Monthly Archives: July 2009

BM dimartabat, BI dimantap

Kerajaan hari ini memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia (BM) dimartabatkan dan Bahasa Inggeris (BI) dimantapkan di semua peringkat persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu Kementerian Pelajaran akan melaksanakan beberapa langkah untuk memantapkan penguasaan kedua-dua bahasa itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam usaha memartabatkan Bahasa Malaysia, kementerian akan melaksanakan transformasi kurikulum mata pelajaran itu di sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa.

“Ia akan dilaksanakan di kalangan murid melalui pendekatan modular bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

“Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum BM sekolah rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

— BERNAMA

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Manek Urai: PAS masih sedia bincang dengan Umno – Hadi

BERITA
Selasa Julai 7, 2009
PAS masih sedia bincang dengan Umno – Hadi

KUALA KRAI: PAS masih bersedia berbincang dengan Umno dalam hal politik dan ekonomi demi kebaikan negara, tetapi ia mahu berhati-hati sebelum berbuat demikian, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata PAS akan menimbang terlebih dahulu perkara yang akan dibincang bagi mengelak pertemuan itu memberi kesan negatif kepada parti berkenaan dan sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Abdul Hadi mengulas pelawaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Wanita Umno untuk berbincang dengan Dewan Muslimah PAS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berceramah pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai di Kampung Sungai Sok Isnin semalam.

Abdul Hadi sebelum ini menimbulkan polemik dalam PAS apabila menyuarakan hasrat membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno tetapi cadangan itu dibantah Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ditolak oleh kepimpinan pakatan PAS, PKR dan DAP.

Walaupun ada cadangan untuk berdebat oleh Nik Abdul Aziz dan wacana ilmiah oleh Dewan Pemuda PAS, sehingga hari ini belum ada pertemuan antara pemimpin Umno dan PAS diadakan ke arah itu. BERNAMA

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Manek Urai….cadangan kepada Kumpulan Penceramah/Pemidato BN/UMNO

1. umum sudah tahu….Manek Urai…satu lawan satu….

2. BN lawan PAS..Tuan Man lawan Ahmad Fauzi…

3. Kumpulan Penceramah Elit BN dan PAS semua bertandang ke Manek Urai bagi tujuan berkempen supaya calon masing2 menang…

4. Penulis ingin mencadangkan kepada BN agar kurangkan berkempen secara ceramah….

5. Sebaliknya kempenlah dengan cara berdialog…komunikasi dua hala….bukan satu hala seperti ceramah kelompok atau ceramah umum…

6. Cara ini dapat merapatkan lagi BN dengan rakyat…..

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DAP jangan ugut kerajaan Kedah – Zulkifli Noordin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin memberi amaran kepada DAP agar mengubah pendekatan kerana tindak-tanduk parti itu akhir-akhir ini sudah mula dilihat seperti mahukan hanya suara parti itu sahaja didengari.

Beliau menegaskan, sebagai sebuah kerajaan pakatan, DAP harus belajar berkompromi walaupun dalam isu yang sensitif seperti mana yang dilakukan Pas dan PKR kerana jika tidak, muafakat yang sekarang ini tidak akan mampu bertahan lama.

Justeru, katanya, DAP tidak boleh lagi mengambil pendekatan sehala kerana ini membelakangkan semangat muafakat pakatan pembangkang sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan rakyat bahawa DAP kini mengongkong pakatan.

”Seperti dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar semalam, tindakan DAP mengugut kerajaan negeri Kedah seolah hanya mahukan suara dia saja didengar.

”Sedangkan ini tidak boleh, kita adalah pakatan, kita mesti ada kompromi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata, dalam hal ini, tidak ada sebab untuk kerajaan negeri melayan ugutan DAP Kedah kerana isunya adalah jelas.

Katanya lagi, pusat penyembelihan itu telah beroperasi secara haram selama 30 tahun dan kerajaan negeri telah pun memberi peluang untuk pengusahanya berpindah ke tapak baru yang disediakan sebelum ia dirobohkan.

”Kita dah bagi peluang setahun, bukan tak ada peluang dan kerajaan bagi alternatif kepada pusat itu, tapi mereka yang enggan berpindah. Terakhir dalam taklimat, mereka minta tempoh lanjutan sebulan untuk pindah. Ini mereka sendiri yang minta, tapi tak pindah juga.

”Masyarakat sekeliling terutama orang Melayu makin marah, sebab dah capai persetujuan, tapi masih degil tak mahu pindah. Jadi kerajaan negeri Kedah ambil tindakan bijak dalam hal ini untuk jaga sensitiviti semua orang,” jelasnya.

Selain itu, Zulkifli juga mempertikaikan pendirian DAP yang tidak konsisten dalam membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan parti itu tidak bersuara langsung apabila ia digunakan ke atas pemimpin Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat.

Tegas beliau, sebaliknya, DAP hanya dilihat beria-ia membantah ISA apabila undang-undang berkenaan digunakan untuk menahan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

”Bila Mas Selamat ditahan, tak ada seorang pun bersuara. Jadi dia (DAP) mewakili kepentingan siapa? Kalau benar-benar tak setuju dengan ISA maknanya semualah, tak kiralah Uthayakumar ke, Teresa Kok atau Mas Selamat.

”Pas dan PKR, kita sama, bila Teresa kena pun kita tuntut beliau dibebaskan, Mas Selamat pun sama. Dan saya sendiri dalam kenyataan tuntut Mas Selamat dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah. Ini baru kita konsisten. Ini tak ada, senyap. Kita tahu persepsi rakyat yang ‘engkau’ ini mewakili siapa,” tegasnya.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nik Aziz mungkin terlupa..meh kita ingatkan dia semula

Siapa yang mudah lupa? Datuk Nik Aziz Nik Mat,Dr Syed Hussin Ali atau Datuk Zaid Ibrahim?
Kalau bagi orang politik biasa kita memang boleh cincai kata…itu biasalah orang politik.Namun bagi status seorang ulama ia mungkin lain ceritanya.

Agendadaily kebelakangan ini menerima banyak panggilan telefon dari pembaca yang bertanya apakah Mursyidul Am PAS itu lupa apa yang pernah dikatanya tentang Presiden Rakyat Malaysia Dr Syed Hussin Ali yang kini Timbalan Presiden PKR.

Menjelang pilihanraya umum 2004 terdapat ura-ura pihak pembangkang nak letak Dr Syed Hussin bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.

Namun ia tidak kesampaian.Nik Aziz berkeras menolaknya.Alasan beliau PRM ialah parti sosialis.Menurutnya sosialis ialah adik kepada komunis.

Mereka hairan bagaimana Nik Aziz kini boleh terima PKR yang Timbalan Presidennya ‘ adik kepada komunis’.

Ini bila mana Menteri Besar Kelantan itu cop UMNO parti macam komunis yang jadi polimek sekarang.

Mengenai Zaid pula lebih sensasi.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang juga bekas Ahli Parlimen BN Kota Bharu selama sepenggal pernah dicop oleh PAS sebagai kafir.

Waktu polimek tentang hukum Hudud dulu Zaid bukan saja telah mempertikaikan mengenainya tetapi pada tahun 2002 beliau mengemukakan saman di mahkamah kerana Kerajaan Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud.

Dr Syed Hussin dan Zaid mungkin tak lupa.Siapa tau mungkin Tok Guru yang lupa…-30/6/2009 -agendadaily

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DAP Pusat sokong keluar Pakatan Kedah

DAP Pusat menyokong kepimpinan parti itu di peringkat Kedah yang semalam memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat ekoran kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan siri masalah sejak Mac 2008.

“Saya menyokong penuh dan memberi ‘perakuan’ ke atas keputusan untuk membawa keluar DAP daripada Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat,” kata Naib Pengerusi DAP, M. Kulasekaran ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, kepimpinan tertinggi DAP menyedari kewujudan isu-isu yang menjadi punca kepada perkembangan terbaru ini.

Difahamkan dalam apa juga kes membabitkan tindakan DAP negeri, keputusan mereka perlu memperoleh perakuan kepimpinan pusat iaitu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi membuat keputusan.

Sambil mengakui dua isu utama iaitu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar dan kuota 50 peratus ekuiti bumiputera dalam projek pembangunan perumahan yang dikuatkuasakan sejak September lalu, Kulasekaran berkata:

“Menteri Besar Kedah seharusnya dan sewajarnya telah menyelesaikan isu-isu ini.”

Beliau turut melahirkan kebimbangan masalah yang sama akan “menjangkiti negeri-negeri lain.”

“Kebimbangan saya ialah perpecahan di Kedah akan merebak ke negeri-negeri lain. Keadaan ini sudah tentu perlu dikawal.

“Sebelum kita mencari penyelesaian, kita perlu mencari punca masalah,” katanya.

Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

“Ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah),” kata beliau.

nota: Alo Kawan….Kene ingat TAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MAKAN BABI..JADI PENUTUPAN LADANG BABI BUKAN SATU ISU!!!

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kerana BABI

1. Satu dunia berjaga2 dengan H1N1..

2. yang terbaru kerana babi juga DAP keluar dari Pakatan Rakyat Kedah…

“DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su ketika dihubungi mStar Online.

“Keluar, kami sudah buat keputusan… ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah),” kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.

Su berkata, ia merupakan antara beberapa isu yang tidak menemui penyelesaian walaupun dibangkitkan dan dibawa kepada perhatian kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

Kata beliau, pihaknya akan memanjangkan keputusan itu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP dalam waktu terdekat untuk pengesahan.

“Keputusan ini perlu mendapat pengesahan CEC,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Jawatankuasa Penganjur Pusat DAP, Teresa Kok ketika ditemui di lobi Parlimen memberitahu, beliau menyedari tentang keputusan tersebut sebentar tadi.

“Mereka mengambil keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan negeri tidak menyelesaikan masalah-masalah yang timbul… DAP Kedah mendapati banyak masalah masyarakat bukan Melayu tidak diselesaikan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada DAP akan membincangkan isu itu dalam waktu terdekat, Teresa memberitahu, perkembangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di sini esok.”

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda