Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Mohd. Hamdan Abd, Rahman meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 7.15 pagi setelah dimasukkan ke IJN Isnin lalu.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas Asar di Masjid Kampung Permatang Pasir. DUN Permatang Pasir berada dalam Parlimen Permatang Pauh.
nota: walaupun PAS menganggap UMNO itu musuh mereka..kita di barisan UMNO jgnlah memusuhi mereka…mari kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham..