Nik Aziz Batal Tunai Haji Kerana Tajaan Dipertikai

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 November ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

“Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,” katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini hari ini.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu “pelahap” (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

“Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,” katanya.Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya

 

nota: hahahha……PERASUAH TAKUT KER?? PERGI JE LA…SAMA KAN DIRI DGN NABI MUHAMMAD SAW…NABI SAW MAKSUM…KO TU TAK MAKSUM LAA!!

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Nik Aziz Batal Tunai Haji Kerana Tajaan Dipertikai

  1. Halim Tuah

    berpendapat bahawa perlantikan seseorang spt Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah merupakan ‘JALAN BELAKANG PENGUASAAN SECARA LANGSUNG’ ke atas Menteri Besar Selangor. HalimTuah menambah bahawa ianya adalah perlantikan ‘DERHAKA’ yg membelakangi DYMM Sultan Selangor yg berkuasa melantik Menteri Besarnya sendiri! DAULAT TUANKU!

  2. Truth Explorer

    assalamualaikum…

    sya d sni x bniat ntuk mncari kesalahan sesiapa tetapi ingin membuat sedikit teguran. Sebagai org Islam, sy rsa empunya blog ini x kn rsa brat ntuk berlapang dada mnerima tguran drpd saya. Berdasarkan iklan di atas, ia nyatakan perjuangan UMNO adalah berdasarkan al-Quran dan hadis. Skiranya btul itu adalah prinsip UMNO, rsanya UMNO bleh mlancarkan hukum hudud pda msa ini kerana hukum itu telah digariskan oleh Allah di dalam al-Quran. Selain drpd itu, al-Quran sendiri telah mewajibkan setiap manusia untuk menyebarkan amar ma’ruf nahi mungkar tetapi mengapa perintah ini tdak diaplikasikan oleh UMNO malahan menghalang orang lain menyampaikan dakwah dengan menyaman mahasiswi yg berusrah di kampus.Dan mengapa juga para ulama’ dibunuh dalam peristiwa Memali sedangkan ulama’ itu adalah pendakwah yang melaksanakan perintah Allah? Ini hanyalah peringatan kpd dri sndiri dan juga insan sekeliling tersedar dan tidak lupa akan azab Allah yg menanti di akhirat sna bg insan2 yg mninggalkan suruhan Allah. Ingatlah, kta hidup di dunia ini bukanlah untuk selama-lamanya dan ajal semakin dekati dri stiap drpd kta.. Wallahua’lam….

  3. APA PUNYA DANGKALLAH OTAK SI TRUTH EXPLORER..KENAPA ASHIK TANYA PADA UMNO..?

    TANYA PADA PAS LAH KENAPA TAK BERANI LAKSANAKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN, KEDAH DAN PERAK..DAN TERENGANU..?

    TANYA JUGA PADA PAS KENAPA AKAN TANGGUHKAN SEHINGGA 30 TAHUN JIKA PR MEMERINTAH..?

    KENAPA JUGA ADA PEMIMPIN PAS YG MENAFIKAN HUKUM HUDUD ADA DALAM PERLEMBAGAAN PAS..?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s