar pula sebagai Erdogan yang bermaksud pro-Anwar.

Tetapi benarkah begitu? Umum mengetahui bahawa Presiden PAS sendirilah, Haji Hadi yang membentangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ini, umum juga mengetahui cadangan ini adalah lanjutan dari siri muzakarah sulit Umno-PAS, yang pada masa itu tidakpun melibatkan Haji Hadi. Bukan juga satu rahsia di dalam PAS yang gagasan asal tentang kerajaan perpaduan ini tidak datang dari cetusan pemikiran Haji Hadi.

Soalnya dari siapa? Dari ulamakah? Wajarkah dikatakan ulama PAS menyokong kerajaan perpaduan? Semata-mata kerana idea ini mendapat sokongan Dewan Ulama PAS? Semata-mata kerana beberapa kerat pemimpin PAS yang sentiasa berkopiah dan dipanggil ustaz menyokongnya?

Sedangkan PAS Perak yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Awang, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tegas supaya semua rundingan dengan Umno dihentikan! Pesuruhjaya PAS Pahang pula, Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang ulama-cendekiawan, telah mewartakan komitmennya selepas ini untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Yang paling mengujakan, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, ulama tersohor dari Kedai Lalat yang menerajui PAS Kelantan, menganggap idea kerajaan perpaduan ini adalah mengarut!

Siapa ulama? Mengikut Kamus Besar Bahasa Indonesia, keluaran Departemen Pendidikan Nasional, Republik Indonesia, ulama ditakrifkan sebagai orang yang ahli dalam hal atau dalam pengetahuan agama Islam. Kata kunci di sini adalah “ahli” yang dalam bahasa inggerisnya disebut expert.

Mengikut peringkat pengajian formal, selain untuk kursus-kursus profesional, seseorang itu akan mencapai taraf ahli, expert atau ikhtisas bila dia berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafahnya (PhD).

Dengan mengabaikan dulu sistem pengajian lain yang tidak formal, maka bagi sesiapa yang berlatarbelakangkan pendidikan formal dalam pengajian Islam, dengan mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda mahupun sarjana, sefaham saya mengikut takrif Kamus Besar Bahasa Indonesia belumlah layak dipanggil ulama.

Lalu, setelah mentelaah dalam-dalam akan perkembangan mutakhir dalam PAS ini, saya mendapati bahawa ini sebenarnya bukanlah pertembungan golongan ulama dan profesional yang tulen, juga bukan pertembungan Islam konservatif dan Islam liberal, atau Kaum Tua dan Kaum Muda.

Ia lebih kepada kehendak sekumpulan dalam PAS mahu bercomolot dengan Umno, ini dibuktikan dengan muzakarah sulit PAS-Umno, sementara sekumpulan lagi menentangnya. Gagasan kerajaan perpaduan hanya muncul kemudiannya sebagai usaha mengakademikkan skandal muzakarah tadi, dengan harapan ia akan dibincangkan secara akademik juga, bukan secara emosi.

Sebagai jalan mewajarkan idea ini di pandangan umum, khususnya aktivis PAS dan penyokong Pakatan Rakyat, maka hakcipta terpelihara kerajaan perpaduan ini ditempelkan sebagai milik golongan ulama, sambil berharap ia akan mengundang hormat.

Sementara bagi kalangan pimpinan PAS yang menentang idea kerajaan perpaduan ini, terus akan dilibas dengan belantan profesional dan Erdogan.

Dituduh golongan profesional akan membawa konotasi bahawa golongan ini menganut faham liberal, dan dikata Erdogan adalah cubaan untuk menuduh golongan ini tidak wala’ (taat) kepada pimpinan parti sendiri tetapi kepada pemimpin luar (baca: Anwar Ibrahim).

Ini adalah taktik politik Syiah, bila ada kalangan yang mengkritik doktrin anutan Syiah, mereka akan segera dituduh sebagai Wahabi, dan panjang lebarlah tulisan menceritakan keburukan Wahabi, tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapat dokongan golongan Sunni secara politik.

Golongan yang menempel sticker ulama di kopiah mereka ini tahu akan sentimen kuat akar-umbi PAS terhadap pembawa gelar ustaz, lebai, kiai dan tok guru, dalam pada itu mengambil kesempatan atas ketidakselesaan sesetengah pemimpin PAS dengan kepimpinan dan penguasaan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat, apalagi dengan sejarah Anwar dalam Umno satu ketika dahulu yang pernah merendah-rendahkan PAS dan juga sikap Anwar yang terkadang dilihat agak liberal.

Akhirnya menanglah golongan ini seperti yang ditunjukkan oleh Nasharuddin Mat Isa kerana berjaya mempertontonkan kepada perwakilan bahawalah merekalah, seperti didakwa, golongan yang paling suci-murni.

Sedangkan golongan “ulama sebenar” dalam PAS dilihat tidak pula bising-bising dalam hal ini, bahkan sangat menghormati bai’ah mereka dalam Pakatan Rakyat. Sesekali mereka bersuara pedas juga, bukan kerana strategi politik, tetapi lebih kepada mahu menghentikan sikap tikam belakang beberapa kerat pemimpin PAS terhadap rakan pimpinan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak sendiri mengakui yang niat asal beberapa kerat pemimpin kanan PAS bukan sekadar menggagaskan kerajaan perpaduan yang konon katanya tidak bermaksud Umno dan PAS berpadu, tetapi sememangnya mahu bercomolot, berdakap dan berpeluk, khususnya dalam kes Negeri Perak selepas Pilihanraya Umum 8 Mac tahun lepas.

Siapakah pemimpin kanan PAS yang menghubungi Ustaz Ahmad Awang? Saya ada satu cerita, “kepimpinan tempel sticker ulama” ini banyak cuba ditonjolkan ketika PAS berjaya merampas Terengganu dalam Pilihanraya Umum 1999.

Kesempatan kedudukan Haji Hadi sebagai peneraju dan Menteri Besar Terengganu ketika itu dipergunakan sepenuhnya untuk mempromosi doktrin suci-murni ini, apalagi dengan imej Haji Hadi sebagai Tuan Guru dan ulama tegas yang sangat dihormati.

Soalnya siapakah orang di belakang Haji Hadi yang merencana semua ini. Adakah mereka ulama, atau sekadar memakai pakaian ulama? Saya bertanya begini kerana satu hari dalam tempoh pemerintahan PAS ini, saya telah ke Kuala Terengganu, seingat saya kerana ada program bersama Anwar Ibrahim. Sesampai saya di kawasan program, lebih tepat di Batu Burok, yang menarik perhatian saya bukanlah orang-ramai yang berpusu-pusu, atau kelibat Anwar Ibrahim itu sendiri, tetapi adalah deretan kenderaan milik pemimpin-pemimpin PAS.

Kemewahan kenderaan-kenderaan tersebut mungkin sedikit mengujakan, namun yang lebih memeranjatkan adalah semua kenderaan yang saya lihat itu menggunakan special plate number, PASXXXX, PASYYYY, PASZZZZ dan pelbagai lagi.

Hari ini baru saya sedar, rupanya pemimpin PAS pun ada nafsu… kalau tidak mereka tentu tidak pandai mahu bercomolot, berdakap dan berpeluk, dengan Umno pula tu…

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “penulisan dari seorang yang taksub kepada anti kerajaan perpaduan

  1. Elok sangatlah tu. Memberikan satu gambaran yang tepat mengenai istilah ulamak dan golongan profesional. Bahawa terdapat sebahagian kepimpinan dalam PAS yang sengaja menggelarkan diri mereka ulamak, padahal sarjanapun belum mereka miliki. Gulungan profesional!!!bidang apa agaknya Sdr Kamarudin Jaafar bergelar peofesional?
    Namun perkara yang sangat mustahak ialah istilah “perpaduan” yang diungkitkan disini. Tanpa membuang masa untuk mentaarifkannya, saya teruskan bicara ini mengenai kebutuhan “perpaduan” dikalangan bangsa melayu dewasa kini. Apakah perlu? Lantas saya jawab ia adalah satu keperluan yang sangat mendesak. Kerana jika tidak tertunai perpaduan itu, samada melayu dalam PAS, atau UMNO atau dimana jua pun ia, kehancuran bakal mendatanginya. Ketika itu kita hanya umpama melukut ditepian gantang. Orang lain memamah segala harta dan kekayaan serta kekuasaan. Dan kita dipermainkan dalam dunia diplomasi yang entah kita sendiri tidak tahu dari mahu ia dilahirkan. Apakah ketika itu diplomasi itu membawa kebaikan untuk penerusan perjuangan bangsa dan agama, atau memburukan lagi suasana?
    Sama-samalah kita lihat, selahi kita bergelar manusia yang bernyawa. Belum berkubur didalam tanah sedalam dua hasta. Amin…..

  2. ariefsaid

    saya bersetuju dengan pendapat saudara

  3. Bakal PM

    Wahai penyokong2 puak Edorgan… korang ni memang bebal… memang x boleh terima apa sahaja qada dan qadar Allah… bila Allah mengangkat golongan Ulama jgnla kamu pertikaikan… mengapa kamu tidak dapat menerima bahawa diri kamu ditolak oleh perwakilan… mengapa kamu tidak mencerminkan semula diri kamu… dah terang2 kamu hanya menjd balaci dan memperjuangkan Mat Jenin 16 sept yg gilakan kuasa… maka elok benarla kamu ditolak kerana kamu hanya membawa kemusnahan ekoran kerana kamu telah pun lari dari perjuangan menegakkan islam… yg kamu nak tegakkan adalah kuasa untuk org2 kafir biaDAP dan kesengsaraan untuk anak2 melayu yg beragama islam.. oleh itu sama2lah kita bersyukur kerana dgn izin Allah Tuan Guru Hadi Awang diberi kekuatan untuk terus berjuang menegakkan islam dan menyatupadukan org melayu sama ada didalam PAS atau pun UMNO… Allhamdulillah…

  4. ruyom

    I hope everyone studies this carefully crafted article by Awang Selamat (Utusan), one of the best apologists and spin doctors Umno has to offer us, and reflect on the cynicism, hypocrisy and corruption that opportunists hope might appeal to backwards feudal mentalities so beloved of those who walk the corridors of power in Putrajaya.

    Let us examine the Awang Selamat article.

    When Awang Selamat writes the malays have been betrayed, then he is keeping very good company indeed. Adolf Hitler repeatedly wrote the Germans have been betrayed by the minority Jews. Karadzan Milosevic repeatedly said the Serbians have been betrayed by the minority Bosnians.

    Robert Mugabe repeatedly said the Zimbabweans have been betrayed by the foreign West. The BJP regularly say that the Hindus have been betrayed by the minority Muslims.

    Nevertheless I am certain that the Malays nowadays are not as uninformed as Awang Selamat and his political masters in Umno would like to believe.

    The fact is, Malaysia is fast becoming another basket case country – and the most important thing if you can’t fix the problem or won’t fix the problem is that – Umno can still make sure they win the next elections by fixing the blame.

    There is rampant theft by Umno elites, wholesale corruption by Umno cronies whereby the rich and connected malays are entitled to rob the poor and everybody else under the guise of social justice via the NEP, Umno nepotism in the leadership selection process, a fixed judiciary by Umno, a fixed police by Umno and a fixed electoral commissions by Umno.

    Why should Umno leaders fix the problem when they are getting richer by the minute via corruption, cronyism and nepotism?

    Awang Selamat like other Utusan hacks have been hired to do the job for Umno – make sure Umno can fix the blame onto the non-Malays via a good dose of racist rhetoric, scare mongering, hate mongering, bigotry and ethnic xenophobia – straight from the serious and weighty editorial section of Utusan.

    They all have been victims – the minority Bosnian Muslims in the former Yugoslavia, minority Jews in Nazi Germany, minority Muslims in BJP India, minority whites in Zimbabwe and of course, the minority non-Malays in Malaysia.

    There are no prizes for guessing who is being prepared for the role of the fall guy, scapegoat and bogeyman by Umno in Malaysia – it is Hindraf, the Bar Council, Bersih, DAP, PAS and PKR.

    Adolf Hitler, Karadzan Milosevic, Robert Mugabe, BJP and Umno gangs all have one thing in common – they became obscenely powerful, filthy rich while their countrymen suffered, starved and died for it.

    All the while their leaders shouted – traitor this and traitor that – as if the louder they shouted the more easily their lies could be believed.

    Luckily there are a lot of Malay-Muslims in Malaysia who think for themselves, and not swallow everything Utusan tells them to. How stupid do Umno spin doctors think the rakyat have become?

    As for rich Umno elites getting contracts and scholarships, and poor bright non-Malay students not even getting a place in our higher institutes of learning, this is Umno version of social justice – what a joke, what a travesty, what a monstrous lie.

    The fact is Umno cannot make enough money to support their mansions, exotic cars, and wives without stealing from you and me – so Umno version of social justice will always be Umno steals from everybody – you should know by now Umno loves stealing from the poor because the poor are just such easy targets – Malays, Chinese, and Indians – semua di makan oleh Umno – sedapnya!

    Awang Selamat appears aggrieved that today generation of Malay Muslim leaders might actually believe in freedom, equality and fraternity. He might be upset that some Malay Muslim leaders are trying to preach goodwill and compassion to everyone – regardless of race or creed.

    I suppose this is a shocking betrayal of Umno apartheid policies where in Malaysia today you can be threatened, mollycoddled, scapegoat-ed or jailed strictly on the basis of your ethnic origins.

    As a word of caution, I am sure the boys at Utusan will mix it up for their readers – sound conciliatory at some times and then sound racist xenophobic at other times – because even the most stupid people will be able to see through their ploy.

    So recently when Muhyiddin ostensibly tells Utusan off in public for being too racist, what he actually means is this – You Utusan hacks are fooling nobody so please change tactics for now – later when the climate is more conducive, then you can try being racist again!

    Whether the average Malay thinks Awang Selamat is talking sense or nonsense, it is immaterial to me as I have already emigrated to a country where they insist on equal citizenship, equal opportunity, inter racial solidarity, freedom of speech, rule of law, and freedom of religion – and they insist you get it for free.

    Although I love my place of birth, and I am used to racial and religious idiocy from people like Awang Selamat, I see no good reason why my children should have to put up with the same institutionalised racism in a rapidly declining Third World basket case like Umno apartheid Malaysia.

    In future, it won’t really matter if the next generation become university graduates or not because the Malaysian public universities will be so rotten that the degrees will be just worthless pieces of paper. What future will the kids have then?

    The fate of Malaysia will always be in the hands of the malays. I hope they will choose wisely but then again, it is way too late for me and my family, because I am busy creating a life for myself abroad.

    With people like Awang Selamat to lead the way for Umno, in spite of the pain of separation from old friends and family in Malaysia, and loneliness I feel abroad, I smile to myself every time I read Utusan, because I definitely know I made the right decision leaving for a country abroad that actually has a future.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s