Pakatan tolak idea kerajaan perpaduan dengan Umno-BN

Pakatan Rakyat yang mengadakan mesyuarat sejam Majlis Pimpinan tengah hari tadi, menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan membabitkan Umno-BN.

Idea itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hujung tahun lalu dan muncul semula ketika muktamar tahunan parti itu awal bulan ini.

Membacakan kenyataan selepas mesyuarat itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:

“Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat,” katanya.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Anwar; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Anwar menambah, pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh timbalan-timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung parti komponen Pakatan.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menjadi tumpuan isu idea kerajaan perpaduan khususnya di kalangan ahli PAS tidak hadir dalam mesyuarat hari ini.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok tidak kelihatan di Parlimen hari ini.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Pakatan tolak idea kerajaan perpaduan dengan Umno-BN

  1. zackdanial

    Kesian BN , Tak ada org nak layan . Tak pe kan ada PPP , Gerakan dan MIC . BN akan kukuh .

    Memandangkan PR tolak BN , kenapa tak BN bersekutu dgn Parti Komunis Malaya pulak . Jadikan Chin Peng penganti Ong Tee Keat .

    Hidup BN .

    • Bakal PM

      Bebal punya zack…
      ceritanya mcm ni… adala org tua nyanyuk memohon kerjasama dgn UMNO… sebab kesian dan baik hatinya UMNO maka org tua nyanyuk tu dilayan la untuk tidak mengecilkan hati si tua nyanyuk tu… lepas tu akibat penyakit nyanyuk yg melampau si tua nyanyuk ni terlupa bahawa dia yg terhegeh2 nak kan kerjasama… maka ia bertemu dgn si peliwat dan si penyangak memohon idea untuk putar belitkan ucapan… akhirnya si nyanyuk ni membuat kenyataan menolak kerjasama… bodoh dan memalukan kemaluan sendiri… ibarat si tua nyanyuk pergi meminang lepas tu belum ada kata putus si tua nyanyuk sendiri kata pinangannya dia tolak sendiri… kesimpulannya dah tua2 pemimpin hamPAS… dah terlalu nyanyuk… dah boleh tukar baru…

  2. tubir

    Ini tidak mengejutkan kerana ianyaan . hanya gimik dari parti pas.Perkara sebegini sudah dijangkakan sedari awal lagi .Pas menerima tekanan dari dalam dan luar partinya sendiri.Tekanan dari pakatan rayaat yang berteraskan kebencian ,dendam anwar terhadap umno begitu menebal sehingakan mengatasi segalanya .Haji hadi tersepit oleh tindakanya.Anwar begitu bongkak ketika mengumumkan pendirianya.ditambah pula dengan kehadiran DAP yang secara terang terang memusuhi islam .Dengan orang seperti ini yang nik aziz bangakan untuk berkerjasama?.
    sudah lah tuan guru nik aziz …….saya berasa meluat dengan tuan guru…..yang takbur…….Hidup bukan untuk menongkat langit ,Hina sangatkah nak berbincang dengan orang umno ?Mulia sangatkan DAP dan KEADILAN?Mengikut kiraan saya pakatan rayaat akan tersungkur didalam PRU yang akan datang …….saya mendoakan .
    Pas lebih mengalami kerugian dari keuntungan didalam soal ini.

  3. Palohotox

    Ko ni cakap syiokk sendiri.. Yang lemas sekarang bukan PAS/PAKATAN .. umno tu dah nak bekuboq dah sedara.. Entah 2 tak sempat pun next PRU..
    Itu yang buat muka tak malu tiba2 belembut dgn PAS sebab perlukan talian hayat.. Nasib baik ada Nik Aziz defendkan pendirian PAS.. Ramai orang tak nampak satu2nya cara umno/BN ni nak survive ialah berpecahnya pakatan rakyat.. Syukur bende tu tak jadi.. sorryle brader kena cari taktik lain.

  4. pakatan pembangkang ni mmg tulul sket..dgn org melayu islam x nk berkerjasama..dgn kapir ley lak..PAS ni da jauh menyimpang dari agama..kebaikan pun x nk trime…

    anakmelayu30.blogspot.com

    support bro!!

  5. Saudara Budiman Palohotox….

    Salam, yang mohon talian hayat bukan UMNO.Yang mohon talian hayat adalah DS Hadi dan Nasa!. Bukan UMNO. Apapun kamu burukan UMNO, parti ini tetap akan berkuasa di pilihanraya akan datang. Bagi UMNO “Kerajaan Perpaduan” seperti “Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari”!!!. Yang retak tunggu belah sekarang adalah parti Pas yang sudah hilang halatuju dalam politik. Puak golongan ardogan dan ulamak berebut kuasa demi kepentingan nak dapatkan jawatan. Parti pas adalah sebuah Parti Politik Islam yang tertua di Dunia. Perjuangan Pas selama lebih 51 tahun di negara ini masih tak kesampaian hajat Kenapa?. Dari segi politik, jika Pas ingin menjadi dominan, Pas terlebih dahulu perlu mempunyai kerusi parlimen yang mencukupi.Parti pas pada masa ini cuma mempunyai 24 kerusi parlimen, 8 di kelantan, 6 di Kedah, 3 di Trengganu, 2 di Perak, 4 di Selangor dan 1 di wilayah persekutuan. Parti Pas perlu mencontohi UMNO sekurang-kurangnya 78 kerusi parlimen.DAP 28 kerusi dan PKR 31 kerusi. Bolehkah DAP dan PKR sedia memberi kerusi kepada parti Pas di Pilihanraya akan datang?. Apakah Pakatan rakyat sedia memberi mandat kepada Parti Pas untuk menerajui kerajaan persekutuan sekiranya pakatan rakyat berjaya merampas kerajaan persekutuan pada PRU akan datang?. bagi orang pas jangan mimpi siang hari.

    Niat UMNO adalah ikhlas dalam perjuangan kuasa politik Melayu di negara ini. Di Negara ini keseluruhan umat Islam hanya 60% perlu bersaing dengan lebih 40% bukan Islam. Dalam ertikata yang lain 55% jumlah rakyat Bangsa Melayu yang penduduk asal negara ini perlu berebut kuasa politik di tanah air mereka sendiri dari warga-negara immigeran. Kuasa ekonomi seperti sedia maklum telah pun beraleh ke tangan bukan Melayu sebelum negara ini Merdeka. Apabila kuasa Melayu berpecah tiga iaitu Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR serta satu kumpulan keempat ia itu Melayu yang tidak mewakili mana-mana parti politik, kuasa Melayu berada dalam keadaan yang amat genting. Keadaan ini wujud kerana perebutan kuasa di antara pemimpin-pemimpin Melayu itu sendiri. Bukan dari orang lain. Maka orang Pas dari sekarang fikirlah bagaimana nak melangkah mayat DAP dan PKR untuk memimpin negara ini.

  6. ASSALAMUALAIKUM SEMUA !

    sekupag tertarik dengan kepala hotak hang! yang sesuai denan namanya diamana masih jauh ketinggalan, kesian kesian, kesian teman doakan supaya mindanya bertambah sihat dan hilangkan pengaruh hitam yang mula bertapak, hitam tu spesis BEBAL memang payah benor nak di repair

    semua orang tahu memang tak kan jadi kalau lidah biawak ni, cakap dana salahkan UMNO tentang hudud tapi bila ada peluang gabungkan persefahaman bermakna peluang untuk laksanakan dah ada, tapi kita tahu kata orang perak ‘dema sembang jer’ itulah hakikatnya mesti cari jalan untuk selamatkan tembolok sendiri, kesian segelintir yang haloba menjaga kedudukan sendiri orang lain yang jadi koran termasuk kepalahotak hang ni, kesian…kesian bukan senang nak pulih, jenis ni oun sebenarnya ada keuntungan, tu sebabnya dia defand giler-giler. spesis ni dah penuh virus… tu sebab pemikiran dia penuh dengan merosakkan, walaupun kita tahu untuk duduk semeja berbincang memang susah dapat peluang, tapi kita juga tahu sebabnya selalu tak jadi kerana pemiiran kepalaa-kepala ni akan bagi keputusan yang tentunya menyelamatkan tengok masing-masing tanpa memikirkan tanggungjawab yang wajib, ramai-ramailah kita doakan supaya mereka kejalan yang benar, allah memakbulkan doa orang yang terinaya, sekali mungkin tidak tapi bila doa beribu kali mungkin dalam satu dimakbulkan.. maka insyallah akan dijadikan, apapun allah juga maha mengetahui.. kita cumaberusaha…amin

    sekupangdua masih lagi mengingati bila separuh pembakar api neraka adalah terdiri dari mereka-mereka yang alim dan berupa warak kerana mereka sebenarnya adalah orang yg menggunakan islam untuk kepentingan sendiri, astaghafirulazim!

    jengokler http://sekupangduas.blogspot.com/

  7. Palohotox

    Salam Sedara2..

    Baik korang satukan dulu orang2 dalam Umno tu.. Cube tgk elok2 kat Terengganu nuh.. Sampai sekarang tak setel2 lagi.. Kes stadium runtuh pun senyap macamtu jer.. Pesal media hangpa buat pejam mata jer..
    Kalau nak cakap kat cni tak habis sedara.. Setau aku orang yang selalu amik untung ni hidup dia senang lenang , rumah besor kete besor , rambut bini pun ‘besor’.. So lu pikir le sendiri sape yg amik untung and nak jaga kedudukan kat cni..
    Kalau aku di beri pilihan untuk ‘setia’ kepada pemimpin aku takkan pilih pemimpin yang bini dia berambut besar ,suka cium lelaki lain dan hidup bermewah2 menghabiskan reta rakyat.. Sudah tentu pilihan aku pemimpin yang hidup dia sederhana sepertimana rakyat jelata..
    Mintak Allah bukakan hati orang2 yg Bebal ni supaya nampak mana yg benar mana yang ‘batil’..

    • Bakal PM

      wslm….satukan org UMNO adalah hal UMNO… x payah lah puak2 lidah bercabang nak tunjuk ajar… bukan apa ajaran kome tu bukan boleh diikut… yela kalau adik beradik kome, sekutu kome semuanya ok… semuanya halal, semuanya boleh… sekutu kome bogel terkangkang pun xpe, sekutu kome lidah bercabang pun takpe, makan rasuah x pe… pendek kata semua x pe… tp kalau org lain semua haram, semua kafir… so x payah nak mengajar org… aku dah nampak kehancuran parti poyo korang… bermulanya di perak, berjangkit di kedah dan tunggulah x lama lg di selangor… angan2 tinggal angan2 je la…

  8. waris79

    Lepas nie DAP akan membalas dendam di negeri selangor plak …tunggu dan lihat apa tindakan DAP di selangor…

  9. Salam semua!

    Kita akan mati dan semasa didalam kubur kita akan ditanya siapakah saudara kita.Ali,Ah Chong atau Arumugam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s