Teng, Santiago ‘serang’ Hasan

Pesuruhjaya PAS dan ahli Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sengaja menumpukan kepada isu remeh-temeh di negeri itu sebagai percubaan untuk merosakkan reputasi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pentadbirannya, dakwa Speaker Selangor, Teng Chang Khim.

Malah Teng dalam serangan paling pedas ke atas Exco dari PAS itu berkata, Dr Hasan cuba untuk menggambarkan Khalid sebagai seorang yang tidak cekap, tidak tegas dan tidak berkemampuan dalam melaksanakan tugasnya.

Menurut Teng, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan beberapa bulan kebelakangan ini menunjukkan yang beliau mahu menyusahkan Khalid dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Dan ini dilakukan oleh Dr Hasan secara terancang dan sistematik, kata Teng lagi.

Beliau menambah, Dr Hasan pada mulanya membantah pelantikan Low Siew Moi sebagai pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), diikuti dengan tindakan mengeluarkan kenyataan meminta Khalid menjelaskan berhubung dakwaan pembelian lembu bagi kawasan parlimennya menggunakan wang kerajaan negeri dan penggunaan kenderaan peribadinya sebagai kereta rasmi Menteri Besar.

Teng berkata, Dr Hasan kemudiannya menimbulkan kekecohan berhubung penjualan arak di Selangor dan yang terbaru, ‘serangannya’ terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago juga berpendapat, tindakan Dr Hasan bertujuan melemahkan Khalid dan pentadbirannya.

Menurut Santiago, sebagai Exco, Dr Hasan tidak akur dengan tanggungjawab bersama yang diamalkan di negeri itu.

Katanya, Dr Hasan cuba sedaya upaya untuk menggambarkan dirinya sebagai jaguh dan suara kepada kaum Melayu di negeri itu.

Dengan pergolakan yang sedang berlaku ini kata Santiago, Dr Hasan berharap beliau dapat menuntut jawatan Menteri Besar daripada Khalid.

Sementara itu, Teng berkata, serangan terbaru Dr Hasan terhadap Selcat juga turut disertai penipuan-penipuan besar.

“Beliau menuduh saya berkata yang Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin tidak efektif dan tidak layak memegang jawatan itu.

“Saya tidak pernah berkata perkara seperti itu,” kata Teng.

Beliau menambah, Dr Hasan pada mulanya berkata, hakim-hakim yang telah bersara sepatutnya dilantik sebagai ahli Selcat namun kemudian menafikan perkara itu.

“Beliau juga berkata, Selcat mesti dianggotai oleh orang-orang yang dihormati dan boleh dipercayai. Adakah beliau bermaksud yang panel pada masa ini tidak cukup dihormati dan dipercayai?,” kata Teng.

Menurutnya lagi, selepas mengkritik Selcat, Dr Hasan tidak pernah sekalipun menghubungi beliau untuk membincangkan isu itu.

“Beliau ada nombor (telefon) saya tapi masih belum menghubungi saya walaupun sekali sejak dua minggu lalu,” katanya.

Teng berkata, ini merupakan sesuatu yang ironik memandangkan Dr Hasan merupakan orang pertama yang menghubungi beliau bagi membincangkan mengenai penubuhan kerajaan campuran selepas pilihan raya umum tahun lalu.

“Beliau boleh menghubungi saya pada ketika itu tetapi tidak pada masa ini,” kata Teng.

Malah katanya, Dr Hasan tidak mempunyai hujah yang kukuh untuk menyokong apa sahaja isu yang cuba dicetuskannya.

Beliau meminta supaya siasatan Selcat dijalankan secara tertutup bagi melindungi integriti pegawai-pegawai yang akan disoal siasat, namun integriti perlu diuji dan bukan dilindungi, kata Teng.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Teng, Santiago ‘serang’ Hasan

  1. Assalamualaikum Semua,

    selamat raya dan posa enam. sekupang minta maaf lah jika ada yang menyentuh hati dan perasaan semua, maaf zahir dan batin,
    rasa-rasanya banyak yang dah jadi macam di aturkan, malah dah bosan dengar cerita yang kita tau ending nya, kadang-kadang terasa macam ada episod dan pilot serta endingnya sama jer, macam dibuat-buat lak, hari ni gadoh…tup..tup…esok dah geng (berbaik lak)
    kadang-kadang macam nak tutup kes hangat… kes yang lagi besar, apalah sangat isu lembu dengan kes aljubri, kes rm2 boleh kesyurga, kes nik ajis yg semakin nyanyok… Mula-mula gadoh lepas berbaik lak, tengok sendiri kat kedah isu babi hangat kononnya bertekak sampai DAP nak keluar Pakatan…aleh-aleh Brader kit datang selesai, isk isk macam nak berbunuh tapi last-last jadi kamcing lak….. yang hilang dari kesimpulan isu ialah…. fokus sebenarnya tempat baru terus lulus,
    rasanya taktik ni memang dijadikan satu propaganda dan resolusi bagi kelebihan otak terutama DAP dan PKR, cuma orang melayu terutama di PEMUDA EGGANG yang memang sedar atau maklum,

    itu yang dramanya DAP tapi bezanya PKR tang lain lak, dia (aljubri) sibuk nak sabit kesalahan ahli DUN nya dengan rasuah dan salah guna kuasa tujuan bagi mereka (ADUN PKR) angkat kaki dan blah kecuali Yb Jamulluddin dan Yb (K) Osman jailu yang mula sedar dengan taktik aljubri yang menyangka kedua-dua mereka boleh dibalacikan, yang peliknya sepatutnya dikecam kerana ADUNnya yang punya perangai haram jadah, sebaliknya digunakan kesempatan ni oleh sijubri mencipta kononnya gelombang rakyat yang rata-rata dibibir rakyat BN tak diterima lagi walhal sepatutnya rakyat sedar ini game aljubri yang perabihkan duit rakyat dan menyusahkan rakyat yang sebenar sebabnya kesalahan sebetui adalah kerana ADUN PKR yang korup dan tidak layak lansung sebagai pemimpin, tapi endingnya macam biasaler… last-last kes rasuahnya tah kemana, isu ke makamahnya lenyap macam curah air ke tanah, berbalik yang hinanya BN jugak, pandai mR DERECTOR ALJUBRI… tapi nasib PM mula sedar bila di Penanti yang kalau nak dikira aljubri boleh beli semua penyokong kuat aljubri, mana taknya dia dah kira semua nya boleh dibeli, apa tak nya terkejut teman bila pasang poster semasa PR kecil Permatang Pauh mat gian dibayar RM 200 semalam, mat rempit RM 2oo yang pegang bendera, pemandu RM 300, pehh boleh kalah gaji tokeh dangdut, teman sendiri saksikan mat gian yang hoyong hayang yang memekik tak tentu pasal dengan mata lentok ditepi jalan bila haru mengundi bangga dengan baju kebiruan sek..si yang menggutuk kumpulan PUTERI UMNO masa hari mengundi
    AHHH banyak benda yang teman dengor, kata orang Perak GETEK MENDENGORNYA!, menyampah teman dengan sendiwara dema yang rasanay dah mula menarik selera makan temanbila mengenangkannya,

    sekupangdua harap kita biarlah guna otak dan jangan kepala lutut, bercakap waras dengan pemikiran, bila kita bercakap jangan sampai kita bercakap kerana simpatikan mereka yang bersalah kerana salah tetap salah,
    http://sekupangduas.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s