“Tangan Ghaib” Siapa Di Sebalik Penahanan Dr Maza

1. semlm hampir di setiap dada akhbar melaporkan kisah penahanan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (dr Maza)

2. Penahahan dibuat atas alasan beliau tidak mempunyai tauliah utk ceramah di negeri Selangor

3.Secara logik, sebagai bekas Mufti beliau layak dan tidak perlu tauliah utk menyampaikan ceramah agama. Tetapi mungkin beliau melanggari prosidur yg telah ditetapkan JAIS.

4. Mengapa Dr Maza menjadi mangsa yang pertama ditahan di bawah kesalahan ini? Mengapa tiba2 JAIS betul2 ingin melaksanakan undang2 atau enakmen ini sedangkan banyak kes2 ceramah agama lain oleh tuan guru yang tidak diketahui latar belakang mereka bebas menyampaikan ceramah di Selangor. Masakan Rasul Melayu dan kumpulan ajaran sesat merupakan kes yang sangat tinggi di Selangor?

5. Penahanan bermotif dan secara selektif ini mengundang 1000 persoalan. Dr Maza hadir di mahkamah tetapi menunggu utk dibicarakan. Kertas siasatan dan pendakwaan belum disiapkan oleh JAIS.

6. Adakah penahanan ini dibuat atas keikhlasan JAIS utk melaksanakan perintah mengikut undang2 atau sekadar melaksanakan atas arahan individu?

7. Banyak pihak termasuk PM sendiri mengkritik perkara ini. Sekiranya penahanan dibuat atas dasar balas dendam kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to ““Tangan Ghaib” Siapa Di Sebalik Penahanan Dr Maza

  1. salam,
    Kita sebagai rakyat biasa dan ilmu agama yang cetek kadangkala keliru dalam banyak hal yang berlaku di negara ini terutama hal-hal yang berkait dgn akidah. Pendapat ulama-ulama Islam yang radikal sudah jadi trend mendapat publisiti luar biasa dari mass-media menyukarkan lagi keadaan. Seperti kes Dr.Mohd Asri kalau anak kita bertanya “kenapa Dr.Asri kena tangkap; dia orang jahatkah?”…apa kita nak cakap pada cucu kecil kita…” kalau baik; apasal kena tangkap dengan polis?…polis yang jahatkah?”…aduh…susah nak terangkan. Sebagai umat islam yang biasa dengan ilmu yang sekadar mencukupi untuk jalan ke akhirat membuat keputusan dari segi akidah islam amat sukar dewasa ini. kadangkala pihak bertanggung jawabkan menjelaskan kepada rakyat maheran senyap dan pekakkan telingga kalau ada pun selepas satu dua bulan baru keluar kenyataan selepas berpuluh jawatankuasa besar dan kecil ditubuhkan. Bukan kah ulama-ulama yang bertanggung jawab meluru kehadapan dengan memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat?. Apakah kita ini layak memberi komen isu Dr.Asri ini?. dr.Asri bukan calang-calang berpendidikan agamanya!. Ini bukan baru…bila Dr.Asri kata ISA haram tiada siapa berani menentang, bila TG Nik Azizi kata orang bukan Islam boleh hina Islam semua ulama-ulama negara ini katup mulut, bila TG.Nik Azizi berkata orang bukan Islam boleh baca Al-Quran semua katup mulut….bila orang Pas kata orang undi Pas masuk Surga semua katup mulut seolah-olah pekak…hehehe!. Sudah tiba masanya kerajaan membentuk satu badan ulama yang terdiri dari ulama antara bangsa untuk yang nuetral dari politik koordinasikan hal-hal sebegini dimasa hadapan. Orang malaysia ini pandai baling batu sembunyi tangan…bukannya tangan ghaib…kerana tangan ghaib cuma jurulatih pasukan bolasepak Argentina “Diego Maradona” yang ada..hahaha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s