1Malaysia dilancar besar-besaran

Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Jun ini.

Program yang dijangka disertai 10,000 orang terdiri dari kalangan anggota Kabinet, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin Sabah dan Sarawak, pemimpin parti-parti pembangkang serta perwakilan golongan muda itu akan memperjelaskan kepada umum pendekatan dan gerak kerja gagasan tersebut.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, mesyuarat Kabinet hari ini memberi lampu hijau supaya gagasan itu dilancarkan bermula pukul 8 pagi.

“Di situ nanti, lambang dan lagu 1Malaysia akan dilancarkan secara rasminya.

“Signifikannya pelancaran ini adalah supaya dapat memperjelaskan kepada khalayak tentang konsep, kaedah, pendekatan dan gerak kerja 1Malaysia yang disusun setiap masa agar mencapai matlamat Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Pihak kementerian sedang menyusun serapi mungkin pelancaran program ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Gagasan 1Malaysia diumumkan Najib April lalu bagi meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, banyak pihak mengemukakan pelbagai tuntutan atas nama 1Malaysia yang jika diamati lebih menjurus kepada faedah kaum tertentu sahaja dan bukannya untuk semua anggota masyarakat.

Ahad lalu, Najib berkata, gagasan 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau tersirat.

Kata Perdana Menteri, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru sebaliknya matlamat akhir gagasan iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “1Malaysia dilancar besar-besaran

  1. tubir

    Tutup sekolah cina dan india dan boleh berbahasa melayu dengan baik sebagai satu kemestian .1 malaysia akan tercapai dengan sampurna dan baik .TPM kena tegas dan berani sebagai menteri pelajaran …..Kita dah lama buat kesilapan inilah masa nya buat pembetulan .Ingat marah orang melayu masih belum redalagi terhadap umno …..

  2. kw

    Dear Tubir,

    By your logic, for 1Sekolah, ultimately 1Malaysia to be successful, do close down not only chinese and tamil school, but also MRSM and Sekolah Agama, and integrate all of them into Sekolah Kebangsaan.

  3. ariefsaid

    sekolah agama takpayah tutup…since its a religious school not race based school…

  4. mrj

    everything ,balancing is needed..
    kalau tak ada keseimbangan ,semua benda boleh hancur..no need to close the tamil,or chinese school..
    just attract them to join us.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s