BM dimartabat, BI dimantap

Kerajaan hari ini memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dimartabatkan dan Bahasa Inggeris (BI) dimantapkan di semua peringkat persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu Kementerian Pelajaran akan melaksanakan beberapa langkah untuk memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum mata pelajaran itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa.

“Ia akan dilaksanakan di kalangan murid melalui pendekatan modular bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

“Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

— BERNAMA

Advertisements

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “BM dimartabat, BI dimantap

  1. Salam,
    Saya kini lebih berminat dengan usaha selanjutnya daripada mereka yang berjuang atas dasar memartabatkan Bahasa Malaysia dengan membantah PPSMI kerana saya percaya, sehingga hari ini, TIDAK SEMUA rakyat Malaysia fasih berbahasa Malaysia.

    Saya mahu lihat usaha mereka ini berterusan sehingga Bahasa Malaysia betul-betul dimartabatkan sebagaimana yang dilaungkan ketika meminta kerajaan memansuhkan PPSMI.

    Terima kasih.

    ~ OnDaStreet.

  2. Ryzals

    Assalamualaikum Sdr,
    Sedarkah kita bahawa dengan dasar baharu ini kita telah memperlekehkan bahasa melayu bukannya memartabatkan sebagaimana kata YB menteri pelajaran. SJKC/T akan menggunakan bahasa mereka makanya apa yang ada pada bahasa Melayu?. Kenapa kerajaan takut untuk dengan tegas mewajibkan pembelajaran/pengajaran di semua jenis sekolah dlm bahasa Malaysia agar bahasa Melayu betul-betul dimartabatkan. Di mana konsep satu Malaysia. satu bahasa…entahlah Saudara harga politik untuk orang Melayu terlalu murah dan nilainya untuk orang bukan Melayu terlalu tinggi. Syabas Malaysia!

  3. shafifah

    Jemputan Majlis Bacaan Ratib Al-Attas & AsmaulHusna
    Tempat :Masjid Bandar Sri Damansara
    Tarikh : 10 Julai 2009 (Jumaat)
    Masa : Selepas Solat Maghrib
    Pimpinan Habib Hussin Alwi Al-Attas

    Masjid Al-Mukarramah,
    Jalan Saga SD8/1,
    Bandar Sri Damansara,
    52200, Kuala Lumpur.

    Semua muslimin & muslimat di jemput hadir

    http://pondokhabib.wordpess. com

  4. waris79

    Kali ini setiap wakil rakyat atau pun ahli parlimen perlu fasih berbahasa melayu..
    Bagaimana dengan mereka yang tidak fasih dengan bahasa kebangsaan pula, apa tindakan yang perlu diambil..
    jangan sampai nanti orang lain memperlekehakan bahsa kebangsaan kita kemudian kelak.

  5. Semasa Eropah berada dalam Zaman Kegelapan “Dark Ages” boleh dikatakan setiap hari saintis-saintis Islam semakin ramai hari menonjol dibidang sains dan teknologi didunia. Kenapa Saintis Islam lenyap begitu saja selepas 700 tahun?.. ini tajuk lain yang perlukan perbahasan. Yang menyedihkan di negara ini ialah sentiasa Dasar sistem pelajaran Negara bertukar. Setiap kali Menteri Pelajaran baru; membawa perubahan hanya secocok untuk masa dia memimpin kementeriannya saja. Kita tidak boleh salahkan Menteri yang tukarkan Sistem Dasar Pelajaran ini kerana ada saja tak kena dengan ahli politik pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati. Apakah pelajaran anak-anak kita pun dijadikan permainan politik mengikut selera ahli politik yang ingin menonjolkan diri dari kemelut bahasa yang murahan ini . Kita pasti ingat slongan-slongan “Bahasa jiwa Bangsa”…”Bahasa Kebangsaan” dan bermacam-macam agenda memartabatkan Bahsa Melayu dalam tahun -60an dulu.Tetapi apabila ahli politik bertukar dalam tahun -80an datanglah slongan ” Bahasa Malaysia” lepas itu “Bahasa Melayu”. Apakah tahun 2008 ini slongan ” Bahasa 1 Malaysia” pulak. Pemartabatan Bahsa Melayu yang lemah menjadikan Kaum Bukan Melayu rakyat ini semakin lama semakin jauhkan diri mereka dari Bahasa Kebangsaan ini. Apakah ini yang dikatakan DAP “Malaysian Malaysia” sehingga ada YB DAP tidak pandai berbahsa Melayu yang betul lagi…yang di atas jalan itu tak perlulah kita katakan…sakit hati kita nak dengar. Bangla yang tinggal setahun di negara ini pandai Berbahasa Melayu.

    Sampai bila negara ini tunduk pada puak-puak pendesak dan puak demontrasi jalanan yang suka mengawal Sistem Pelajaran anak-anak kita ini. Bukankah lebih elok mereka mengkaji sistem pembelajaran di Sekolah kebangsaan dan bandingkan dengan pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kenapa ramai ibubapa Melayu senang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Mandarin?. Pulihkan sekolah kebangsaan dan jadikan ia sebagai sekolah yang disegani oleh kaum lain. Tugas siapa ini?. Apakah ini tugas Menteri Pelajaran juga?. Apakah anak-anak Melayu gagal dalam pelajaran “Sains dan matematik disebabkan bahasa?. Apakah bahasa Melayu tak mampu jadikan orang Melayu cerdik?. Adakah bahasa memainkan peranan penting dalam “sains dan Matematik”. Bukankah bahasa Latin yang asal dalam Matematic dan Sains itu telah di alih bahasakan ke bahasa Inggeris. Kenapa ahli bahasa kita tidak lakukan perkara yang sama; ia itu alih bahasakan bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu?. Apakah fungsi ahli bahasa Melayu kita ini?. Bolehkah sekiranya pelajar-pelajar ini menguasai bahasa Inggeris atau Melayu boleh cemerlang dalam mata pelajaran matematik dan sains dan kita dapat wujudkan saintis-saintis terkemuka didunia dan ada yang layak dicalonkan dalam hadiah Nobel yang terkenal itu.Ada sesiapa boleh beri jaminan?.Kecerdikan seseorang itu bukan kerana Bahasa!. Ramai ahli sains berjaya adalah melalui ciptaan yang asli. Untuk mendapatkan karya asli perlukan bahasa yang asli bangsanya. Kita mengaku kita bangsa Malaysia dan mengaku Bahasa Kebangsaan kita adalah Bahasa Melayu tetapi kenapa martabat bahasa Melayu menjadi seperti ini. Selepas 700 tahun era Kegemilangan Islam produk saintis Islam telah terhenti.Cuma ada dua orang iaitu Dr.Abdul Salam dalam bidang Fizik (1979) dan Dr.Ahmad Zewail dan bidang kimia (1999) tertonjol di dunia dengan memenangi Hadiah Nobel yang termasyor itu. Apakah kedua-dua saintis ini dari sekolah rendah yang beraliran bahasa Inggeris?. Bukan kita tak boleh belajar Bahasa yang lain tapi kita boleh pelajari tetapi kecerdikan yang asli hanya datangnya dari pembelajaran bahasa yang asli di zaman kanak-kanak.

    Negara ini selepas lebih 50 tahun Merdeka kita masih lagi bertengkar “Bahasa yang mana satu yang boleh mencerdikan anak-anak Melayu atau anak – anak Malaysia?.Bagi orang sastera bahasa Melayu lebih penting dan bagi orang teknologi pula bahasa Inggeris lebih penting..tetapi kita tanya kedua-dua puak ini sasterawan-saterawan negara dan saintis-saintis Negara ini;apakah kedudukan diri mereka dalam kaca mata dunia?. Pernahkah mereka ini dipilih atau dicalonkan untuk hadiah Pulitzer atau pun Hadiah Nobel yang berperistej itu?. Apakah sasterawan-sasterwan negara ini sudah terasa diri mereka seperti karyawan teragong dunia yang disanjungi dunia seperti “Umar Payyam,Tagore,atau Leo Trostoy”?. Atau pun mereka ini cuma ahli politik murahan yang bersadurkan dengan gelaran “Sasterwan Negara” yang tidak pernah membawa kemana-mana Bahasa Melayu ini ke persada dunia!. Memartabatakan Bangsa dan Bahasa dua perkara yang berlainan. Dalam Perlembagaan Negara Bahasa Melayu dimartabatkan begitu tinggi. Perkara ini tidak boleh dihapuskan sama sekali walaupun 100 tahun lagi. Jadi apa yang kita perlu bertengkar. Memartabatkan Bahasa Melayu disamping itu belajarlah Bahasa Arab ke, Bahasa Perancis ke atau Bahasa Mandarin ke… atau juga bahasa yang penting untuk komersial…tak perlu bertegang leher seperti sekarang. Peranan memartabatkan Bahasa Melayu adalah tanggung jawab Sasterawan Melayu; tetapi memartabatkan Bangsa Melayu pulak tanggung jawab ahli politik Melayu tak kira dia dari UMNO, PAS atau PKR. Kedua pihak ini mempunyai tanggung jawab tersendiri. Pihak ahli politik janganlah campurkan politik kedalam isu bahasa dan ahli bahasa pulak jangan campurkan isu bahasa dalam politik. Maka wujudlah satu “nuetral ground” untuk perbincangan dan solusi DASAR PELAJARAN NEGARA untuk yang kekal selama-lamanya untuk masa depan cucu-cucu dan anak-anak kita semua. Wassalam.

    • Bakal PM

      Mari ramai2 sergah sasterawan yg berdemontrasi dijalanan untuk memartabatkan bahasa melayu kononnya dgn mencabar mereka sebagai sasterawaan mengalih bahasakan istilah2 yg terdapat dalam sains dan matematik kedalam bahasa melayu… jgn sekadar cerdik bersastera dan demontrasi sedangkan sumbangan mereka sebagai sasterawan tidak mencerminkan gelaran mereka yang sebenarnya… jd sebelum membantah tunjukkanlah dulu jalan penyelesaiannya… dr bergolek kat jalanan eloklah berkumpul di meja sama2 usaha menterjemahkan istilah2 yg terdapat didalam sains dan matematik ke bahasa melayu….

  6. kutu kepala

    mamak penang telah menterjemahkan satu kupusan yang amat bagus, amat bernas dan penuh dengan fakta… pertukaran dasar-dasar ini bukan hanya berlaku di dalam kementerian sahaja, malah berlaku di setiap organisasi kerajaan. Setiap kali berlaku pertukaran pemimpin, setiap kali itulah berlakunya pertukaran dasar… kita tidak mempunyai satu dasar yang konsisten di dalam pentadbiran sesuatu kementerian… wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s