DAP jangan ugut kerajaan Kedah – Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin memberi amaran kepada DAP agar mengubah pendekatan kerana tindak-tanduk parti itu akhir-akhir ini sudah mula dilihat seperti mahukan hanya suara parti itu sahaja didengari.

Beliau menegaskan, sebagai sebuah kerajaan pakatan, DAP harus belajar berkompromi walaupun dalam isu yang sensitif seperti mana yang dilakukan Pas dan PKR kerana jika tidak, muafakat yang sekarang ini tidak akan mampu bertahan lama.

Justeru, katanya, DAP tidak boleh lagi mengambil pendekatan sehala kerana ini membelakangkan semangat muafakat pakatan pembangkang sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa DAP kini mengongkong pakatan.

”Seperti dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar semalam, tindakan DAP mengugut kerajaan negeri Kedah seolah hanya mahukan suara dia saja didengar.

”Sedangkan ini tidak boleh, kita adalah pakatan, kita mesti ada kompromi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, dalam hal ini, tidak ada sebab untuk kerajaan negeri melayan ugutan DAP Kedah kerana isunya adalah jelas.

Katanya lagi, pusat penyembelihan itu telah beroperasi secara haram selama 30 tahun dan kerajaan negeri telah pun memberi peluang untuk pengusahanya berpindah ke tapak baru yang disediakan sebelum ia dirobohkan.

”Kita dah bagi peluang setahun, bukan tak ada peluang dan kerajaan bagi alternatif kepada pusat itu, tapi mereka yang enggan berpindah. Terakhir dalam taklimat, mereka minta tempoh lanjutan sebulan untuk pindah. Ini mereka sendiri yang minta, tapi tak pindah juga.

”Masyarakat sekeliling terutama orang Melayu makin marah, sebab dah capai persetujuan, tapi masih degil tak mahu pindah. Jadi kerajaan negeri Kedah ambil tindakan bijak dalam hal ini untuk jaga sensitiviti semua orang,” jelasnya.

Selain itu, Zulkifli juga mempertikaikan pendirian DAP yang tidak konsisten dalam membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan parti itu tidak bersuara langsung apabila ia digunakan ke atas pemimpin Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat.

Tegas beliau, sebaliknya, DAP hanya dilihat beria-ia membantah ISA apabila undang-undang berkenaan digunakan untuk menahan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

”Bila Mas Selamat ditahan, tak ada seorang pun bersuara. Jadi dia (DAP) mewakili kepentingan siapa? Kalau benar-benar tak setuju dengan ISA maknanya semualah, tak kiralah Uthayakumar ke, Teresa Kok atau Mas Selamat.

”Pas dan PKR, kita sama, bila Teresa kena pun kita tuntut beliau dibebaskan, Mas Selamat pun sama. Dan saya sendiri dalam kenyataan tuntut Mas Selamat dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah. Ini baru kita konsisten. Ini tak ada, senyap. Kita tahu persepsi rakyat yang ‘engkau’ ini mewakili siapa,” tegasnya.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “DAP jangan ugut kerajaan Kedah – Zulkifli Noordin

  1. baru tahu ke abang nordin yang DAP tu sebenarnya mewakili siapa?

    • Bakal PM

      tu la abg nordin…. org cakap x nak percaya… nanti abg nordin tukar ke UMNO ye… banyak bakti yg boleh disumbangkan kepada agama, bangsa dan rakyat…

    • mayat_hidup

      a’ah, DAP mmg mewakili org Cina…sblum da pakatan pun semua org dah tau….so sama ja mcm MCA dalam barisan..MCA pun mewakili org Cina gak…bukan DAP ja mntak yg bukn2, MCA pun dah byk mntak yg bukan2 kat krjaan kn…meritokrasi la…cuma xda sapa nak kecoh kat UMNO pun…

      • Bakal PM

        Beza MCA dan DAP….
        MCA bekerjasama dgn UMNO dan menghormati hak2 org melayu…
        biaDAP pulak nak menghapuskan keistimewaan org melayu dan memperkudakan rakan2 dalam pakatan yg lain…

  2. ATAS PAGAR

    Setuju ustaz 100%

  3. Salam.
    Kekecohan DAP – PAS di Kedah cuma satu ‘ set back’ yang sengaja di ditimbulkan. Ini adalah cara sering dilakukan dalam peperangan ia seperti pada pandangan orang tak bersatu tetapi mereka sebenarnya berlakun. Seperti semua orang tahu Parti DAP adalah satu parti yang paling kecil di negeri Kedah. Dap hanya mempunyai satu wakil DUN di Negeri Kedah. Parti DAP tidak akan berjaya lakukan apa-apa pun dalam masa akan datang di Kedah. Jadi kenapa huru-hara berlaku di Negeri Kedah…jawapannya PAS cuba untuk mengambil keyakinan pengundi Melayu diseluruh negara bahawa walau pun mereka bersatu dengan DAP tetapi mereka masih berani menentang DAP. Parti Pas tak mahu terjadi seperti di Perak Nijar mcm dicucuk hidung oleh DAP. Kalau Parti PAS ikhlas dengan perjuangan mereka menetang kekufuran kenapa perkara sama tidak lakukan di di Kelantan, Negeri Selangor dan Perak?.Robohkankanlah semua kandang babi atau tempat potong babi di negeri-negeri ini. Apa yang nak takutkan ?.Apakah parti Pas sedang gali lubang sendiri atau pun Mentri Besar-Menteri Besar Pas tidak dapat dikawal lagi oleh Pas Pusat…wassalam.

  4. Palohotox

    Haha.. Orang UMNO skang dah pandai buat analisis dah.. Tapi Mamak.. hang tetap pandai buat lawak..

    • Bakal PM

      yer… tg hang palohotox sampai la ni takde arah tujuan… terkapai2… sedar la dah lama lepas 16 sept 2008 … dah nak masuk 16 sept 2009 pulak x lama lg… hang tetap dgn angan2 kosong… ada cadangan x kita jadikan 16 sept sebagai hari lawak semalaysia… gantikan 1 april…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s