Program Bantuan E-Cari dan Subsidi Beras

Kepada semua pembaca yang mempunyai saudara mara yang tinggal di dalam kawasan Parlimen Ampang terutama yang tinggal di sekitar Taman Keramat/Jalan Enggang yang tergolong dalam salah satu kriteria di bawah ini layak untuk didaftarkan di bawah skim eCari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Antara kriteria adalah:

1. Keluarga miskin yang memerlukan bantuan kewangan

2. Warga emas yang terlantar atau keseorangan

3. Ruma yang usang dan tiada kemudahan asas

4. OKU yang belum berdaftar

5. Ahli keluarga yang sakit dan memerlukan rawatan

6. Kanak-kanak tidak bersekolah

7. Kanak-kanak tiada dokumen

Bagi program subsidi beras pula, kupon beras akan mula diedarkan kepada org ramai yang mendaftar mulai bulan Disember. Pengedaran ini akan dilakukan secara berperingkat. Sekiranya para pembaca layak utk menerima kupon ini diharap dapat mendaftarkan diri supaya tidak ketinggalan di dalam program subsidi beras ini.

1. Pendapatan isi rumah <RM1500 layak mendapat kupon beras berjumlah RM10 sebulan

2. Pendapatan isi rumah <RM450 layak mendapat kupon beras berjumlah RM24 sebulan.

Bagi pembaca yang ingin mendaftarkan diri atau ingin mendapat keterangan lanjut, bolehlah mengemail kami di pemudaenggang@gmail.com

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Program Bantuan E-Cari dan Subsidi Beras

  1. Saya amat berterima kasih dengan bantuan yang di unjurkan oleh kerajaan Malaysia.Dengan ini ia amat meringankan bebanan saya yang berkeluarga ramai seramai 8 orang anak dan termasuk saya suami isteri seramai 10 orang kesemuanya.Malahan masih menyewa dan tak mampu memiliki rumah sendiri dengan punca pendapatan kecil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s