Nik Aziz kata ahli UMNO takkan masuk syurga!!

semakin jahat mulut nik aziz ni!!

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

“Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.

Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. BERNAMA

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “Nik Aziz kata ahli UMNO takkan masuk syurga!!

  1. Ida Bakar

    Did he really say that? If so where is the independent source? Would you be kind enough as to provide the link. Bernama link is not acceptable as it is most likely another BN-UMNO mouthpiece.
    I despair.

    (This is written in English. No need to do a Rais Yatim on this)

  2. awangku

    Ya, begitulah. kalau dasar UMNO itu sendiri berlawanan dengan Islam, macam mana nak masuk syurga. Tak perlu marah-marah. Kalau nak masuk syurga turutlah dasar-dasar Islam. kan gitu.

  3. Afif

    Ahli Umno bukan sahaja tak masuk Syurga, malah akan ke neraka bersama Firaun, Qarun, dan orang2 Yahudi….

    • Setahu saya iman, pahala, dosa, syurga dan pahala hak allah swt. Sejak bila hak itu telah di berikan kepada PAS. Kalau gitu rukun islam ada enam:
      1) mengucap dua kalimah syahadah
      2)solat lima waktu
      3)puasa bulan ramadan
      4)zakat
      5)menunaikan haji jikalau mampu
      6)Menjadi Ahli atau undi PAS!
      tolong komen tuan guru yang mulia!

  4. Palohotox

    Haha.. Lawak betul ada orang membuta tuli buat komen lepas baca paper2 nyamuk ni..
    Kepada sapa2 yang nak menilai sendiri, sila bukak Youtube.. takde tapis2 punya, paham dan nilai sendiri apa Nik Aziz cakap.. Setakat ambik kesimpulan bodoh macam ni buat anda makin tak berakal..

    Wassalam

  5. Pas Tidak Harus disokong – Bukan Parti Alternatif Umat Islam dan Melayu

    PAS memperalatkan Islam

    Kerana mengunakan islamlah PAS bertaahan sampai hari ini- hidup mati selama mana orang masih keliru dengan tipu helah PAS. Meletak sama taraf Agama dengan parti adalah perbuatan syirik. UMNO memperalatkan parti untuk Islam, PAS memperalat Islam untuk parti.

    UMNO ALAT PARTI UNTUK ISLAM
    PAS ALAT ISLAM UNTUK PARTI

    Ingatlah;

    Islam agama yang paling tinggi tidak ada yang lebih tinggi dan mulia darinya…

    Salam Perjuangan..

  6. Palohotox

    Memperalat Parti Untuk Islam ke hapanye..
    Untuk membesarkan perut kroni2 ade lee..

    Wassalam..

  7. Acidic

    Nik aziz mcm da nyanyuk jek.. Tuka la kepimpinan PAS tu..

  8. pihak3

    Iman Al-ghazali dalam kitabnya berbunyi, Orang yang telah mencapai darjat dan mendapat keredhaan Allah SWT, tidak akan mendustakan ayat2 Allah SWT apatah lagi menghakimi manusia lain tentang syurga dan neraka…kerana dikhuatiri dirinya juga termasuk dalam golongan orang yang rugi…

  9. Che Kak,

    Apa bagus PAS,

    Isu beer kat selangor pun tak tak buleh nak handle..Ikot jer Pakatan..S.Aku sokong Hasan Ali yang mula2 tuh..lepas tuh..hasan ali ke..khalid samad .. tok guru ke haji H ke..semua tenggelam..mana Islam..

    Yang lain2 buat renungan

    1) Surruh Tun Mahathior undur kata dah nyanyuk tua..sendiri..
    2) Isu pembinaan Putrajaya bazir wang rakyat..la ni senyap, sebab apa, dah terbukti bawak keuntungan kepada M’sia..sekarang beriya-2 lak nak pergi Putrajaya..
    3) Isu masuk tak masuk syurga..Siapa Tuhan..Rasulallah pun tak pernah kata gitu..Kita Islam saudara
    4) Isu bar council..mana ahli parlimen PAS..tang ni aku respect Zulkifli Nordin..aku tahu pendirian dia nih..pernah gi ceramah dia..tapi tak sama kem ngan aku…orang baik..aku alu2kan dia masuk UMNO..tolong PM sekali..

  10. Palohotox

    Salam Che Kak..

    Nabi dah cakap.. Kalau nak selamat ikut jalan dia..
    Nik Aziz bukan cakap dia boleh tentukan sapa masuk Syurga ke Neraka. Dia cuma panjangkan pesanan Nabi..

    Untuk pedoman..

    Daripada Abdullah bin Mas’ud melaporkan,
    Nabi Muhammad menggariskan satu garisan dengan kayu yang dipegangnya. Kemudian beliau berkata, “Inilah jalan Allah dan jalan yang betul. Beliau membuat garisan lagi di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian beliau berkata, “Jalan-jalan ini tidak ada satu pun daripadanya melainkan ada syaitan yang mengajak ke arahnya.” Kemudian Nabi Muhammad membaca ayat Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya inilah jalanku, jalan yang betul maka ikutlah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain, nanti kamu bercerai berai dari jalannya.”
    (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal)

    Kini, amaran Nabi Muhammad itu benar-benar berlaku. Apabila umat Islam memandang ringan pada ajaran Islam, mereka tidak bersungguh-sungguh berpegang dan menyelesaikan masalah melalui cara Islam. Akhirnya, mereka mudah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang direka kerana kejahilan dari dalam. Begitu juga gangguan daripada niat-niat jahat musuh yang berpura-pura mengaku Islam. Mereka juga mencampurkan ajaran Islam dengan ajaran-ajaran yang diambil dari luar. Semua fahaman ini mempunyai pengikut. Mereka sanggup mempertahankan pegangan mereka dengan bersungguh-sungguh malah sanggup mengorbankan apa sahaja.

    Wassalam.

  11. kuntoss

    kalau dah akidah tak betul nak masuk syurga macam mana???/

  12. Hazidi

    Saya setuju dengan kapta kata Nik Aziz, beliau bukannya mengatakan orang itu atau ini tidak masuk syurga. Yang beliau kata kalau orang itu begini begitu maka orang itu tidak masuk syurga, itu cuma memanjangkan ajaran Rasullullah S.A.W.
    Yang saya musykil, bagaimana pula kalau seseorang itu bersekongkol dengan orang yang terang terang mengatakan tentangannya terhadap Ajaran Islam? Atau pun pemerintahan Islam?

Leave a comment