Manek Urai: PAS masih sedia bincang dengan Umno – Hadi

BERITA
Selasa Julai 7, 2009
PAS masih sedia bincang dengan Umno – Hadi

KUALA KRAI: PAS masih bersedia berbincang dengan Umno dalam hal politik dan ekonomi demi kebaikan negara, tetapi ia mahu berhati-hati sebelum berbuat demikian, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS akan menimbang terlebih dahulu perkara yang akan dibincang bagi mengelak pertemuan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan dan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Abdul Hadi mengulas pelawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno untuk berbincang dengan Dewan Muslimah PAS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai di Kampung Sungai Sok Isnin semalam.

Abdul Hadi sebelum ini menimbulkan polemik dalam PAS apabila menyuarakan hasrat membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno tetapi cadangan itu dibantah Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ditolak oleh kepimpinan pakatan PAS, PKR dan DAP.

Walaupun ada cadangan untuk berdebat oleh Nik Abdul Aziz dan wacana ilmiah oleh Dewan Pemuda PAS, sehingga hari ini belum ada pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS diadakan ke arah itu. BERNAMA

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Manek Urai: PAS masih sedia bincang dengan Umno – Hadi

  1. Salam,
    Pak hadi ini sudah jadi macam “Musang Berjanggut”…ha..ha..kejap ada kejap tak ada..Apa isu begini besar dan Perjuangan hak Melayu ini dijadikan iklan biskutkah?…puiiii…boring! dengan Ular dalam semak ini…atau orang paih panggil Ulamak!.

  2. Bakal PM

    Pak hadi ni kluarkan kenyataan begini x takut ker nanti lim cit chiang dgn nik ajis serta abg liuwat marah??? bukan aper karang x pasal2 kena pelempang… lupa ker aritu dah kena basuh teruk2 sampai timbalan pak hadi naik segan nak turun kelantan??? pak hadi ni sebenarnya mengaku jela yg pak hadi tu bukannya sesapa pun dalam hampas…. ibarat ada pun x pe xde lagi baik… buat namanya presiden tp bila kena sergah dah lembik… sian…. yg penting UMNO jugak yg berani…. syabas…

    • mayat_hidup

      BAKAL PM……
      UMNO BKN BRANI SGT…SKG DAH KURG SOKONGAN SBB 2 IYA2 SGT NAK SMBUT IDEA HADI 2…SBLM NI ADA NAK BNCG NGN PAS..??DULU HARI2 KUAR TV KUTUK PAS, SKG HARI2 KUAR TV CKA PAS KENA GUNA..KONON NAK AMBIK HATI LA….PNH BG CDGAN NAK BUAT KRJAAN CMPURAN NGN PAS D PERAK SBLM NI..??? LPS KALAH PRU ARI2 TRUS AJAK WAT KRJAAN CMPURAN…XDA TELOR LA WEI..??

      • Bakal PM

        Alo mayat…
        aku rasa mayat ni tak paham cerita la… UMNO memang parti yg ikhlas dan mementingkan perpaduan x kira la kaum mana pun yg penting perpaduan… Jd bila pak hadi ajak untuk berbincang UMNO sambutla… bukan apa saja nak kasi muka… alih2 pak hadi kena sergah dgn biadap …. apa lg terketar2la pak hadi… so batal la rundingan… yg sasau dalam cerita ni adalah pak hadi… kalau mat jenin punya hajat nak jd PM 16 sept hanya fantamorgana seperti yg dikatakan oleh dato seri najib mcm tu jugaklah hajat pak hadi sekadar angan2 yg x kesampaian… kesian… nak tunggu angan2 puak biaDAP pulak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s