Monthly Archives: November 2009

Kota Seputeh

1. Ramai yang tahu satu pilihanraya kecil mungkin akan diadakan di Kedah. DUN Kota Seputeh bakal diadakan satu PRK.

2. Ini disebabkan kegagalan wakil rakyat BN Datuk Abu Hassan Sarif gagal hadir pada sidang DUN 19 April dan 16 Ogos lalu.

3. Setelah mahkamah memutuskan bahawa PRK hendaklah diadakan….BN akan merayu ke mahkamah rayuan.

4. DUN Kota Seputeh terletak di bawah Parlimen Jerlun. Kerusi Kota Seputih ini kekal milik BN sejak 1995.

5. Adakah BN dapat mengekalkan kerusi DUN ini sekiranya mahkamah menolak rayuan BN? Adakah Datuk Abu Hasan selaku ketua bahagian UMNO Jerlun akan terus menjadi calon BN? atau cakap2 kini mengatakan bahawa YB Mukhriz calon favourite bagi kerusi DUN ini sekiranya PRK harus diadakan.

6. Tidak kira siapa calon diharap ahli-ahli UMNO Jerlun dapat bersatu hati agar DUN Kota Seputih ini kekal menjadi milik BN.

Advertisement

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Lantik Anwar Penasihat Ekonomi Akan Jadikan Selangor Muflis – Dr M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.

“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi.

“Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya dalam nada sinis selepas menyampaikan ceramah dalam Siri Syarahan Tokoh Terkemuka Institut Asia Eropah di Hotel Nikko.

Dr Mahathir berkata, pemilihan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi adalah satu perkara yang ‘menakjubkan’ kerana bekas Menteri Kewangan itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam ketika krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1998.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Menurut Khalid, pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.

NOTA: Kita tunggu dan lihat sama ada 3 negeri PR lain iaitu Penang, Kedah dan Kelantan akan lantik Anwar atau tidak sebagai penasihat ekonomi.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nik Aziz Batal Tunai Haji Kerana Tajaan Dipertikai

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

“Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,” katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu “pelahap” (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

“Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,” katanya.Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya

 

nota: hahahha……PERASUAH TAKUT KER?? PERGI JE LA…SAMA KAN DIRI DGN NABI MUHAMMAD SAW…NABI SAW MAKSUM…KO TU TAK MAKSUM LAA!!

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pembangkang bersandiwara isu cabar Naib Presiden letak jawatan

Pembangkang dilihat terus bersandiwara apabila cabaran yang dibuat oleh Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R.Sivarasa supaya meletak jawatan semalam, diselesaikan dalam tempoh singkat.

Ini setelah Zulkifli, yang ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam, menyatakan pendiriannya bahawa isu cabaran yang dibuatnya tidak lagi wujud selepas pertemuan Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kedua-dua pemimpin itu bagi meredakan keadaan.

“Saya dah jumpa Datuk Seri Anwar dan dia pun, saya difahamkan, dah berjumpa dengan Sivarasa. Oklah dah selesai. Anwar dah bagi penjelasan bahawa ada sedikit salah faham di pihak Siva. Siva akur dan akui ada kesilapan. Soal minta maaf tak timbul, sekarang ada soal salah faham, dah selesailah pada kita. Saya dan Siva dah salam-salam. Jadi tak ada masalah.

“Bagi saya ia lebih kepada perjanjian (cabaran tersebut). Saya bukan nak jawatan itu (Naib Presiden). Kalau saya menang pun saya akan bagi balik kepada Sivarasa. Saya tak fikir saya berkebolehan berbanding Siva.

“Saya cuma berminat untuk selesaikan masalah ini dan saya percaya pada masa saya keluarkan kenyataan mencabar, ia adalah satu perjanjian,” katanya.

Ditanya sama ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Sivarasa itu ekoran terdapat ketidaksefahaman antara mereka, Zulkifli berkata:” Kena tanya dialah tapi dia akui yang dia salah tafsiran.”

Menurutnya meskipun “pertelingkahan” antara beliau dan Sivarasa selesai, namun itu tidak menghalangnya untuk terus vokal dalam menyuarakan isu terutamanya berkaitan Islam.

Kelmarin, Zulkifli dilaporkan berkata bahawa cabaran yang dibuat itu bagi membolehkan kedua-dua pemimpin itu membuktikan bahawa mereka masih relevan kepada parti atau sebaliknya.

Sebelum ini, Sivarasa dipetik sebagai berkata bahawa “amaran Ketua Umum PKR (Anwar) kepada anggota PKR supaya keluar daripada PKR dan menyertai Umno ditujukan kepada anggota seperti Zulkifli Noordin, di mana tindak tanduknya tidak selaras dengan dasar parti”.

Sementara itu, Sivarasa yang juga Anggota Parlimen Subang yang ditemui di Parlimen berkata beliau akur dengan arahan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dan Anggota Parlimen supaya meleraikan persengketaan antara mereka.

“Isu cabaran letak jawatan itu tak timbul lagi. Yang penting Anwar dah selesaikan pertikaian kita dan mengarahkan supaya kita ikut polisi parti dan jangan berselisih faham di ruang umum. Arahan ini kita akur dan ikut,” katanya yang kemudian berpelukan dengan Zulkifli yang berada di situ.

Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula mendakwa bahawa isu berkenaan dapat diselesaikan dengan cepat ekoran faktor kekuatan parti.

“Awak mesti bagi hak dan peluang untuk Zulkifli pertahankan dirinya. Itu sahaja dan dia dah jelaskan dan teguran itu juga adalah untuk parti, tidak difokuskan kepada mana-mana individu dan bagi saya itu satu peringatan yang penting kepada pimpinan parti di semua peringkat.

“Saya tak nampak Anwar membuat kenyataan yang ditujukan kepada ahli Parlimen. Berilah peluang kepada Zulkifli untuk mempertahankan pendiriannya dan Anwar dah jumpa kedua-dua pemimpin dan benda itu selesai. Soal dalam parti, saya serahkan kepada ahli untuk memutuskan dalam pemilihan parti yang akan datang, bukan media yang buat keputusan. Biarlah perwakilan yang buat keputusan,” katanya yang juga Anggota Parlimen Gombak.

Beliau bagaimanapun menyalahkan media yang didakwanya memperbesarkan isu tersebut.

Anggota Parlimen Padang Serai daripada PKR, N.Gobalakrishnan pula berkata, Anwar dalam ucapan amarannya kepada anggota parti di sebuah konvensyen PKR di Pulau Pinang, Ahad lepas mendakwa ucapan itu tidak menyebut nama mana-mana individu sebaliknya secara menyeluruh.

“Sivarasa tak perlu letak jawatan kerana beliau dilantik. Saya rasa, Sivarasa pun tak perlu ungkit nama Zulkifli sebabnya Ketua Umum (Anwar) menyebutnya secara umum dan tidak sebut nama-nama. Kalau ada kesilapan, perlulah memohon maaf,” katanya. BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Insiden Kepala Lembu Bukan Angkara Umno – MB Selangor

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Isnin berkata walaupun terdapat anggota Umno terlibat dalam satu demonstrasi mengarak kepala lembu di sini pada Ogos lepas, mereka ini bertindak lebih secara individu.

Kerajaan negeri tidak perlu menyusahkan mereka ini kerana ada antara mereka yang telah didakwa dan biarlah mereka menyatakan pendirian mereka di mahkamah, katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri ketika menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mahu Abdul Khalid menjelaskan siapa yang terlibat dalam demonstrasi itu yang disusuli dengan insiden memijak kelapa lembu.

Demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos itu melibatkan 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Abdul Khalid tidak bersetuju kenyataan Ng yang mendakwa Umno sebagai sebuah parti perkauman kerana menjadi dalang bagi demonstrasi itu dan perlu dibubarkan.

Beliau berkata apa yang perlu pakatan pembangkang tunjukkan ialah kekuatan parti itu yang mewakili berbilang bangsa dan menunjukkan mereka boleh mentadbir dengan lebih baik dan telus.

Kepada soalan asal Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek) mengenai langkah-langkah kerajaan negeri memulihkan suasana keharmonian kaum selepas insiden itu, Abdul Khalid berkata pihaknya mengambil kira kepentingan serta keadilan semua pihak dalam semua perkara termasuklah kebebasan bersuara dan beragama.

“Kerajaan negeri akan mengambil pengajaran dalam membuat apa-apa keputusan selepas ini. Kita akan beri keutamaan kepada kepentingan semua kaum dan masyarakat setempat dalam soal kebebasan beragama,” katanya. BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Tangan Ghaib” Siapa Di Sebalik Penahanan Dr Maza

1. semlm hampir di setiap dada akhbar melaporkan kisah penahanan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (dr Maza)

2. Penahahan dibuat atas alasan beliau tidak mempunyai tauliah utk ceramah di negeri Selangor

3.Secara logik, sebagai bekas Mufti beliau layak dan tidak perlu tauliah utk menyampaikan ceramah agama. Tetapi mungkin beliau melanggari prosidur yg telah ditetapkan JAIS.

4. Mengapa Dr Maza menjadi mangsa yang pertama ditahan di bawah kesalahan ini? Mengapa tiba2 JAIS betul2 ingin melaksanakan undang2 atau enakmen ini sedangkan banyak kes2 ceramah agama lain oleh tuan guru yang tidak diketahui latar belakang mereka bebas menyampaikan ceramah di Selangor. Masakan Rasul Melayu dan kumpulan ajaran sesat merupakan kes yang sangat tinggi di Selangor?

5. Penahanan bermotif dan secara selektif ini mengundang 1000 persoalan. Dr Maza hadir di mahkamah tetapi menunggu utk dibicarakan. Kertas siasatan dan pendakwaan belum disiapkan oleh JAIS.

6. Adakah penahanan ini dibuat atas keikhlasan JAIS utk melaksanakan perintah mengikut undang2 atau sekadar melaksanakan atas arahan individu?

7. Banyak pihak termasuk PM sendiri mengkritik perkara ini. Sekiranya penahanan dibuat atas dasar balas dendam kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda