Daily Archives: June 12, 2009

Status ADUN Jawi mirip 3 bekas wakil Pakatan Perak?

Apakah surat letak jawatan tanpa tarikh yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Pulau Pinang, Tan Beng Huat akan menerima nasib sama yang dialami tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak awal Februari lalu?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat memberikan pendiriannya buat masa sekarang kerana belum menerima apa-apa makluman rasmi tentang wujudnya kekosongan daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

“Kita belum menerima apa-apa makluman (tentang kekosongan kerusi) daripada Speaker.

“Jika SPR menerima makluman daripada Speaker, SPR akan meneliti dan mengesahkan kesahihan kandungan surat letak jawatan berkenaan,” kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi mStar Online.

Tan telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng atas arahan DAP Pulau Pinang.

Lim mengarahkan surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri itu mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti, kata Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

“Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti,” katanya.

Ketua Bahagian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Tan berkata, beliau akan membiarkan kepada parti untuk memutuskan nasibnya dan sedang memikirkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Teh.

“Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah,” katanya.

Ketika mengulas lanjut tentang isu berkenaan, Aziz memberitahu: “Ini adalah urusan dalaman parti politik… bagi kami di SPR, apabila menerima surat (letak jawatan) daripada Speaker, kami akan menganalisis dan melihat surat letak jawatan itu, adakah tulen ataupun sebaliknya.”

Dalam keadaan kes tiga ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang di Perak, jelas Aziz, wujud keraguan berhubung kesahihan surat letak jawatan dan surat penafian oleh ketiga-tiga wakil rakyat terbabit.

“Surat letak jawatan cuma dua perenggan tetapi surat penafian ada kepala surat, diturunkan cap dengan penjelasan panjang,” katanya.

Ketiga-tiga ADUN berkenaan menafikan mereka telah meletakkan jawatan dengan menegaskan bahawa memang ada menandatangani surat letak jawatan sejurus selepas pilihan raya Mac 2008.

Sedangkan isu letak jawatan itu timbul awal Februari lalu.

Ekoran keraguan itu, SPR memutuskan bahawa status ADUN ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan kekal dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Notis makluman kekosongan ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dikemukakan oleh Speaker DUN.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hari tu Penanti….kali ni…mungkin JAWI pulak….

tak habis2 dengan PRK….meluat tgk dengan Pakatan Rakyat!!!

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi – kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela “sebagai tanda bertanggungjawab” terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai “jaminan” sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda