Kerana BABI

1. Satu dunia berjaga2 dengan H1N1..

2. yang terbaru kerana babi juga DAP keluar dari Pakatan Rakyat Kedah…

“DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su ketika dihubungi mStar Online.

“Keluar, kami sudah buat keputusan… ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah),” kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Su berkata, ia merupakan antara beberapa isu yang tidak menemui penyelesaian walaupun dibangkitkan dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kata beliau, pihaknya akan memanjangkan keputusan itu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam waktu terdekat untuk pengesahan.

“Keputusan ini perlu mendapat pengesahan CEC,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Pusat DAP, Teresa Kok ketika ditemui di lobi Parlimen memberitahu, beliau menyedari tentang keputusan tersebut sebentar tadi.

“Mereka mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan negeri tidak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul… DAP Kedah mendapati banyak masalah masyarakat bukan Melayu tidak diselesaikan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada DAP akan membincangkan isu itu dalam waktu terdekat, Teresa memberitahu, perkembangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di sini esok.”

Advertisements

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Kerana BABI

  1. waris79

    Biasa la tu,ini semue nak minta lebih la nie..
    dekat selangor dah dapat RM 100 juta peruntukan untuk babi,tapi tak buat pun cuma nak tarikan perhatian kaum cina saja..
    kali nie kat kedah lak nak buat cam tu..
    camner leh ker bagi kat 10 kandang babi..hehehe
    baik PR kat kedah bagi jer buat banyak2 nanti hilang lak sokongan orang cina..
    biar orang melayu dapat hidu bau babi diserata kedah..

  2. waris79

    Dari mula kemenangan PR hanya cuba mengambil hati kaum cina yang boleh merubahkan keadaan mereka sekelip mata..
    kalau mereka tak dapat yang dihajati di MCA ataupun gerakan mereka berpindah lak kat DAP..
    sila ambil perhatian bagi orang melayu …
    bangkitlah..
    bersatu padu tak kira parti perlu bersatu…

  3. tubir

    Bagaimana yang diduga brother Anwar bin ibrahim atau singkatanya BABI mengatakan dan meyalahkan media kerana over report .kalau kena kat batang hidung dia orang inilah katanya .Kalau nak kenal siapa BABI sebenarnya ………Tunggu dan lihatlah ……….HemmmmmBABI …..hina sungguh kau ni .

  4. pas je yang buat tak faham..
    nak jadi pemerintah konon…
    bila lah agak nye org pas nak insaf…hajat di hati kalau menang p/raya 13 nanti boleh lah jadi tim pm ke..menteri ke…itu lah hajat pas yang sebenar nye…sanggup diperkuda oleh dap/pkr ..

  5. tokkmod

    Dah terang and nyata DAP & PKR bersenkokol dgn
    PAS ingat iklas ke.harapx PAS dapat kesedaran
    apa yg berlaku diKEDAH.Kerana ba…..bi DAP
    menunjokkan keangkuhannya itu baru pasal babi
    mogax PAS mendapat kesedaran .
    NI AH AKU NAK TANYA MU TAK PENAT KE
    DITONGGANG DAP & PKR atau mu tak merasanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s