Isu arak: PAS Selangor desak Ronnie Liu dituka

PAS Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.

Jawatan Exco kanan itu kini disandang oleh Ronnie Liu dari DAP.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebentar tadi.

“PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

“PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan,” katanya.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.

“Perkara ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri esok… Exco PAS akan bawa isu ini,” katanya.

Dalam pada itu menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Bagaimanapun menurut beliau, langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.

“PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya di sisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam.

Oleh itu jelasnya, PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.

Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.

Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa diperingkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Deraf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.

“Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga,” katanya.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Isu arak: PAS Selangor desak Ronnie Liu dituka

  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    ps : Blog anda dalam senarai blog GPMS pilihan di blog kami

  2. tubir

    Kominis dan pelampau tidak boleh berkerja sama walupun dibawah pengawasan si pembelit dan bapa segala pembohong serta pelakun terhebat melaya ….ha a ha nak harap siapa lagi ….Menteri besar yang hanya besar cakap ja tapi tak ada kote …..buat malu orang islam ja …..pui…

  3. tubir

    keapa nak pecat ronnie ?ia kan dipileh oleh orang ramai termasuk orang melayu didalam pakatan rayaat. Sekarang kenapa orang pas nak bising bising .itulah lain kali jangan bergabung dengan sitan dan jembalang yang bertopingkan manusia .DAP dah terang terang memusuhi islam ,pas masih juga nak berkerja sama dengan DAP.parti keadilan rayaat sebuah parti songsang yang tiada tumpuan dan arah tuju untuk membangunkan negara,apa yang parti keadilan ada hanya lah cita cita pemimpin nya yang ingin sangat nak jadi perdana menteri malaysia .Kepada orang orang islam dan melayu selangor fikir fikirkan lah ……………jangan menang sorak negeri tergadai……………………….dan kepada anak anak muda ……..tingalkanlah PKR tu…..jangan buat kerja bodoh …………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s