Zaid Ibrahim masuk PKR

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat dari Umno akhir tahun lalu telah memutuskan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ia diumumkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan sempena Kongres Nasional Khas parti itu di sini hari ini.

“Satu berita yang menggembirakan berkuat kuasa hari ini… satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita… perkembangan sangat positif untuk PKR,” kata Anwar.

Zaid juga hadir pada kongres hari ini yang diadakan untuk membincangkan pindaan perlembagaan parti.

Anwar berkata, penyertaan Zaid akan berkuat kuasa sebaik sahaja penerimaan permohonannya ditandatangani oleh Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Malah Zaid juga akan dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan Biro Politik PKR, kata Anwar.

Anwar menambah, beliau akan memaklumkan penerimaan Zaid pada mesyuarat Pakatan Isnin.

Difahamkan Zaid juga akan diberikan peranan untuk memperkukuhkan Pakatan.

Zaid sebelum ini merupakan ahli Umno dan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 atas tiket Barisan Nasional.

Beliau dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Bagaimanapun pada 15 September tahun lalu, Zaid bertindak meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wartawan di bawah ISA sebelum itu.

Beliau selepas itu mencetuskan kontroversi dalam Umno selepas dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang dan akhirnya dipecat daripada Umno pada 2 Disember kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan etika parti.

Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dan percaya “dengan perjuangan parti berbilang kaum.”

“Saya percaya kalau beri peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan kepimpinan lain yang berminat dan berhasrat kukuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.

nota: tak dapat cari makan dalam UMNO…merajuk…terus masuk PKR

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Zaid Ibrahim masuk PKR

  1. Palohotox

    Mungkin Makanan dalam umno dah lemau ataupun basi dah sampai menteri pun sanggup letak jawata.. Hmm sendiri mau pikir bro..

  2. tubir

    Dia letak jawatan kerana tak boleh dan tak tau nak buat kerja .Sebab selama ini dia ni hidup dengan hasil membodek …….Pergi mampus lah sama zaid ni . Umno tak rugi apa apa .seorang pergi seribu lagi daftar masuk umno Tau .Kita tengoklah nanti PRU 13 kemana pakatan rayaat terhumban ……Nanti kita lihat lah berduyun duyun terjun masuk UMNO Dan BN …….Masa tu semua buruk PR akan terkeluar ……..Dikala itu ketua Umum dah tak ada …….Faham faham aja lah ……..Kembang jarak kembang jagung …….PR kalah masuk gaung …..

  3. apai kosas

    melayu yang bernama zaid ni patut tak di perdulikan, jadi ketua bahagian menyeleweng, jadi menteri, menteri yang sewel, ni jadi pembangkang. senyumla bro anuar dapat lauk baru

  4. hahah

    nota: tak dapat cari makan dalam UMNO…merajuk…terus masuk PKR
    ——————–
    Dia letak jawatan kerana tak boleh dan tak tau nak buat kerja .Sebab selama ini dia ni hidup dengan hasil membodek …….Pergi mampus lah sama zaid ni . Umno tak rugi apa apa .seorang pergi seribu lagi daftar masuk umno Tau .Kita tengoklah nanti PRU 13 kemana pakatan rayaat terhumban ……Nanti kita lihat lah berduyun duyun terjun masuk UMNO Dan BN …….Masa tu semua buruk PR akan terkeluar ……..Dikala itu ketua Umum dah tak ada …….Faham faham aja lah ……..Kembang jarak kembang jagung …….PR kalah masuk gaung …..

    ————————-
    melayu yang bernama zaid ni patut tak di perdulikan, jadi ketua bahagian menyeleweng, jadi menteri, menteri yang sewel, ni jadi pembangkang. senyumla bro anuar dapat lauk baru

    …………………………

    baru tau pemimpin UMNO selama nie.. lu pikir la sendiri… Kenapa masih Duduk Dalam Umno ???

    • Bakal PM

      Sebab utama kami masih duduk dalam UMNO kerana org yg mcm zaid dah masuk PKR… maknanya yg buruk dah keluar dr UMNO… jd UMNO skarang adalah parti yg bersih setelah yg kotor menyertai parti pembangkang…. ucapkanlah syukur….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s