Siasatan awam cari punca kematian Teoh

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock.

Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:
Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

nota: semoga semua pihak menerima segala keputusan dengan sebaiknya

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Siasatan awam cari punca kematian Teoh

  1. tubir

    biarlah polis membuat sisatan dan mencari punca kematian teao jangan ada pihak cuba menganggu gugat tugas polis itu.dengan melimparkan tuduhan terhadap SPRM tampa menunggu sisatan selesai adalah satu tindakan yang dilihat amat terancang dan bermotif jahat. Ada pihak dengan sengaja mempertikaikan kewibawaan polis didalam menjalankan tugas dan menghasut orang ramai dengan memutarbelitkan fakta .Polis kena bertindak untuk menghentikan ini semua dengan kadar segera dan tegas,Jangan berlengah dan memberikan terlalu banyak masa untuk menisahat golongan ini .Polis kena bertindak tampa mengira siapa orang dan kedudukan nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s