DAP Pusat sokong keluar Pakatan Kedah

DAP Pusat menyokong kepimpinan parti itu di peringkat Kedah yang semalam memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat ekoran kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan siri masalah sejak Mac 2008.

“Saya menyokong penuh dan memberi ‘perakuan’ ke atas keputusan untuk membawa keluar DAP daripada Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat,” kata Naib Pengerusi DAP, M. Kulasekaran ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, kepimpinan tertinggi DAP menyedari kewujudan isu-isu yang menjadi punca kepada perkembangan terbaru ini.

Difahamkan dalam apa juga kes membabitkan tindakan DAP negeri, keputusan mereka perlu memperoleh perakuan kepimpinan pusat iaitu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi membuat keputusan.

Sambil mengakui dua isu utama iaitu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar dan kuota 50 peratus ekuiti bumiputera dalam projek pembangunan perumahan yang dikuatkuasakan sejak September lalu, Kulasekaran berkata:

“Menteri Besar Kedah seharusnya dan sewajarnya telah menyelesaikan isu-isu ini.”

Beliau turut melahirkan kebimbangan masalah yang sama akan “menjangkiti negeri-negeri lain.”

“Kebimbangan saya ialah perpecahan di Kedah akan merebak ke negeri-negeri lain. Keadaan ini sudah tentu perlu dikawal.

“Sebelum kita mencari penyelesaian, kita perlu mencari punca masalah,” katanya.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

“Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah),” kata beliau.

nota: Alo Kawan….Kene ingat TAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MAKAN BABI..JADI PENUTUPAN LADANG BABI BUKAN SATU ISU!!!

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “DAP Pusat sokong keluar Pakatan Kedah

  1. muhariz

    Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
    ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.
    “Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh,” kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.
    Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.
    Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.
    Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.
    Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.
    Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.
    “Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu,” katanya.
    Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.
    Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.
    Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
    Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.
    “Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan,” kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.
    Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.
    “Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan,” beritahu Helmi.
    Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
    “Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan,” kata beliau.
    Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.
    “Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai,” katanya.
    Dipetik dari Malaysia Insider

    • Bakal PM

      Tahniah kerana PAS kedah mengambil langkah yg berani dan betul dgn menutup pusat sembelihan babi di kedah… cuma PAS perlu bertanya kpd dirinya sendiri adakah PAS sesuai bersekedudukan dgn DAP… sedarlah DAP tidak akan sesekali redha dgn tindakan PAS terutamanya berkaitan dgn isu2 agama islam dan org melayu… sedarlah sebelum terlambat…. Semoga PAS di kedah tidak menjadi seperti PAS di perak yg ditunggangi DAP…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s